MEMBER'S

Friday, October 23, 2009

LAKSANA SEKOLAH SATU ALIRAN

Saranan yang dikemukakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya sistem pendidikan negara perlu diubah dan disusun semula untuk mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia.

Sekolah pelbagai aliran mengikut bahasa ibunda kaum masing-masing sudah tidak sesuai dilaksanakan kerana sistem ini adalah peninggalan penjajah. Sistem yang ada sekarang telah menyebabkan rakyat terpisah sejak kecil lagi diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda kaum masing-masing.

Oleh itu sudah sampai masanya sistem persekolahan dinegara kita hanya menggunakan satu aliran sahaja.

Yang pastinya akan membangkang dan tidak menyokong saranan ini adalah puak-puak dari Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang merupakan parti cauvanis kaum yang ekstrim.

4 comments:

  1. Sistem bermatlamat tinggalan penjajah, memang payah nak ubah, kerana penjajah bukan tinggal sistem memunah itu sahaja; malahan ditinggalkan juga tukang tukang parahkan punah itu bersama. Tinggal yang gagal melihat sahaja masih gagal memahami.

    ReplyDelete
  2. Salam bro, itulah yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan....... A Samad Said dan petualang-petualang pembangkang sibuk dengan PPSMI, bimbang akan novel-novel dia tak laku bila generasi muda lebih berminat dengan komik kartun......

    ReplyDelete
  3. Beberapa hari yang lalu hamba berkesempatan duduk duduk berbual bersama beberapa orang anak muda bang tiong hua dan juga india yang berasal dari sistem sekolah venikular tetapi berpindah ke sekolah kebangsaan pada peringkat menengah.

    Mereka menyatakan rasa hairan mengapa sistem satu sekolah untuk semua tidak dapat dilaksana.

    Setelah diterangkan hasrat kerajaan melalui sistem sekolah wawasan, sekolah intergrasi dan kini satu sekolah untuk semua.

    Mereka telah menyatakan kekesalan kerana diasingkan pada peringkat sekolah rendah. Mereka tiba tiba sedar perasaan cemburu, prijudis dan kecurigaan tertanam secara tidak sedar selama 6 tahun telah membuat mereka jadi payah untuk mencapai taraf intergrasi sosial yang cukup harmonis.

    Mereka seterusnya menyatakan bahawa generasi mereka sudah bersedia untuk melalui proses intergrasi untuk menjadi satu rakyat Malaysia.

    Nah sekarang mengapa tidak.

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.

    ReplyDelete
  4. dah namapun pembangkang, mesti nak membangkang je

    ReplyDelete