MEMBER'S

Wednesday, September 30, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN DI BAGAN PINANG


Pucuk pimpinan Parti mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan. Ini jelas terbukti apabila kehendak rakyat yang mahukan Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang diterima oleh kepimpinan parti.

Soal isu yang akan dimainkan oleh pembangkang terutamanya PAS yang juga akan bertanding dikawasan tersebut tidak timbul kerana siapa saja yang dipilih oleh BN akan ada tak kenanya dimata pembangkang.

Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.

Dari segi moral pun kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa jauh lebih kecil berbanding beberapa pemimpin pembangkang yang sekarang ini memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Menteri dan sebagainya.

YB Lim Guan Eng pernah dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhirnya kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Apa yang penting ialah majoriti pengundi di Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa, kajian dan soal selidik parti menunjukkan ini kehendak rakyat di Bagan Pinang maka Barisan Nasional telah membuat keputusan yang betul.

Maka dengan itu rakyat Bagan Pinang perlu melunaskan pula janji mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan berkerja keras bagi memastikan Tan Sri Isa dan Barisan Nasional menang dengan majoriti yang lebih besar sebagai membuktikan bahawa keputusan BN meletakan Tan Sri Isa benar-benar menepati kehendak rakyat Bagan Pinang.

1 comment:

  1. Salam,
    Itulah kehendak akar umbi di Bagan Pinang.
    Pemilihan Tan Seri Isa Samad masih mendapat sokongan pada dari penggundi dan pucuk pimpinan Tertinggi UMNO perlu akur keputusan penggundi di Bagan Pinang.
    Semoga BN akan mendapat kemenangan besar di Bagan Pinang nanti.Gerak kerja pilihanraya perlu teruskan dan kerjasama jentera BN mesti bersatu dalam menjaya misi kemenengan BN.

    ReplyDelete