MEMBER'S

Tuesday, December 1, 2009

LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG TUNJUK BUDAYA PELAMPAU


Pakatan Rakyat di Negeri Perak masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka hilang kepercayaan untuk menerajui pemerintahan Negeri Perak.

Api kemarahan tersebut dilepaskan dengan memijak gambar poster Adun yang keluar Pakatan pada Konvensyan DAP di Ipoh kelmarin. Seperti kebudak-budakan dan tidak masuk akal serta melampaui batas kesusilaan budaya rakyat negara kita.

Itulah budaya pemimpin pembangkang DAP yang langsung tidak sensetif dan tidak menghormati adat budaya ketimuran rakyat berbilang kaum. Mereka sebenarnya adalah pemusnah kehidupan rukun damai, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara kita.

INGATLAH........Begitulah kita akan dipijak-pijak nanti dibumi kita sendiri jika puak-puak mereka ini memerintah negara kita. Itu adalah sedikit gambaran dan simbolik yang ditunjukkan LIM KIT SIANG dan KUNCU-KUNCU RASISNYA.

Persoalannya kenapa DAP yang begitu marah bukan PAS ????????Sepatutnya PAS lebih marah kerana peneraju Pakatan rakyat di Perak ialah PAS. Dimana NIZAR???????????

Friday, October 23, 2009

LAKSANA SEKOLAH SATU ALIRAN

Saranan yang dikemukakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya sistem pendidikan negara perlu diubah dan disusun semula untuk mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia.

Sekolah pelbagai aliran mengikut bahasa ibunda kaum masing-masing sudah tidak sesuai dilaksanakan kerana sistem ini adalah peninggalan penjajah. Sistem yang ada sekarang telah menyebabkan rakyat terpisah sejak kecil lagi diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda kaum masing-masing.

Oleh itu sudah sampai masanya sistem persekolahan dinegara kita hanya menggunakan satu aliran sahaja.

Yang pastinya akan membangkang dan tidak menyokong saranan ini adalah puak-puak dari Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang merupakan parti cauvanis kaum yang ekstrim.

Wednesday, September 30, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN DI BAGAN PINANG


Pucuk pimpinan Parti mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan. Ini jelas terbukti apabila kehendak rakyat yang mahukan Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang diterima oleh kepimpinan parti.

Soal isu yang akan dimainkan oleh pembangkang terutamanya PAS yang juga akan bertanding dikawasan tersebut tidak timbul kerana siapa saja yang dipilih oleh BN akan ada tak kenanya dimata pembangkang.

Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.

Dari segi moral pun kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa jauh lebih kecil berbanding beberapa pemimpin pembangkang yang sekarang ini memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Menteri dan sebagainya.

YB Lim Guan Eng pernah dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhirnya kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Apa yang penting ialah majoriti pengundi di Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa, kajian dan soal selidik parti menunjukkan ini kehendak rakyat di Bagan Pinang maka Barisan Nasional telah membuat keputusan yang betul.

Maka dengan itu rakyat Bagan Pinang perlu melunaskan pula janji mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan berkerja keras bagi memastikan Tan Sri Isa dan Barisan Nasional menang dengan majoriti yang lebih besar sebagai membuktikan bahawa keputusan BN meletakan Tan Sri Isa benar-benar menepati kehendak rakyat Bagan Pinang.

Monday, September 28, 2009

NIK AZIZ SOKONG MELAYU MASUK DAP


Barua melayu yang menyokong Pas dan bercakap berdegar-degar mengenai Islam sebahagiannya bukan sahaja lebih buruk daripada ahli UMNO malah tidak segan silu akan menjual maruah agama jika perlu demi kuasa dan harta benda.
Sebab itu tidaklah begitu hairan apabila Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad, menjadikan gereja tempat beliau untuk berucap dan menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Semalam kita membaca dalam Sinar Harian betapa Pas merestui satu majlis oleh Teresa Kok di Kinrara yang menarik orang Melayu masuk DAP. Namun ini hal kecil jika dibandingkan dalam Majlis yang sama Teresa Kok memanggil wakil Gereja Eaglepoint di Puchong untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai RM2,000 kepada keluarga Melayu mangsa kebakaran.

Apa sudah bangkrapkah Selangor ini seperti yang di dakwa oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sehinggakan bantuan kebakaran terpaksa diberi melalui Gereja? Apakah pemberian ini bukan unsur pendakwahan Kristian ke atas orang Melayu? Bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika Barisan Nasional memerintah Selangor. Sudah tentu penuh ceramah Pas seantero Malaysia mentaghutkan pemimpin UMNO.

Pas Selangor harus menjawab mengapa penduduk Islam tersebut perlu diberi bantuan oleh Gereja sedangkan Selangor mempunyai kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit setahun. Jika pun benar Gereja tersebut mahu memberi bantuan mengapa pula ia harus dalam majlis rasmi EXCO kerajaan Negeri Selangor?

Apakah ini bukan terdapat satu gerakan terancang menyebarkan agama Kristian di dengan restu Pas sendiri? Bagi orang Melayu yang hadir dalam majlis tersebut menerima bantuan Gereja Kristian dan juga membuka cawangan DAP, apakah semurah itu maruah agama dan bangsa bagi mereka?

Pas hanya tahu mencari salah UMNO seolah-olah mereka maksum. Namun apabila berhadapan dengan bukan Islam dan bukan Melayu mereka menjadi seperti “barua” sahaja. Hari ini apa sahaja yang honar dan kesyaitanan DAP, Pas akan mencari dalil-dalil menghalalkannya.
Apakah maruah Pas lagi apabila Nik Aziz menggalakkan orang melayu menyertai DAP, sebuah parti yang dipimpin oleh seorang Peguam yang pernah berkata “Langkah Mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam?”. Selepas ini jangan lagi Pas melalak dan melolong soal Islam, soal akhlak dan moral orang lain sedangkan mereka sendiri bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam.

Mengucap panjang apabila membaca kenyataan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Kenyataan mereka berdua mengenai orang Melayu yang menyertai perjuangan DAP. Kepada yang tidak melanggan akhbar tersebut, di perturunkan sedikit petikan kenyataan Anwar:

”Ini menunjukkan DAP sudah mula diterima oleh orang Melayu, seperti orang Cina dan India menerima PAS dan PKR. orang Cina boleh masuk PKR, boleh masuk PAS, sudah semestinya orang Melayu boleh masuk DAP” – Sinar Harian.
Ini pula kenyataan Nik Aziz seperti yang menjadi tajuk berita Sinar Harian di muka surat N5:
”Melayu sertai DAP bukan ancaman. Ada kebaikan jangka panjang”

Dalam laporan yang sama, ada disebut bahawa Nik Aziz tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.
Itulah yang dilaporkan dalam media hari ini.

Cukup hairan kenapa kenyataan sedemikian boleh dikeluarkan dengan pantas oleh Nik Aziz. Sudah lupakah Tok Guru kita ini tentang siapa DAP? Beliau tahu ke tidak tentang perlembagaan parti DAP. Begitu juga halatuju perjuangannya.
Kalau sudah terlupa, boleh nyatakan secara ringkas disini. Matlamat perjuangan DAP ialah membentuk sebuah negara sekular yang memisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan dan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia.

Pemimpin DAP juga sanggup mati menentang usaha menegakkan negara Islam seperti kata Karpal Singh, langkah mayatnya dulu jika mahu berbuat demikian. Jadi, agaknya apa hukum orang Melayu yang hampir pasti beragama Islam menyertai DAP? Ke syurgakah mereka nanti jika bernaung di bawah parti yang awal-awal menentang hukum Allah. Sebab itu kita akan geleng kepala dengan sikap Tok Guru kita yang sorang ni. Kalau kenyataan Anwar Ibrahim, kita semua tak kisah sangat.

Anwar dengan spesis haiwan yang bernama Sesumpah tiada bezanya. Dia peduli apa dengan hukum Allah. Dia boleh ikut kehendak hatinya. Asalkan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri tercapai. Anwar juga bukan ulamak. Belia mirip yang yang dikatakan oleh M. Rajoli dalam sebuah drama iaitu ular dalam semak.

Justeru itu kalau Nik Aziz boleh belasah UMNO kiri kanan, atas bawah dan sentiasa ghairah untuk menggambarkan UMNO tidak Islamik, sepatutnya Nik Azizlah yang paling ke hadapan menentang orang Islam menyertai DAP. Sanggupkah beliau menggunakan alasan yang sama berulang kali yang DAP tidak perlu ditentang kerana belum faham pasal Islam. DAP sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia. Takkan mereka tak faham lagi?
DAP cukup faham politik PAS dan banyak tahu mengenai Islam sebenarnya. Cuma iman sahaja mereka tidak ada. Jika tidak tahu, bagaimana ada wakil rakyat DAP yang sudah boleh baca ayat Quran. Lim Guan Eng sudah dipanggil Khalifah. Pembangkang sudah boleh buat forum dan dialog antara agama. Jelas sekali mereka tahu pasal Islam tetapi sengaja menentangnya supaya selari dengan matlamat perjuangan DAP agar Malaysia menjadi sebuah negara sekular.

Tetapi disebabkan gelojoh hendak kuasa, PAS peduli apa dengan nasib orang Islam yang menjadi ahli DAP. Mungkin pada mereka, biarlah mereka mati masuk dalam neraka kerana menentang Islam asalkan mereka tidak menentang PAS di dunia. Itulah, bentuk pemikiran ulamak dalam PAS. Sepatutnya mereka mentarbiah atau menasihat orang Islam yang mahu menyertai DAP agar tidak berbuat demikian. Ini langsung tidak dilakukan. Malah menggalakkan lagi adalah.

Kalau beginilah jadinya, juga tidak terkejut nanti, kalau PAS pun akan kata tak salah menyertai kumpulan Skinhead yang memijak al-Quran, atau kumpulan ajaran sesat, asalkan mereka mahu menyokong Pakatan Rakyat!

Apa nak buat, PAS memang sudah banyak berubah dan menyesatkan !Wallahuallam.

Friday, September 18, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI

Dikesempatan menjelang hari yang mulia ini WARISPURBA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Blogger. Berhati-hatilah ketika memandu sepanjang perjalanan pulang kekampung halaman. Jangan biarkan ayahnda bonda serta sanak saudara dikampung ternanti-nanti dengan kesedihan.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita sebagai rakyat Malaysia boleh menyambut hariraya dalam suasana kegembiraan, bersukaria, beribadat dengan selesa, makanan berlebih-lebihan, anak-anak riang ria sentiasa berkat sebuah negara yang aman damai dan sejahtera.

Ini semua adalah berkat perjuangan nenek moyang kita dahulu serta kepimpinan negara yang sentiasa prihatin dan mementingkan kesejahteraan ummah. Ambilah iktibar bagaimana rakyat dinegara-negara lain yang tidak pernah merasa aman dan sejahtera akibat peperangan dan permusuhan sesama sendiri.

Meraka tidak akan dapat merasai sebagaimana kita umat Islam diMalaysia. Semoga ianya memberi keinsafan kepada kita.

Wednesday, September 16, 2009

ULANGTAHUN PERTAMA PEMBOHONGAN ANWAR AL JUBURI


Pada tarikh inilah 16 Sept seluruh rakyat negara berada dalam keadaan resah dan gelisah menunggu saat dan ketika berlakunya satu peristiwa yang amat bersejarah bagi negara kerana hari inilah Anw....r Al Juburi menyatakan bahawa PR akan mengambilalih pemerintahan negara.


"We have a number" begitulah kata-katanya dengan bongkak dan taqabbur kononnya beliau sudah berjaya membawa lebih 30 orang wakil rakyat BN berpaling tadah menyokong mereka.


Detik demi detik ditunggu rakyat hinggalah ke hari ini tetapi semua itu adalah PEMBOHONGAN DAN ANGAN-ANGAN beliau saja.


MAKA dengan sebab itu seluruh rakyat Malaysia dengan ini bersetuju menganugerahkan kepada Anwar Al Juburi "ANUGERAH BAPAK PENIPU NOMBOR 1 NEGARA"

Tuesday, September 15, 2009

MIC TAK KENANG BUDI


TAK SEDAR DIRI, BUTA SEJARAH, GERAM, MARAH, CELAKA !!!!!! itulah ungkapan yang layak untuk perwakilan MIC yang mengusulkan untuk meletakkan kalungan selipar pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohammad, negarawan negara yang paling dihormati oleh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu tahap penghinaan yang tidak boleh dipandang ringan. Tun Mahathir bukanlah calang-calang individu, beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun. Tiada Perdana Menteri yang pernah memerintah selama Tun Mahathir.

Ditambah pula dengan Samy Vellu yang hanya tunduk diam ketika cadangan ini diusulkan seolah-olah beliau merestuinya dan ini membuatkan kita semua semakin bertambah geram.
Samy Vellu pernah berkata, Tun Mahathir semasa pemerintahannya tidak melakukan apa-apa untuk kaum India. BETUL KE ? Adakah semasa pemerintahan Tun Mahathir, sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional berkurangan seperti pada waktu sekarang? Jika beliau tidak melakukan apa-apa untuk kaum India, kenapakah sokongan kepada Barisan Nasional tidak berkurangan malah sentiasa bertambah.

Orang melayu mahu MIC memohon maaf kepada UMNO dan Tun Mahathir di atas cadangan perwakilan MELAMPAU tersebut. Jangan seperti kacang lupakan kulit. Sedarlah diri anda wahai perwakilan MIC. Kaum India di Malaysia tidak mungkin berada seperti mana yang ada sekarang tanpa jasa Tun Mahathir.

Thursday, September 10, 2009

KES KEPALA LEMBU SEGERA, HINA LAGU NEGARAKU, HINA ISLAM, HINA RAJA BILA NAK DAKWA ?



KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen.
Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.

Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?

Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?

Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?

Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.

Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat!

Sunday, September 6, 2009

HAJAT BESAR NAK PERINTAH MALAYSIA, BARU SELANGOR DAH HURU-HARA




Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam berlangsung dalam suasana kecoh.


Sungguh memalukan bila dalam satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim berlaku cabar-mencabar sehingga ada yang membaling kerusi akibat penduduk tidak puas hati kerana kerajaan negeri tidak berbincang dahulu dengan penduduk sebelum membuat keputusan memindahkan kuil dari seksyen 19 kesyeksen 23.

Itulah akibatnya apabila Hal Ehwal Rumah Ibadat Negeri diserah kepada seorang exco Hindu untuk membuat keputusan tidak seperti dinegeri-negeri yang diperintah BN dipegang uleh Setiausaha Kerajaan Negeri.


Kita semua patut sedar dan insaf dengan apa yang berlaku di Shah Alam dan menjadi satu pengajaran kepada semua umat melayu islam di Malaysia supaya kembali bersatu dan memberi sokongan padu kepada kepimpinan negara yang diterajuai Barisan Nasional kerana telah terbukti dapat memerintah dengan baik dan dapat menyelesaikan sesuatu isu dengan cara yang tidak menjejaskan hubungan kaum denegara kita.

Friday, September 4, 2009

ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL DUNIA


Alfatihah-Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang,Negeri Sembilan Azman Mohd Nor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban petang Jumaat.Sewaktu pilihanraya umum Mac 2008,Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS,Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 .Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi.Di kawasan Parlimen Teluk Kemang ada lima kawasan DUN.Selain Bagan Pinang yang dimenangi Allahyarham Azman, BN juga menang DUN Linggi tewaskan calon PAS.Tiga DUN lain iaitu Chuah dimenangi oleh PKR,Lukut DAP dan Port Dickson PKR

PERUBAHAN IKLIM POLITIK UMAT ISLAM MALAYSIA (1)


DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP) ???

Sejarah asal penubuhan parti DAP yang merupakan cawangan Semenanjung Malaysia dari Parti People Action Party (PAP) yang beribupejabat di Singapura yang dipimpin oleh Presiden Lee Kuan Yew semasa Singapura berada dalam Malaysia pada tahun 1963 -1965. Setelah Singapura keluar dari Malaysia nama cawangan parti tersebut telah ditukar kepada Democratic Action Party (DAP). Ia merupakan sebuah parti CAUVINISME (ekstrimis) perkauman keturunan Cina.

"PAS AMAT KENAL DENGAN DAP DAN DAP AMAT MENGENALI PAS"

Kita cuba lihat daripada fakta kajian dan sejarah bagaimana kaedah atau sistem PAP memerintah Singapura selepas keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Dimanakah kedudukan orang melayu penganut agama Islam yang merupakan 30% populasi penduduk Singapura ? Orang melayu hanya diberi kesempatan memegang jawatan rendah dalam sektor awam dan swasta Singapura. Sama juga dengan sektor swasta dinegara kita yang dikuasai kaum Cina. Azan Sholat dari Surau dan Masjid juga tidak dibenarkan sama sekali menggunakan pembesar suara. Pelajar-pelajar perempuan Islam tidak dibenarkan menutup aurat (bertudung) mereka untuk kesekolah sehinggakan terpaksa ibubapa mereka menghantar anak-anak mereka belajar di JOHOR.

Orang Melayu hanya diberi satu jawatan Menteri Kabinet sahaja dalam kerajaan Singapura iaitu Menteri Air. Itupun kerana kepentingan urusan AIR dengan Malaysia berbanding dengan kaum India (10% populasi penduduk Singapura) yang diberi 4 jawatan Menteri dan seorang Presiden Singapura. Inilah polisi-polisi yang ditetapkan kepada orang Melayu di Singapura.

PERUBAHAN POLITIK MELAYU MALAYSIA JANGANLAH SAMPAI SEPERTI SINGAPURA
JANGAN KITA SESAL DIKEMUDIAN HARI.

bersambung......

Wednesday, September 2, 2009

NIZAR CEMARKAN BULAN MULIA


Dibulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini bekas Menteri Besar Perak yang melaung-laungkan untuk menegakkan islam sekali lagi mengikut telunjuk Sivakumar dan Ngeh dengan megetuai sidang DUN secara HARAM kerana beliau bukan lagi sebagai ketua kerajaan Perak dan juga tidak mendapat perkenan Duli Yang Mulia Sultan Perak.

Gila Kuasa atau mabuk kuasa itulah istilah yang WP boleh berikan pada Nizar. Baru lagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak Perdana Menteri menyarankan kepada mereka yang bergelar pemimpin agar mengamalkan POLITIK MATANG untuk menjamin kelangsungan kecemerlangan dan kejayaan masa depan negara. Apa yang ditunjukkan oleh Nizar ialah POLITIK BINATANG bukan POLITIK MATANG.

Nizar berpandukan undang-undang rimba kerana sudah tidak berjaya mengatasi perlembagaan negara. Beliau hanya layak bersidang didalam hutan atau rimba kerana disitulah tempat binatang bersidang.

Sepatutnya beliau menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan menerima ketentuan qada' dan qadar Tuhan lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini sesuai dengan perjuangan retorik parti beliau iaitu membangun bersama islam. Tunjukkan hormat kepada pemimpin terutamanya DYM Baginda Sultan Perak tetapi beliau bersikap angkuh dan seolah-olah mencabar Sultan serta menderhaka kepada baginda.

Inilah gambaran yang ALLAH tunjukkan kepada kita semua supaya kita dapat menilai dengan hati dan fikiran yang waras dan membuat perbandingan antara pemimpin PAKATAN RAKYAT dengan pemimpin Kerajaan Pemerintah BARISAN NASIONAL.

Friday, August 28, 2009

RATAP RATIP BANGSA


Bangsaku setelah sekian lama menetap ditanah tercinta ini,
berkurun-kurun lamanya membina sebuah empayar
telah membina sebuah negarabangsa yang cukup berjaya
malah menjadi satu bangsa yang matang dan dewasa
sekujur bangsa ini telah berpecah-belah
mengikut tertib isme masing-masing;
maka bermulalah segala malapetaka
Tidak lagi mementingkan bangsa tetapi setiap orang
mengutamakan diri sendiri
setelah sekian lama aku menangisi bangsaku
yang kian lama akan terkubur;
akibat gejala-gejala melentur semangat kecintaan;
kecintaan terhadap bangsa telah lama terhakis
kerana bangsaku sudah tidak cakna
bahasa melayu hampir dipinggir
perlembagaan negara tidak dipeduli
masing-masing megah bertutur asing
Kami kian meratap saban hari,
keris dicabut disarung kembali
Ciss !! Demi percikan darah pejuang bangsaku yang lalu
demi derita payah pendeta dahulu
seluruh bacul bangsa ini mestilah
disimpuhkan dengan adab dan susila
agar mereka dapat melihat kalian berjuang;
berjuang memertabatkan bangsa
berjuang membina maruah bangsa
berjuang memperkukuh bahasa
berjuang melengkapi negara
Kita meratip dan meratap hari ini
supaya esok kita tidak diperleceh lagi
biar pemimpin kita tidak tercalar
biar pemimpin kita berani bersuara
pada arena perjuangan bangsa
pada arena mendaulatkan bahasa
Kita meratip kita meratap
tanpa peduli ideologi kita BERSATU bangsaku

Tuesday, August 25, 2009

ANAK EMAS KERAJAAN PUSAT


Warispurba mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua pengundi N.11 Permatang Pasir. Tunaikanlah tanggungjawab untuk memilih seorang pemimpin yang akan menentukan masa depan rakyat di Permatang Pasir. Inilah peluang dan kesempatan bagi rakyat Permatang Pasir untuk berubah dari satu kawasan yang tidak diberi perhatian oleh kepimpinan Negeri Pulau Pinang kepada ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan.

Sunday, August 23, 2009

KEMBALI KEPANGKAL JALAN

















"PKR bukan parti memperjuangkan bangsa melayu tetapi memperjuangkan kepentingan peribadi seseorang individu".

Itulah diantara ungkapan kata-kata Adun Lunas YB. Mohamad Radzi Salleh semasa beliau mengumumkan keluar dari parti PKR dan mengisytiharkan dirinya bebas.

Namun begitu beliau tidak meletakan jawatannya sebagai Exco Pelancungan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah kerana beliau menyatakan jawatan tersebut adalah lantikan daripada Sultan Kedah bukan lantikan Menteri Besar Dato Seri Azizan.

Sudah jelas terbukti bahawa memang berlaku pergolakan yang amat ketara delam barisan kepimpinan PKR sekarang. Ini memberi gambaran kepada kita seluruh rakayat Malaysia bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang boleh membawa negara kita kearah kejayaan tetapi bolah menjerumuskan negara kita kearah kehancuran jika mereka dapat memerntah.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


Assalamualaikum,
Salam buat semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat yang melayari laman ini.
Dikesempatan bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan nikmat kerana dapat menjalankan ibadat dengan tawaduk.
Alhamdulilallah...berterimakasih kita kehadhrat ALLAH swt. dengan perantaraannya kepimpinan negara kita yang ada pada hari ini maka kita dapat menjalankan ibadat dengan selesa,aman dan sejahtera.
Kita boleh beribadat sepanjang malam ataupun sepanjang hari tanpa rasa takut atau ada gangguan dari sesiapapun berkat keamanan yang kita kecapi hasil perjuangan nenek moyang kita yang terdahulu.
Tidak seperti kebanyakkan negara lain yang sering huru-hara akibat peperangan, gempabumi, pertelingkahan etnik dan sebagainya hinggakan mereka beribadat dalam keadaan yang tidak sempurna dan dalam ketakutan.
BerSyukurlah...
Sesungguhnya nikmat yang Allah berikan ini jika kita syukuri nescaya Allah akan tambah tetapi jika kita kufur dan sering menyalahkan sesama sendiri maka TUNGGULAH azab Allah amat pedih.
Ingatlah jika ALLAH turunkan azab, semua kita akan menanggung akibatnya.

Tuesday, August 18, 2009

NIK AZIZ UMPAMAKAN DIRINYA TUHAN




Menentukan seseorang itu samada masuk SYURGA atau NERAKA adalah pekerjaan ALLAH swt. Allah tidak pernah mewakilkan kepada sesiapa pun makhluk diatas mukabumi ini untuk menjalankan kerja NYA. Sedangkan para Rasul dan Nabi sendiripun tidak berani menentukan dan memberi jaminan Syurga atau Neraka, inikan pula Nik Aziz manusia biasa yang hanya bernafsu memenuhi serakah politiknya saja.

Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak masuk syurga kerana mengikut ajaran islam dari Palestin sedangkan orang umno tak pernahpun menyatakan mengikut ajaran Islam dari mana-mana kecuali mengikut ajaran islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sejak dari mulanya ajaran islam ujud di negara ini lagi. Orang umno juga konsistan dengan ajaran dan Hukum Islam yang sebenar tidak seperti Nik Aziz dan parti PAS yang boleh mengubah hukum-hukum agama mengikut kepentingan politik parti mereka.

Misalnya kalau dulu mereka menyatakan orang umno kafir kerana berkawan dengan Cina MCA tetapi hari ini hukum tersebut telah berubah kerana mereka lagi teruk boleh pula berkawan dengan cina DAP laknat yang terang-terang sejak dari dulu lagi menentang Islam. PAS juga boleh terima orang DAP yang hina Islam dengan alasan mereka tidak berapa faham dengan agama Islam.

YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA INI YANG SUDAH JAUH TERSESAT DEMI UNTUK KEPENTINGAN DAN KESUCIAN AGAMAMU YAALLAH...

Thursday, August 13, 2009

NIK AZIZ RESTU DAP HINA ISLAM

SATU DUNIA bangkit suarakan kemarahan pada karikatur NABI MUHAMMAD s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005.Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agama Islam itu.Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia? Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu dari mana asal usul DAP yang mana sebuah parti yang ekstrem perkauman. Sejarah hitam negara kita bila kita terpaksa melepaskan Singapura suatu ketika dulu bagi mengelakan seluruh negara kita terjebak lebih teruk dalam krisis perkauman dan pertelingkahan agama. Ini sebenarnya agenda DAP supaya sejarah melepaskan Singapura berulang kembali dan ini tidak mustahahil apabila orang seperti NIK AZIZ memberi sokongan kepada mereka.

Diharap dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini akan menimbulkan kesedaran kepada seluruh umat melayu islam dinegara kita supaya bangkit dari dibuai dengan fatwa-fatwa dan kenyataan seolah-olah Nik Aziz ini MAKSUM dan semua kata-katanya semuanya benar. Sedarlah orang-orang PAS....cakap Nik Aziz bukan WAHYU yang wajib dipatuhi dan dituruti. Bertindak dan berfikirlah secara waras. Kalau orang yang menghina Islam pun dibela oleh Nik Aziz kerana nak jaga kepentingan politik, itu sudah keterlaluan dan bukan cakap seorang TOK GURU yang memperjuangkan agama.

Kesimpulannya ialah Nik Aziz dan PAS bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan kuasa politik semata-mata.

Tuesday, August 4, 2009

TOK DALANG PEROSAK NEGARA


SEDIH....sungguh rasanya koi melihat bangsa koi diperkuda oleh orang lain terkinja-kinja melalak ditengah jalan kononnya nak menghapuskan ISA. Mereka ditunggang oleh TOK DALANG-TOK DALANG yang mementingkan diri sendiri.

SAYANGNYA...bangsa koi tak sedar diri mereka tu kena tunggang dek orang lain.

Kenapa nak takut pada ISA kalau kita tidak melakukan pekara yang boleh mengancam keselamatan dan mengancam keamanan yang ada dalam negara kita ini. Wahai bangsaku... sedarlah ini semua agenda orang lain yang hendak melihat bangsaku orang melayu berpecah-belah. Mereka ini ingin melihat orang melayu tidak lagi menguasai dan memerintah negara kita Malaysia tercinta ini.

Ada TOK DALANG pula yang sengaja mahu mengalih pandangan rakyat daripada kes yang sedang beliau hadapi sekarang. Jadi beliau akan sentiasa cuba mencipta sesuatu isu supaya kes beliau ini akan ditangguh dan ditangguh sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti. Beliau akan timbulkan berbagai isu lagi selepas ini seolah-olah rakyat akan sentiasa melihat bahawa kerajaan pemerintah hari ini sudah tidak releven lagi memerintah.

Beliau kata ISA Zalim dan minta kita semua bantah ISA tetapi dia minta Mahkamah gugurkan kes beliau LIWAT SHAIFUL. Adakah itu tidak ZALIM?

Wahai bangsaku janganlah kita terpedaya dengan TOK DALANG-TOK DALANG yang sentiasa cuba merosakkan negara. Yang rugi adalah kita, bangsa kita, agama kita.

BERSYUKURLAH bangsaku...selama ini kita telah lama hidup dengan aman dan rukun dengan pemerintahan kerajaan yang ada pada hari ini. Telah terbukti KERAJAAN yang ada pada hari ini telah berjaya membawa negara dan rakyat negara kita kemercu kecemerlangan sehingga kita menjadi negara contoh dalam banyak pekara didunia.

Wednesday, July 29, 2009

NIK AZIZ PELAMPAU POLITIK


Sungguh malang dan amat sedih sebagai seorang ummah melayu dan beragama ISLAM dan mengucap kalimah SYAHADAH yang sama dengan kita NIK AZIZ sanggup mengatakan "PERGI JAHANAMLAH UMNO' sebuah parti orang melayu yang selama ini telah berjasa dan berbakti terhadap agama, bangsda dan negara.

ANGKUH !!!!! BONGKAK !!!!!!! SOMBONG !!!!!!!!!! TAKABBUR !!!!!!!!!!! RIAK itulah sebenarnya sifat yang ada pada Mursyidul PAS itu.

Beliau tidak layak digelar Tok Guru AGAMA tapi TOK GURU PERPECAHAN UMMAH..

Beliau juga tidak layak dipanggil ULAMAK kerana tidak ada alim ulamak yang benar-benar mengikut syariat Islam sanggup mengeluarkan kata-kata yang hina dan buruk terhadap orang lain yang seagama dengannya.

Wahai .....NIK AZIZ kalau benarlah orang UMNO Jahanam, TUNJUKKANLAH bukti bahawa orang UMNO ini sudah jauh terpesong dari mengamalkan,memperjuangkan AGAMA Islam.

Kalau dengan DAP parti yang terang-terang taknak kepada ISLAM tak berani pulak Tok Guru nak kata "PERGI JAHANAMLAH DAP"

Ini menunjukkan kepada kita NIK AZIZ BUKAN ULAMAK AGAMA TAPI ULAMAK POLITIK 100 %. Cakap agama yang beliau katakan adalah retorik semata-mata.
Penyokong PAS sekarang pun berada dalam keadaan keliru SIAPAKAH pemimpin sebenar parti mereka HJ HADI ke atau NIK AZIZ.

Wednesday, July 22, 2009

SIAPA ZAID IBRAHIM PANDAI-PANDAI NAK AJAK KU LI MASUK PKR




Zaid Ibrahim sedar ataupun tidak siapa diri dia sebenarnya pandai-pandai nak ajak KU LI masuk PKR. Zaid sekarang tidak berpijak dibumi nyata kerana mereka dalam PKR sekarang merasakan pilihanraya akan datang sudah menjadi milik mereka. Sebab itu ZAID cakap besar..

JANGAN MIMPI LAH PKR NAK DAPAT PERINTAH MALAYSIA, baru dapat dua tiga negeri pun dah huru-hara.

KULI adalah diantara pengasas UMNO yang mempunyai semangat juang yang tinggi tidak akan termakan dengan ajakan dan pujukan ZAID yang tak sedar diri dan LUPA DARATAN. Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat dinagara kita sedangkan ZAID adalah seorang yang tidak mendapat tempat dan sokongan oleh orang Kota Baharu iaitu Bahagian dia sendiri semasa dalam UMNO dulu.

ZAID kaya raya hasil daripada DASAR EKONOMI BARU yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN, kalau tidak kerana bantuan kerajaan beliau tak dapat jadi arkitek pun...

JANGANLAH KITA TERMAKAN PUJUK DAN RAYU ORANG SEPERTI ZAID INI kerana dia akan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain dan jenis orang yang tidak MENGENANG BUDI.

Monday, July 20, 2009

"TERJATUH ATAU DIJATUH ATAU SAJA NAK JATUH'


Pakar Forensik kata kematian Teoh Beng Hock iaitu bekas setiausaha politik kepada seorang exco Selangor ialah PELBAGAI KECEDERAAN AKIBAT JATUH DARI TEMPAT YANG TINGGI.

kEH NAK ULAS TENTANG TIGA PEKARA ;

1. TERJATUH.

Cuba kita fikir, logik ke seorang yang sihat , takde penyakit tiba-tiba jatuh dari bangunan ?
Jadi keh rasa tak mungkin dia terjatuh. Kata lah dia mengantuk sangat atau mengigau semasa rehat diruang tamu SPRM takan pulak sampai boleh buka tingkap
......LU PIKIR LE SENDIRI !!!!

2. DIJATUH.

Kalaulah ia DIJATUHkan, siapa dia yang menjatuhkannya ? Pegawai SPRM....kenapa pulak,,,kerana takan SPRM nak hapuskan bahan bukti atau saksi.

ATAU ada mafia atau gang kongsi gelap mana yang diupah oleh orang-orang berkepentingan dengan kes untuk cuba menghapuskan bukti atau saksi?????? LU PIKIR LE SENDIRI!!!!!!!!!!!

3. SAJA NAK JATUH.

Sebagaimana dimaklumkan oleh bekas Pegawai Penyiasat SPRM, seseorang yang sedang dalam siasatan kes rasuah menghadapi tekanan yang amat sangat sehingga boleh hilang pertimbangan seperti contohnya , menjadi murung, boleh kena kejutan jantung, jadi gila, kena stroke dan berbagai lagi. Keh...lah rasa-rasanya dia ni tak tahan tekan dan dia cari jalan mudah......dia sengaja jatuh........LU PIKIR LE SENDIRI...


Thursday, July 16, 2009

PEGUAMBELA KES LIWAT DSAI SULAIMAN ABDULLAH TARIK DIRI ?




Setelah perbicaraan kes liwat(SONDOL ME) DSAI terhadap Shaiful Bukhari tertangguh beberapa kali kerana KETUA barisan PEGUAMBELA SULAIMAN ABDULLAH dikatakan mengalami masalah kesihatan akhirnya terus manarik diri.


Soalnya kenapa seorang peguambela yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun mengendalikan pelbagai kes dan juga antara orang yang rapat dengan DSAI menarik diri ketika beliau amat diperlukan oleh DSAI untuk membelanya.


APA SEBABNYA ?????????????


MESTI ADA SEBABNYA.....


Sudah semestinya sebagai seorang peguam profesional dan mengikut tatacara seorang peguam apabila mengambil sesuatu kes beliau mesti menyiasat dan mengetahui terlebih dahulu segala pekara atau peristiwa yang sebenar-benarnyanya segala dakwaan itu untuk tujuan pembelaan.


Jika beliau berasa kes tersebut ada keraguan dan boleh menafikan hujah pihak pendakwaan sudah semestinya beliau akan terus membela kes ini. Tidak ada sebab untuk beliau menarik diri kononnya atas sebab kesihatan dan sebagainya. Ini kerana kalau beliau berjaya membuktikan bahawa DSAI tidak bersalah dimakhamah, beliau sudah tentu akan jadi popular kerana berjaya mempertahankan rakan karibnya dari terporok dalam penjara.


TETAPI....


Sebagai pegaumbela Profesional.....SUDAH TENTU beliau telah mengatahui dan mendapati apa yang didakwa oleh Shaiful Bukhari adalah BENAR. Disokong pula oleh bukti-bukti dari rakaman CCTV serta bukti-bukti lain. Sebab itu beliau meminta supaya pihak pendakwa menyerahkan dahulu segala bahan bukti kepada mereka sebelum perbicaraan. TAK PERNAH BUAT DIORANG. Masa perbicaraan berjalanlah baru serah segala bahan bukti.


MAKA....


Oleh kerana SULAIMAN ABDULLAH tidak mendapat bahan bukti tersebut harapan beliau untuk mempertahankan DSAI amat tipis. Jadi beliau mengambil langkah awal-awal lagi biarlah beliau mengundur diri. Beliau juga merasakan bahawa BENANG YANG DAH BASAH TAK BOLEH DITEGAKKAN LAGI.


WAHAI SEMUA RAKYAT MALAYSIA, INI MENUNJUKKAN MEMANG DIDAPATI BENAR SEGALA DAKWAAN SHAIFUL BUKHARI BAHAWA DSAI MELAKUKAN PEKARA TERKUTUK TERSEBUT KEATASNYA.


JADI....


Sebagai umat melayu beragama Islam tak payah lah kita percaya lagi kepada orang yang selama ini pandai bermuka-muka dan pandai bermain dengan kata-kata tetapi sebenarnya dialah yang melakukan pekara yang tak boleh diterima oleh AGAMA dan ALLAH YANG MAHA ESA.


Wednesday, July 15, 2009

MORAL BN MENINGKAT DIMENEK URAI

Keputusan pilihanraya Manek Urai membuktikan bahawa sokongan rakyat terrhadap BN meningkat. Majoriti yang sangat kecil iaitu sebanyak 65 undi menunjukkan bahawa segala perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional mendapat sambutan daripada rakyat.

Rakyat sudah bosan dengan permainan politik PAS yang hanya banyak berpolitik kepartian hingga menyebabkan rakyat terutama orang melayu berpecah. Hari ini orang melayu mahukan pembelaan terhadap mereka diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan bukan retorik dan laungan dipentas-pentas ceramah sahaja.

Tuesday, July 14, 2009

Panas Dari Manik Urai



Kemaskini 4.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih menunaikan tanggungjawab - sejam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 3.32pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.

kemaskini 2.05pm Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.

MANEK URAI TANDA ARAS KEPADA KEBANGKITAN BN


Keputusan pilihanraya kecil N.41 Manek Urai Kelantan merupakan signifiken atau tanda aras kepada kebangkitan BN. Disinilah landasan penerimaan rakyat kepada kepimpinan Dato Seri Najib sebagai PM, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato Mustapha Mohamad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Setelah 100 hari Dato Seri Najib sebagai PM, berbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan untuk kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira kaum sesuai dengan slogan 1 MALAYSIA dimana kepentingan rakyat didahulukan dan pencapaian kerajaan diutamakan.
Pengundi-pengundi di MANEK URAI inilah masanya untuk membalas keikhlasan yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan hari ini yang benar-benar ingin melihat penduduk dan kawasan Manek Urai mengalami perubahan pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri PAS pimpinan Nik Aziz. UNDILAH BN.
Selama 19 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan tiada satupun pembangunan yang dilaksanakan untuk memajukan penduduk Manek Urai. Nik Aziz hanya beretorik semata-mata. Bercakap untuk membangun bersama Islam dan menjalankan undang-undang islam tapi berkawan dengan golongan kafir HARBI yang jelas menentang ISLAM.

Membangun Islam bersama KAFIR HARBI !!!!!!!!!!!!!!!!!!