MEMBER'S

Friday, December 5, 2014

DAP KEBAL ?????

Parti Alternatif Rakyat (PaP) mempersoalkan ‘kekebalan’ yang seolah-olah dinikmati DAP kerana tiada sebarang amaran keras serta keputusan muktamad dibuat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kemelut yang sedang dihadapi parti tersebut. Presiden Penaja PaP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, pemimpin DAP masih bebas menjalankan urusan parti di sebalik keraguan tentang keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlarutan sejak dua tahun lalu. Menurutnya, DAP yang ketika ini 'berfungsi' dalam keadaan status diragui menyebabkan rakyat negeri ini berada dalam dilema berhubung urusan pentadbiran negeri. Antaranya tambah beliau, berhubung beberapa keputusan meragukan seperti menaikkan tarif air, cukai pintu dan menandatangani projek mega termasuk pembinaan terowong dasar laut. “Semua perkara itu diputuskan dalam keadaan pemimpin DAP tidak diiktiraf jawatan mereka dan lebih memburukkan keadaan ROS seolah-olah berdiam diri walaupun berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sehubungan itu, Zulkifli berkata, PaP mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi campur tangan sekali gus menyelesaikan isu membabitkan DAP dan ROS. Menurut beliau, pihaknya bimbang Kementerian Dalam Negeri tidak mendapat maklumat tepat berhubung kemelut CEC DAP daripada ROS selain bimbang ada pihak-pihak tertentu di dalam ROS sendiri tidak menyalurkan maklumat tepat kepada kementerian tersebut. Berhubung urusan pentadbiran parti pula, Zulkifli membangkitkan tindakan pemimpin dan pemegang jawatan CEC yang tidak diiktiraf dalam membuat keputusan penting. “Antaranya keputusan berhubung watikah pelantikan calon DAP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan,” katanya. Katanya, dalam tempoh ber­kenaan juga, ada ahli baharu didaftarkan serta dipecat selain DAP bebas mengutip dana melalui penganjuran majlis makan malam serta mengadakan konvensyen peringkat negeri. “Terbaharu, saya dimaklumkan DAP akan mengadakan konvensyen kebangsaan pada 7 Disember ini di ibu negara dan amat menghairankan tiada langsung tindakan dalam bentuk amaran daripada ROS,” katanya. Sementara itu, Setiausaha PaP, Rahmad Isahak berkata, status DAP sebagai pentadbir di negeri ini juga menimbulkan persoalan kerana hanya bersifat wakil rakyat Bebas sahaja. Katanya, barisan kepemimpinan negeri sepatutnya diisi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sementara menunggu keputusan siasatan ROS.

PKR TARAKKKK NYANJIII...MAU KASI TIMBALAN SPEAKER DUN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan pernah bersetuju serta mengadakan perjanjian untuk memberikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada DAP. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian sedemikian tidak wujud sama sekali selain tidak pernah diputuskan oleh majlis pimpinan pusat pakatan pembangkang. Sebaliknya beliau memaklumkan isu jawatan Timbalan Speaker DUN yang dituntut oleh DAP hanya satu cadangan daripada parti itu yang pernah dibangkitkan semasa perbincangan majlis pimpinan pusat sebelum ini. “Tidak timbul soal janji. Kalau betul sudah janji, tidak perlulah kita bincang lagi. “Isu jawatan ini adalah cadangan daripada DAP yang dibangkitkan oleh Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor). Sepatutnya perkara baharu seperti itu perlu diputuskan oleh majlis pimpinan pusat,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita, di sini hari ini. Penjelasan Mohamed Azmin itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Setiausaha DAP, Ng Suee Lim pada 1 Disember lalu yang menuntut satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN dilantik daripada wakil mereka sebagaimana yang diberikan kepada Pas yang diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Mohd. Shafie Ngah. Malah, Suee Lim turut mengakui wujudnya perjanjian untuk memberikan jawatan tersebut kepada DAP selepas tamat krisis Menteri Besar sebelum ini selain mendapat persetujuan daripada majlis pimpinan pusat pakatan pembangkang. Sementara itu, Mohd. Shafie ketika ditemui menyatakan beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai kewujudan persetujuan berhubung cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Speaker DUN II. Beliau turut berpendapat cada­ngan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar.

LADANG SAYUR HARAM DIMUSNAH

Pihak berkuasa mula ‘mengambil alih’ tanah pertanian yang diteroka tanpa kebenaran di daerah ini apabila merobohkan struktur binaan di kebun-kebun yang diusahakan secara haram tersebut. Operasi sulung itu melibatkan 500 anggota daripada 16 agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pegawai dari Pejabat Peguam Negara. Dalam operasi di Blue Valley dekat sini, pihak berkuasa merobohkan struktur binaan seperti tiang besi dan penutup plastik di sebuah kebun yang diteroka secara haram. Kerja-kerja meroboh dijalankan dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan seperti pemotong besi serta jentolak. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Wahab yang mengetuai operasi tersebut berkata, pihaknya akan mengambil alih tanah-tanah yang diusahakan secara haram berkenaan. Menurut beliau, ada pemilik kebun di situ dikesan telah meneroka tanah lebih dari 11 hektar daripada had dibenarkan atau tiga hingga empat kali ganda daripada sepatutnya. “Kebun ini sudah beroperasi lebih empat tahun dan telah melabur lebih RM10 juta. “Kita telah merobohkan struktur binaan di atas tanah haram dan kita akan mengambil alih tanah ini. “Tindakan merobohkan struktur binaan di sini adalah mengikut undang-undang di bawah Seksyen 425/426 Kanun Tanah Negara,” katanya ketika ditemui hari ini. Dalam pada itu, Mohamed Tajudeen mengakui, pihak berkuasa berdepan masalah untuk merobohkan struktur binaan terutama daripada besi. Katanya, ini kerana struktur yang dibina sukar untuk dirobohkan jika menggunakan peralatan biasa seperti pemotong besi sebaliknya perlu menggunakan jentera berat. “Ini mungkin menyebabkan operasi mengambil alih semua tanah haram di daerah ini memerlukan masa lebih lama daripada tempoh tiga bulan yang ditetapkan. “Selain itu kejayaan operasi juga bergantung kepada keadaan cuaca,” jelasnya. Operasi tersebut turut menahan 20 pekerja warga asing untuk pemeriksaan dokumen. Mengenai usaha menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri kawasan tanah tinggi itu, Mohamed Tajudeen berkata, operasi akan dijalankan secara berterusan. “Kita akan terus memburu mereka sehingga Cameron Highlands bebas daripada PATI,” tegasnya.

Thursday, December 4, 2014

SULTAN SELANGOR TARIK GELARAN DATUK SERI

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 November lepas. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar. Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992

KAJANG SINONIM DENGAN BANJIR

Pelbagai teori serta cadangan dikemukakan dan tindakan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Menaik taraf Sungai Jelok rupanya bukan jawapan supaya kejadian banjir kilat tidak berulang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru hanya mampu melawat setiap kali kejadian berlaku. Belum sempat bertindak banjir baharu datang lagi. Ramai berpendapat kejadian disebabkan oleh pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti. Pembangunan tidak dapat dielak. Ia akan terus pesat berkembang selagi keadaan ekonomi mengizinkan. Banjir bukan disebabkan Sungai Jelok yang tidak mampu menampung air yang banyak ketika hujan lebat. Sebaliknya Sungai Langat yang merupakan tempat aliran keluar semua anak sungai dan perparitan di sekitar Hulu Langat termasuk Kajang tidak dapat menampung jumlah air yang masuk. Ini kerana dasarnya telah cetek oleh perbuatan manusia yang sering menjadikan sungai sebagai tong sampah. Apabila Sungai Langat telah penuh, sungai-sungai lain turut menjadi tepu dan mula melimpahi kawasan yang rendah. Menaik taraf saliran sungai yang mengalir ke Sungai Langat bukan jaminan dapat mengelakkan banjir dari berulang di Bandar Kajang. Kerajaan Selangor patut bertanggungjawab dengan mendalamkan Sungai Langat supaya semua rangkaian anak sungai dan perparitan dapat mengalirkan air dengan lancar. 

Tuesday, December 2, 2014

GAZET TANAH PENEROKA FELDA SEBAGAI RIZAB MELAYU

Tanah peneroka Felda perlu segera digazetkan sebagai tanah rizab Melayu bagi memelihara serta mengekalkan aset itu di tangan orang Melayu selama-lamanya. Walaupun tanah milik peneroka itu tertakluk kepada Akta Kawasan Tanah Berkelompok (GSA) 1960 tetapi masih ada ruang untuk berpindah milik. Ini kerana, ada tanah Felda berada kawasan berstatus tanah ‘antarabangsa’ yang boleh di miliki oleh bukan bumiputera. “Oleh itu, cadangan Kerajaan negeri Johor untuk menukar status tanah peneroka Felda sebagai ta­nah rizab Melayu satu tindakan bijak bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri berkenaan. Usaha ini juga perlu diikuti oleh negeri-negeri lain. “Kerajaan telah berusaha keras untuk menjaga kepentingan orang Melayu dengan mewujudkan akta tertentu seperti GSA namun ada segelintir pihak bijak memanipulasikannya untuk kepentingan diri,”. D
engan pendekatan secara berstrategik sedemikian akan dapat menghalang niat buruk sesetengah pihak untuk menjual tanah rizab Melayu kepada bukan bumiputera. “Jika tiada penguatkuasaan dan tindakan tegas dilaksanakan dibimbangi tanah rizab Melayu yang telah menyusut dengan banyak bertukar pemilik kepada bukan Melayu terutama di kawasan bandar,”

BIASISWA MENTERI BESAR JANJI KOSONG KEPADA RAKYAT SELANGOR

Manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk menawarkan Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat negeri ini ternyata janji kosong semata-mata. Hal itu disahkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengakui cadangan untuk mewujudkan biasiswa tersebut tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri menyebabkan sehingga ke hari ini kemudahan itu tidak wujud. “Perkara ini sepatutnya dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan. “Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tiada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) berhubung status Biasiswa Menteri Besar seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum lalu. Dalam manifesto itu, pakatan pembangkang berjanji untuk melancarkan biasiswa tersebut bagi pelajar ijazah lanjutan melalui terbitan bon dengan penubuhan sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor. Biasiswa itu diumum akan dimasukkan ke dalam Belanjawan Selangor 2014 dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta sebagai permulaan.

STURGEON DAN TAMAN NEGARA

PROJEK ikan sturgeon sejak kebelakangan ini menjadi perbincangan hangat terutama dalam kalangan penduduk yang menetap sekitar Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.
Rancangan mengadakan projek ikan sturgeon itu secara dasarnya diakui membawa kebaikan kepada ekonomi negara, selain mampu menambah pendapatan sama ada kepada agensi mahupun individu terlibat. Jika dilaksanakan, Pahang bakal muncul negeri pertama menjalankan ternakan ikan sturgeon yang tertumpu mendapatkan hasil telur ikan berkenaan.
Berbicara mengenai ikan sturgeon ini, ia sejenis spesies dibawa dari negara luar yang iklimnya bercuaca sejuk. Beberapa negara sekitar Asia Tenggara telah memulakan projek ternakan ikan ini. Malah, ikan jenis ini juga telah dibawa masuk untuk kajian dari segi dagingnya di Perak.
Kini, rancangan seterusnya ialah menternak ikan sturgeon ini untuk mendapatkan telurnya bagi menambah pendapatan. Namun, timbul persoalan mengapa projek ternakan itu perlu diadakan di kawasan berhampiran Taman Negara Kuala Tahan? Keadaan ini secara langsung menimbulkan pertanyaan dan kerisauan penduduk termasuk pengusaha calet, pengusaha bot, Orang Asli, pengusaha restoran dan kalangan mereka yang selama ini memperoleh pendapatan dari kehadiran pelancong di Taman Negara.
Perlu diakui, sejak lebih 75 tahun lalu, Taman Negara menjadi ikon kepada Malaysia. Keunikan alam sekitarnya dengan pengiktirafan sebagai hutan antara tertua di dunia berusia lebih 130 juta tahun. Taman Negara diakui lebih tua dari hutan Amazon di Amerika Selatan.
Disebabkan keunikan itu, kehadiran pelancong luar negara setiap tahun terus meningkat. Malah, promosi Taman Negara di luar negara juga menggunakan nama `Taman Negara' dan bukan atas nama `National Park'. Jika ditanya pelancong luar negara, mereka mengenai ikon Malaysia itu dengan panggilan serta nama `Taman Negara'. Kehadiran pelancong itu sebenarnya telah memberi pendapatan kepada penduduk tempatan.
Tinjauan Utusan Malaysia mengenai pandangan penduduk di Kuala Tahan mendapati mereka hanya mahu projek ikan sturgeon itu dipindahkan ke kawasan lain. Mereka mempersoalkan mengapa projek itu perlu diadakan berhampiran Taman Negara Kuala Tahan, tambahan pula di zon penampan.
Dengan kata lain, mereka meminta kerajaan campur tangan supaya projek tersebut dipindahkan ke kawasan lain yang sedikit jauh dari Taman Negara. Permintaan penduduk itu sebenarnya mempunyai alasan tersendiri. Antara faktor dikemukakan oleh penduduk ialah dikhuatiri projek ikan sturgeon ini akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan ecopelancongan.
Apabila diajukan persoalan ini kepada Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, beliau berkata, keluhan penduduk itu bukannya mereka menghalang sebaliknya penduduk hanya meminta projek itu dipindahkan ke tempat lain.
"Penduduk mempunyai alasan kukuh iaitu projek tersebut tidak sepatutnya diadakan di zon penampan. Ia dikhuatiri akan memberi kesan kepada alam sekitar Taman Negara dan apabila ini berlaku jumlah pelancong mungkin berkurangan dan seterusnya memberi impak negatif kepada punca pendapat penduduk,'' katanya.
Di samping itu, projek tersebut juga didapati belum memenuhi prosedur khususnya berkaitan Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).
Selain itu, sehingga kini belum ada sebarang kelulusan daripada Jabatan Perikanan yang membenarkan projek tersebut di Taman Negara walaupun tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat jalan penghubung telah dibina bagi membolehkan projek ikan sturgeon itu beroperasi. Pengarah Jabatan Perikanan negeri Pahang, Adnan Hussain mengakui tiada sebarang kebenaran atau permit dikeluarkan oleh jabatan itu.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang, Idros Yahya pula mengakui jika projek itu memberi kesan negatif kepada ecopelancongan dan alam sekitar di Taman Negara, usaha mendapatkan pengiktirafan Taman Negara sebagai Tapak Warisan Dunia akan menjadi sia-sia.
"Pulau Pinang dan Melaka telah memperoleh pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia, namun Taman Negara perlu merebut peluang ini kerana ia antara hutan tertua dunia.
Taman Negara bukan sahaja ikon kepada Pahang dan Malaysia, malah di peringkat dunia,'' katanya.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Pahang, Rohimah Ayub turut mengakui cadangan tapak projek ikan sturgeon itu terletak di kawasan 'sensitif'. Keadaan ini memperlihatkan kawasan yang dipilih adalah tidak sesuai dan kelak dikhuatiri memberi kesan negatif kepada Taman Negara.
Rohimah berkata, pada masa ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan dan permohonan daripada pihak terbabit untuk melaksanakan penilaian alam sekitar berkenaan projek ikan sturgeon itu.
Dalam pada itu, seorang aktivis alam sekitar, Prof. Dr. Maketab Mohamed berkata, pihaknya bukan menentang projek tersebut tetapi sebaliknya meminta ia dipindahkan ke kawasan lain agar tidak mendatangkan mudarat kepada alam sekitar Taman Negara.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia menambah, adalah satu kerugian amat besar jika alam sekitar di Taman Negara menerima impak negatif ekoran pelaksanaan projek ikan sturgeon itu.
Kerisauan mengenai projek ikan sturgeon itu turut dirasai oleh kalangan pengusaha restoran terapung dan pelancongan di Taman Negara yang menyatakan agar lokasi projek itu dipindahkan kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka.
"Pengusaha pelancongan serta pengusaha restoran tidak setuju projek itu diadakan di zon penampan Taman Negara. Jika diteruskan Taman Negara bakal berhadapan satu lagi masalah baharu. Selama ini pun pelbagai masalah lain dihadapi seperti keadaan air sungai yang tercemar dan hingga kini belum ada penyelesaian,'' kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara, Abdul Jalil Rahman.
Berdasarkan penerangan dan pendapat pelbagai pihak, projek ikan sturgeon berhampiran Taman Negara Kuala Tahan dan di kawasan zon penampan itu, diakui memerlukan penilaian semula.
Projek itu dilihat perlu dipindahkan ke kawasan lain agar Taman Negara Kuala Tahan dapat terus bertahan walaupun selepas 100 tahun lagi. Cita-cita menjadikan Taman Negara sebagai Tapak Warisan Dunia haruslah diteruskan.
Langkah ini kelak akan menjamin alam sekitar Taman Negara terus dipulihara selain punca pendapatan penduduk juga terus terjamin dengan kemasukan lebih ramai pelancong ke situ.
Di samping itu, adakah dengan memindahkan tapak projek ikan sturgeon itu ke tempat lain iaitu di luar kawasan penampan Taman Negara, ia akan merugikan pihak-pihak tertentu? Juga perlu difikirkan, adakah kita sanggup kehilangan Taman Negara yang selama ini menjadi ikon Malaysia dan sinonim dengan panggilan sebagai antara hutan tertua dunia?
Semua persoalan isu ikan sturgeon ini terutama melibatkan pandangan pelbagai pihak hendaklah diberi perhatian serius selain dicari penyelesaian muktamad. Yang penting masa depan penduduk Taman Negara hendaklah diutamakan.






Friday, November 28, 2014

MISTERI MB AZMIN

RAMAI yang terkejut Langkah Kajang berakhir dengan Azmin dan bukannya Azizah sebagai MB Selangor.
Bagi sesiapa yang mengetahui 'keakraban' Anwar-Azmin memang daripada awal menjangkakan sebenarnya Langkah-2A adalah untuk Azmin.
Begitu kelicikan politik Anwar-Azmin yang langsung tidak dihidu oleh sesiapa kecuali mereka yang kenal benar dengan 2A ini.
Anwar sanggup 'mengatur' perang dengan Pas dan Istana, sementara membisukan Azizah dengan strategi licik.
Anwar tahu jika dia terus mengumumkan Azmin pengganti Khalid, Azizah akan membantah keras.
Kelicikan Anwar ialah dia tahu mana isu itu akan 'landing'.
Dia tahu Azizah tidak akan diterima sebagai MB sama ada oleh Istana mahupun Pas.
Jadi dia menunjukkan kesungguhan mengumumkan Azizah sebagai calon MB dengan pengetahuan bahawa ia akhirnya akan ditolak, sambil memberitahu Azmin supaya 'play cool'.
Sebab itu usaha dibuat supaya Pas yang menamakan Azmin bukan PKR. Dan Pas terperangkap dengan mainan itu apabila Hadi Awang sendiri yang mengusulkan nama Azmin.
Sebab itu kaum Anwarinas bertakbir sakan apabila Hadi yang usulkan nama Azmin dalam mesyuarat Pas Pusat.
Sekarang Azizah tak boleh merajuk sebab Anwar nampak sudah berusaha keras untuk menamakan dia sebagai MB.
DAP pula menarik nafas lega! Daripada bagi ustaz Pas jadi MB lebih baik Azmin.
Kelicikan Langkah Kajang ialah apabila mereka berjaya meyakinkan UMNO bahwa kalau bubar DUN pun UMNO tidak akan menang, malahan mungkin hilang banyak kerusi lagi.
Ini menyebabkan UMNO memberi isyarat bahawa ia tidak bersedia menghadapi PRN!
Dan piala terbesar Langkah 2A ini ialah apabila pimpinan tertinggi UMNO berjaya diyakinkan bahawa Azmin adalah calon terbaik untuk penyelesaian kemelut Selangor.
Penglibatan dua orang bergelar Tan Sri yang dikatakan mempunyai talian dengan Istana melobi keras untuk Azmin menjadi MB dikatakan pengunci Langkah 2A.
Kononnya, perjumpaan mereka dengan pimpinan tertinggi UMNO Khamis lepas membawa mesej bahawa Putrajaya tidak ada bantahan jika Azmin yang dilantik sebagai MB.
Jadi pihak Istana sudah tiada pilihan. Sebenarnya Istana sudah melakukan yang terbaik.
Maklumat sahih memberitahu Tuanku telah memberi tawaran kepada ADUN Pas untuk menerima lantikan sebagai MB.
Seorang kononnya berkata semasa diinterview: "Patik ada penyakit dan tak boleh menghadapi tekanan" dan seorang lagi memberi alasan "tak sanggup terima cabaran".
Bagi Tuanku sifirnya mudah. Perkara 53 memberi kuasa kepada Tuanku melantik MB daripada mereka yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN.
Pas mempunyai 15 ADUN. Dan dengan sokongan ADUN UMNO (12 orang) dicampur Bebas (Tan Sri Khalid) menjadikan 28 orang. PKR pula ada 13 dicampur DAP 15 juga menjadi 28.
Tetapi jika undi dibuat, gabungan PKR-DAP akan tinggal 27 kerana Hannah Yeoh sebagai Speaker tidak boleh mengundi.
Atas dasar itu, tawaran dikemukakan kepada ADUN Pas. Malangnya, mereka mahu mendapat mandat jelas daripada muktamar agung. Sebab itu tarikh pengumuman dibuat hanya selepas muktamar.
Malangnya Muktamar Agung Pas tidak memberi mandat yang jelas dan tegas untuk ADUN mereka menerima jawatan MB.
Walaupun ada cubaan daripada Dewan Ulama untuk usul itu dibahas dan diluluskan, namun perwakilan gagal memberikan mandat yang diperlukan.
Sebaliknya menyerahkan kepada Tuanku untuk memutuskannya, ditambah dengan kenyataan jawatan MB Selangor adalah hak PKR.
Sebab itu Tuanku tiada pilihan. Azizah tidak boleh diterima. Pas sendiri tidak tegas dan jelas. UMNO pula tidak bersedia.
Dan Putrajaya pula, kononnya atas usaha gigih dua Tan Sri itu, memberi mesej boleh menerima Azmin.
Maka Tuanku berakhir dengan kedudukan tiada pilihan melainkan terpaksa melantik juga Azmin sebagai MB.
Sebab itu saya tidak terkejut setelah berhempas pulas berbulan lamanya menamakan Azizah, setelah berperang dengan Istana dan Pas, setelah memecat Tan Sri Khalid kerana tidak akur arahan parti memberi laluan kepada Azizah, akhirnya dalam tempoh tak sampai 12 jam pengumuman oleh Istana menamakan Azmin, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat dipengerusikan Anwar membuat U-Turn menerima pelantikan Azmin.
Dan yang paling klasik, Azizah membuat kenyataan menarik balik pencalonan dirinya sebagai MB.
Begitu liciknya Langkah 2A!
Dan sekarang, sudah pasti Azmin akan melantik semula Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Dan sudah pasti mereka akan memerah fikiran bagaimana wang simpanan tunai RM3.2 bilion yang dikumpul oleh Tan Sri Khalid mahu dibelanjakan.
Dan yang pastinya, 2A ini mempunyai matlamat yang jelas - Anwar tidak boleh masuk penjara, dan Anwar mesti jadi PM ke-7.
Yang akan termenung dan ternganga nanti ialah UMNO, Pas dan Azizah!

MH 370 TERDAMPAR DI SUMATERA ?

Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley mendakwa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka terdampar di kawasan pantai setelah dibadai ombak dan kemungkinan besar terdampar berhampiran pantai Sumatera. Laman web Mirror.Uk memetik Foley sebagai berkata, beliau percaya serpihan pesawat itu daripada jenis Boeing 777 akan bergerak ditolak ombak ke Indonesia dan jika perkara itu benar, segala misteri tentang kehilangan pesawat itu bakal terjawab. “Sesuatu (daripada pesawat MH370) pasti akan terdampar di kawasan pantai dan kemungkinan besar di kawasan pantai di Sumatera. Kami dimaklumkan banyak orang telah menemui objek pelik di kawasan pantai dan menyerahkannya kepada polis tempatan. “Kami kemudian menyerahkan objek berkenaan kepada Boeing untuk dikenal pasti, namun sehingga kini tiada sebarang berita positif diterima tentang pesawat itu. Objek yang berada di laut mengambil masa lama untuk terdampar di pantai setelah dibadai ombak,” jelas Foley. Kata Foley, dua buah kapal masih menjalankan kerja-kerja mencari pesawat MH370 di dua buah kawasan yang telah dikenal pasti, menggunakan peralatan pengimbas sonar. Jelasnya, 40 orang krew bekerja di atas kapal berkenaan 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan usaha mencari dapat dijalankan dengan lancar. “Ada kalanya cuaca di laut begitu buruk, tetapi kami percaya kami akan mendapat jawapan misteri tentang kehilangan (MH370) ini. Penting untuk semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pesawat tersebut,” ujar Foley. Kehilangan pesawat MH370 hampir memasuki sembilan bulan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal.

IMEJ BERSIH

Setiap pemimpin UMNO perlu membawa imej yang bersih jika mahu parti itu kembali mendapat kepercayaan rakyat. Mat Razi Mat Ail Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail berkata, rakyat mahukan seorang pemimpin yang bersifat sederhana, ikhlas dan jujur dalam corak kepimpinannya. “Malah jika mereka berpegang kuat dan tidak melencong daripada landasan agama, sudah tentu mereka akan lebih diterima dan dipercayai oleh rakyat. “Setiap pemimpin itu ada binaannya sendiri. Alhamdulillah, rakyat dapat menerima saya walaupun pertama kali dicalonkan (sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Mat Razi menjadi tumpuan dalam perhimpunan kali ini selepas beliau disebut oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Taklimat Presiden kelmarin sebagai contoh pemimpin mempunyai perawatakan baik dan disenangi rakyat. Malah nama beliau turut disebut-sebut dalam perbahasan wakil Pemuda UMNO sempena perhimpunan agung sayap itu semalam yang antaranya menyifatkan beliau sebagai pemimpin pilihan rakyat kerana mempunyai latar belakang agama yang menyerlah. Pengiktirafan terhadap karakter disenangi rakyat yang dibawa oleh Mat Razi itu juga menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada September lalu sebagai model dan rujukan untuk parti itu berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14. Dalam PRK itu, Mat Razi yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati, mencatat kemenangan besar iaitu dengan majoriti sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

AKTA HASUTAN KEKAL DAN DIPERKUKUHKAN

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Akta Hasutan 1948 tidak akan dihapuskan sebaliknya diperkuat dan diperkukuhkan sekurang-ku­rangnya dalam dua perkara. Beliau berkata, dua peruntukan khas yang akan dimasukkan, pertama melindungi kesucian agama Islam dan tidak boleh menghina agama-agama lain serta kedua tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. “Ertinya lagi, apa-apa jua perkataan, perbuatan mahupun ucapan yang bersifat menghasut serta menghina Islam, Melayu dan raja-raja akan kita halang dan kita tentang habis-habisan,’’ tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, di sini hari ini. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau membuat keputusan ini setelah mendengar pendapat dan cadangan daripada Timbalan Presiden, Wanita, Pemuda, Puteri, usul-usul daripada Bahagian, keresahan suara-suara akar umbi, serta pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebelum itu satu tayangan video yang memaparkan siri penghinaan terhadap agama Islam, orang Melayu dan institusi raja-raja Melayu dipertontonkan kepada orang ramai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Desakan supaya Akta Hasutan 1948 dikekalkan mula kedengaran setelah timbul ura-ura akta tersebut akan digantikan Akta Keharmonian Nasional dua tahun lalu. Pelbagai pihak termasuk NGO secara terbuka menentang cadangan tersebut rentetan daripada pelbagai insiden penghinaan ke atas agama Islam, orang Melayu dan raja-raja Melayu. Pada masa yang sama parti-parti pembangkang dan NGO propembangkang turut berkempen agar akta berkenaan dihapuskan sehingga Majlis Peguam mengemukakan satu draf akta yang disediakan oleh badan itu sendiri. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kelmarin turut menegaskan perlunya akta itu dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi menjaga perpaduan dan keharmonian negara.

Wednesday, November 27, 2013

PEMBOHONG NO 1

Hitler dan Menteri Propaganda Nazi Goebler pernah berkata, 'the bigger the lie, the more people will believe it - lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih mudah orang percaya'.

Masih ingat lagi kisah dongeng pembohongan 16 Sep 2008? Konon cerita lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat ke pembangkang. Dan Kerajaan BN akan jatuh. Dan 16 Sep 2008 akan menyaksikan Kerajaan baru pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi janji kepada penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang semasa kempen PRU-12 tahun 2008. 'Ane, ini hari kasi undi sama kita, lagi dua minggu geran kasi mari'. Tak berapa hari menang Pulau Pinang dan membentuk Kerajaan DAP, penduduk Kg. Buah Pala menerima kedatangan traktor dan jentolak merobohkan rumah mereka dan dihalau keluar!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi sebelum PRU-13, 'jika pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tewas dalam PRU-13, saya akan bersara dan mungkin menjadi pensyarah'. Tetapi sehingga hari ini bukan sahaja tidak berhenti dan bersara, malah terbaru dibawa usul dalam Kongres PKR baru ini supaya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya Wan Azizah!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat cerita jam Omega? Masih ingat lagi cerita sakit belakang? Masih ingat lagi cerita Lynas? Masih ingat lagi cerita Felda bankrap? Masih ingat lagi cerita China-Doll? Masih ingat lagi banyak lagi kisah dan cerita yang dibawa oleh pembangkang - yang semuanya akan membuatkan Goebel senyum meleret, yang akan membuatkan Hitler terkedu!

Baru-baru ini Dato' Sri Najib mengadakan lawatan rasmi ke Bangladesh setelah menghadiri Sidang CHOGM di Sri Lanka. Sekembalinya daripada lawatan itu, Dato' Sri Najib ditanya tentang misi lawatan yang pertama oleh beliau sebagai PM Malaysia ke Bangladesh. Jawab PM,

Misi lawatan ini alhamdulillah telah membuka era baru dalam hubungan Malaysia - Bangladesh. Namun misi kedua saya telah gagal!

Ramai wartawan terkejut, apa misi kedua yang gagal tu Dato' Sri, tanya para wartawan. Dengan penuh selamba Dato' Sri Najib menjawab;
Misi kedua saya ialah untuk mencari 40,000 pengundi Bangladesh yang didakwa mengundi dalam PRU-13, tetapi gagal. Malah Sheikh Haseena Perdana Menteri Bangladesh menggelengkan kepala bila diberitahu tentang dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh konon mengundi didalam PRU-13!

Sebaik sahaja kenyataan PM tersebut disiarkan media, tak pasal-pasal Anwar membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh BN bawa masuk 40,000 Bangla semasa PRU-13.

Media-media portal pro Kerajaan kemudian mendedahkan beberapa siri berita yang disiarkan media pembangkang termasuk di laman twit dan lain-lain dimana pembangkang membuat dakwaan konon ujud para pengundi Bangla dalam PRU-13, termasuk kisah sedih seorang penyokong pembangkang sendiri yang diserang dan dihalang mengundi pada pagi 05.05.2013 kerana dituduh sebagai Bangla!

Pada saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung, ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian negara!

Kepada pembangkang DAP-PKR-PAS, saya nasihatkan berhentilah daripada politiking kotor dan jijik ini! Politik berteraskan pembohongan, putar belit, matlamat menghalalkan cara, menimbulkan kontroversi, memecahbelahkan perpaduan negara dan keharmonian antara kaum dengan sikap cauvinis, extremis, pelampau bukan warisan yang mahu kita tinggalkan kepada generasi akan datang.

Melabel kakitangan kerajaan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan tuduhan mereka anjing Kerajaan dan sekadar kucing kurap jalanan bukan jenis politik yang boleh diterima oleh rakyat!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu. Umur awak pun dah masuk rumah kata pergi, kubur kata mari. Tuhan pun dah bagi subsidi empat tahun mengikut ukuran umur Rasulullah saw.

Elok tunaikan janji nak berhenti dan berundur, jadilah pensyarah kat mana-mana. Kalau tak dapat mengajar di Oxford Universiti, mengajar ajelah di UniSel. Saya pasti Tan Sri Khalid akan berikan tempat walaupun mungkin slow sikit keputusan dia.

Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang baru ditabalkan pun dah tegaskan supaya PAS mendesak jawatan calon Perdana Menteri bagi pembangkang diberikan kepada Datuk Seri Hadi Awang. Bermakna PAS pun dah tak mahu kat hang lagi dah.

PKR pun dah makin kelam kabut. Dua ADUN PKR Sabah dah meninggalkan kemungkaran kembali kepada kebenaran. 11 Ketua Cabang PKR Sabah pun sudah angkat kaki dan mengisytiharkan sokong BN. Bos-bos PKR di Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna semua dah mengikrarkan sokongan kepada Dato' Sri Najib dan BN.

Jadi eloklah membuat persediaan untuk menerima kedatangan Izrail - jangan salah faham Israel pula! Perbanyakkan dengar nasyid Selimut Putih. Dan sebelum Izrail datang memanggil, dan jasad hang terbujur di pembaringan, eloklah habiskan masa dengan cucu-cucu tu.

Sentiasa ingat pesan ALLAH, kullun nafsil zaa ikatul mawt - tiap jiwa pasti mati. Macam mana manusia berusaha untuk berawet muda, berapa banyak manusia berusaha untuk membotoxkan diri, akan datang nanti satu masa satu ketika satu detik hukum ALLAH pasti berlaku - hang pasti mati!

Dan pastikan soalan pertama di alam barzakh nanti boleh dijawab - maarobbukaa - jawapannya ALLAH Hu Ahad, bukan Allah-Hus-Salis seperti yang dituntut kristian!

Moga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dan semoga ALLAH menunjukkan kebenaran, dan menganugerahkan kita aqidah dan keimanan yang benar - ameen!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Tuesday, May 28, 2013

DAKWAT KEKAL SPR

Dakwat kekal yang SPR gunakan masih tertakluk kepada syarat Majlis Fatwa 

Kebangsaan yang menghendaki ramuan dakwat itu tidak ada unsur haram dan TIDAK 

MENYEKAT AIR WUDUK kepada orang Islam. 



Syarat dikenakan Jabatan Kesihatan pula dakwat kekal itu mengandungi tidak lebih satu 

peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.

Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga 

tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk 

menentukan ketahanan dakwat kekal itu.



Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat 

itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan RISIKO PENYAKIT BUAH PINGGANG dan 

KANSER kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.

Thursday, March 28, 2013

PANASSS!!!! PEMIMPIN PKR TERLAMPAU

Itu diaa. Memang tak dapat dipisahkan Seks dan PKR. Dari atas sampai ke bawah semua yang tak boleh pakai. Semua tak bermoral. Parti tak bermoral macam ni nak pimpin negara? 

Kepada yang tak kenal mamat ni. Meh sini aku bagi sedikit info pasal mamat ni. Nama mamat ni Saharudin Hamid, merupakan seorang ahli majlis di MPSP Kedah juga merangkap Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok. 

Mamat ni dengan geng-geng pernah menghentam YDP Majlis sebagai menggalakkan aktiviti tak bermoral dengan percambahan pusat urut. Tetapi dia jugalah yang melawat premis-premis berkenaan untuk bersantai-santai, tak kurang dengan itu, mengepow pemilik premis agar dapat terus menjalankan operasi.

Menuduh YDP dan SU kepada YDP sebagai ejen UMNO, menghantar memorandum kepada MB Azizan untuk menukarkan YDP, Pn Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi. Permohonan dia memorandum ditolak. Walaubagaimanapun SU kepada YDP ditukarkan. Mamat ni sering buat cubaan mensabotaj YDP MPSPK. Ada antara blog-blog pembangkang yang pernah memuatkan memorandum bantahan terhadap YDP MPSPK dibuat oleh ahli majlis. Nama beliau turut tersenarai. kLIK SINI

Yang tak boleh blah tu, Sewaktu lawatan PM ke Kedah, Aku difahamkan dialah orang yang berjaya memperoleh projek katering yang menjadi rebutan. Ekoran dari itu, beberapa rakan dari dalam parti sendiri telah mencemburuinya. Dalam pada dia kuat menghentam kerajaan BN, projek katering dari BN jugak yang dikejarnya. Ibarat anjing yang diberi tulang kemudiannya menggigit tangan tuannya sendiri.

Mamat ni suka menyentuh bab agama dan kepimpinan, namanya dah Ahli Politik. Percaturan dan lakonan di hadapan mata umum terpaksa dilakukan demi meraih sokongan sesetengah pihak.

Walaupun dunia gelapnya tidak ramai yang tahu. Aku mendedahkan video ni bukan sebab glamer. Tapi untuk rakyat tahu supaya tidak lagi ditipu orang Pemimpin tak bermaruah ini. Tak ke gila beb, Baru kenal tak sampai 2 Jam dah boleh buat macam tu. 

Bukan main lagi dok cakap pasal agama dan lakanon baik di depan rakyat. Tapi hakikatnya? Ini lah perangai sebenar pemimpin PKR. Dari atas sampai ke bawah semuanya tak boleh pakai. Puihhh!