MEMBER'S

Monday, June 28, 2010

CALON BUKAN ISLAM BOLEH WAKILI PAS





KEPUTUSAN Dewan Ulama PAS membenarkan parti Islam itu diwakili oleh calon bukan Islam dalam pilihan raya sangat menarik.Akhbar atas talian Pas, Harakah Online pada 11 Jun memetik Bernama sebagai melaporkan yang parti itu akan membenarkan calon bukan Islam bertanding atas tiketnya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bernama memetik Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, sebagai berkata calon bukan Islam akan dibenarkan mengguna simbol parti itu tetapi dengan syarat mereka hendaklah menerima dasar dan perjuangan PAS serta berakhlak dan moral tinggi.Abdul Hadi berkata perkara itu telah diluluskan Dewan Ulama PAS Pusat bagi membolehkan orang bukan Islam yang menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding pilihan raya atas tiket Pas.

Jelas PAS kini sudah bersikap lebih terbuka. PAS tidak lagi memperjuangkan Hudud atau menjadikan Malaysia negara "Islam" sepertimana yang dilaungkan selama ini. Mungkin setelah bersekongkol dengan PKR dan DAP pemimpin PAS telah menjadi lebih liberal! Ini suatu perubahan yang amat ketara. Anehnya satu masa dulu PAS melabel orang UMNO sebagai "kafir" dan bagaimana pula orang DAP serta PKR yang bukan Islam? Bagaimana PAS mentakrif mereka. Lebih lagi apabila mereka ini juga boleh berdiri diatas tiket PAS untuk bertanding didalam pilihan raya.

Agak aneh semua ini.Bagaimana pula reaksi para penyokong PAS? Adakah kesemua mereka bersetuju dengan apa yang ditelah diputuskan para pemimpin parti. Mungkin mereka juga akan tertanya-tanya kemana hala tuju PAS kini dan masa depan! Sekiranya orang luar dibenarkan untuk bertanding diatas tiket PAS bagaimana pula mereka yang telah bekerja keras didalam PAS dan mengharapkan pencalonan tetapi pada saat akhir tidak mendapat pencalonan?Mungkinkah PAS telah berjaya diperdaya serta dipergunakan DAP demi untuk kepentingan jangka panjang DAP? Agak malang bagi PAS sekiranya pemimpin PAS menjadi "pak turut" didalam mengejar cita-cita untuk membentuk kerajaan memerintah Malaysia. Mungkin pucuk pimpinan PAS berpuas hati sekiranya mereka dapat menjadi menteri didalam kabinet yang bakal dibentuk.

Amat malang bagi orang Melayu diMalaysia sekiranya orang Melayu tidak lagi menjadi Perdana Menteri! Seperti kata Perdana Menteri Singapura, majoriti penduduk republik tersebut terdiri dari orang Cina maka mustahil bagi bangsa lain untuk menjadi Perdana Menteri Singapura. Sekiranya orang Melayu tidak sedar dan tidak bersatu berkemungkinan orang Melayu akan menjadi hamba dinegera sendiri

!Renung-renungkan!

Thursday, June 3, 2010

FORMULA BANGUNKAN KG BARU KUALA LUMPUR...60% Melayu - 40% Bukan Melayu ???


Atas nama pembangunan, orang Melayu telah banyak berkorban dan telah hilang terlalu banyak aset tetap seperti ini. Kekal sehingga kiamat, orang Melayu dikikis segala harta warisan milik mereka.

Berapa banyak lagi tanah-tanah melayu ditepi jalan bertukar tangan kepada pihak lain, berapa banyak pula ladang dan kilang menjadi milik kekal abadi bangsa lain.

Kenapa pula kita terlalu bermurah hati mahu menyerahkan 40% harta warisan nenek moyang kita kepada pihak lain, sedangkan pernahkah pihak lain bermurah hati menawarkan habuan dan warisan mereka kepada kita ?