MEMBER'S

Wednesday, September 30, 2009

RAKYAT DIDAHULUKAN DI BAGAN PINANG


Pucuk pimpinan Parti mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat dalam membuat sesuatu keputusan. Ini jelas terbukti apabila kehendak rakyat yang mahukan Tan Sri Isa Samad dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang diterima oleh kepimpinan parti.

Soal isu yang akan dimainkan oleh pembangkang terutamanya PAS yang juga akan bertanding dikawasan tersebut tidak timbul kerana siapa saja yang dipilih oleh BN akan ada tak kenanya dimata pembangkang.

Semua orang harus berlaku adil kepada Tan Sri Isa Samad. Beliau didapati bersalah dari segi etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin UMNO. Beliau digantung selama tiga tahun dan telah menjalani hukuman tersebut. Kesalahan beliau adalah kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Beliau juga dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin UMNO bukannya Mahkamah dan Undang-undang negara.

Dari segi moral pun kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa jauh lebih kecil berbanding beberapa pemimpin pembangkang yang sekarang ini memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Menteri dan sebagainya.

YB Lim Guan Eng pernah dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhirnya kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Apa yang penting ialah majoriti pengundi di Bagan Pinang mahukan Tan Sri Isa, kajian dan soal selidik parti menunjukkan ini kehendak rakyat di Bagan Pinang maka Barisan Nasional telah membuat keputusan yang betul.

Maka dengan itu rakyat Bagan Pinang perlu melunaskan pula janji mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan berkerja keras bagi memastikan Tan Sri Isa dan Barisan Nasional menang dengan majoriti yang lebih besar sebagai membuktikan bahawa keputusan BN meletakan Tan Sri Isa benar-benar menepati kehendak rakyat Bagan Pinang.

Monday, September 28, 2009

NIK AZIZ SOKONG MELAYU MASUK DAP


Barua melayu yang menyokong Pas dan bercakap berdegar-degar mengenai Islam sebahagiannya bukan sahaja lebih buruk daripada ahli UMNO malah tidak segan silu akan menjual maruah agama jika perlu demi kuasa dan harta benda.
Sebab itu tidaklah begitu hairan apabila Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad, menjadikan gereja tempat beliau untuk berucap dan menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Semalam kita membaca dalam Sinar Harian betapa Pas merestui satu majlis oleh Teresa Kok di Kinrara yang menarik orang Melayu masuk DAP. Namun ini hal kecil jika dibandingkan dalam Majlis yang sama Teresa Kok memanggil wakil Gereja Eaglepoint di Puchong untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai RM2,000 kepada keluarga Melayu mangsa kebakaran.

Apa sudah bangkrapkah Selangor ini seperti yang di dakwa oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sehinggakan bantuan kebakaran terpaksa diberi melalui Gereja? Apakah pemberian ini bukan unsur pendakwahan Kristian ke atas orang Melayu? Bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika Barisan Nasional memerintah Selangor. Sudah tentu penuh ceramah Pas seantero Malaysia mentaghutkan pemimpin UMNO.

Pas Selangor harus menjawab mengapa penduduk Islam tersebut perlu diberi bantuan oleh Gereja sedangkan Selangor mempunyai kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit setahun. Jika pun benar Gereja tersebut mahu memberi bantuan mengapa pula ia harus dalam majlis rasmi EXCO kerajaan Negeri Selangor?

Apakah ini bukan terdapat satu gerakan terancang menyebarkan agama Kristian di dengan restu Pas sendiri? Bagi orang Melayu yang hadir dalam majlis tersebut menerima bantuan Gereja Kristian dan juga membuka cawangan DAP, apakah semurah itu maruah agama dan bangsa bagi mereka?

Pas hanya tahu mencari salah UMNO seolah-olah mereka maksum. Namun apabila berhadapan dengan bukan Islam dan bukan Melayu mereka menjadi seperti “barua” sahaja. Hari ini apa sahaja yang honar dan kesyaitanan DAP, Pas akan mencari dalil-dalil menghalalkannya.
Apakah maruah Pas lagi apabila Nik Aziz menggalakkan orang melayu menyertai DAP, sebuah parti yang dipimpin oleh seorang Peguam yang pernah berkata “Langkah Mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam?”. Selepas ini jangan lagi Pas melalak dan melolong soal Islam, soal akhlak dan moral orang lain sedangkan mereka sendiri bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam.

Mengucap panjang apabila membaca kenyataan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Kenyataan mereka berdua mengenai orang Melayu yang menyertai perjuangan DAP. Kepada yang tidak melanggan akhbar tersebut, di perturunkan sedikit petikan kenyataan Anwar:

”Ini menunjukkan DAP sudah mula diterima oleh orang Melayu, seperti orang Cina dan India menerima PAS dan PKR. orang Cina boleh masuk PKR, boleh masuk PAS, sudah semestinya orang Melayu boleh masuk DAP” – Sinar Harian.
Ini pula kenyataan Nik Aziz seperti yang menjadi tajuk berita Sinar Harian di muka surat N5:
”Melayu sertai DAP bukan ancaman. Ada kebaikan jangka panjang”

Dalam laporan yang sama, ada disebut bahawa Nik Aziz tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.
Itulah yang dilaporkan dalam media hari ini.

Cukup hairan kenapa kenyataan sedemikian boleh dikeluarkan dengan pantas oleh Nik Aziz. Sudah lupakah Tok Guru kita ini tentang siapa DAP? Beliau tahu ke tidak tentang perlembagaan parti DAP. Begitu juga halatuju perjuangannya.
Kalau sudah terlupa, boleh nyatakan secara ringkas disini. Matlamat perjuangan DAP ialah membentuk sebuah negara sekular yang memisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan dan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia.

Pemimpin DAP juga sanggup mati menentang usaha menegakkan negara Islam seperti kata Karpal Singh, langkah mayatnya dulu jika mahu berbuat demikian. Jadi, agaknya apa hukum orang Melayu yang hampir pasti beragama Islam menyertai DAP? Ke syurgakah mereka nanti jika bernaung di bawah parti yang awal-awal menentang hukum Allah. Sebab itu kita akan geleng kepala dengan sikap Tok Guru kita yang sorang ni. Kalau kenyataan Anwar Ibrahim, kita semua tak kisah sangat.

Anwar dengan spesis haiwan yang bernama Sesumpah tiada bezanya. Dia peduli apa dengan hukum Allah. Dia boleh ikut kehendak hatinya. Asalkan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri tercapai. Anwar juga bukan ulamak. Belia mirip yang yang dikatakan oleh M. Rajoli dalam sebuah drama iaitu ular dalam semak.

Justeru itu kalau Nik Aziz boleh belasah UMNO kiri kanan, atas bawah dan sentiasa ghairah untuk menggambarkan UMNO tidak Islamik, sepatutnya Nik Azizlah yang paling ke hadapan menentang orang Islam menyertai DAP. Sanggupkah beliau menggunakan alasan yang sama berulang kali yang DAP tidak perlu ditentang kerana belum faham pasal Islam. DAP sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia. Takkan mereka tak faham lagi?
DAP cukup faham politik PAS dan banyak tahu mengenai Islam sebenarnya. Cuma iman sahaja mereka tidak ada. Jika tidak tahu, bagaimana ada wakil rakyat DAP yang sudah boleh baca ayat Quran. Lim Guan Eng sudah dipanggil Khalifah. Pembangkang sudah boleh buat forum dan dialog antara agama. Jelas sekali mereka tahu pasal Islam tetapi sengaja menentangnya supaya selari dengan matlamat perjuangan DAP agar Malaysia menjadi sebuah negara sekular.

Tetapi disebabkan gelojoh hendak kuasa, PAS peduli apa dengan nasib orang Islam yang menjadi ahli DAP. Mungkin pada mereka, biarlah mereka mati masuk dalam neraka kerana menentang Islam asalkan mereka tidak menentang PAS di dunia. Itulah, bentuk pemikiran ulamak dalam PAS. Sepatutnya mereka mentarbiah atau menasihat orang Islam yang mahu menyertai DAP agar tidak berbuat demikian. Ini langsung tidak dilakukan. Malah menggalakkan lagi adalah.

Kalau beginilah jadinya, juga tidak terkejut nanti, kalau PAS pun akan kata tak salah menyertai kumpulan Skinhead yang memijak al-Quran, atau kumpulan ajaran sesat, asalkan mereka mahu menyokong Pakatan Rakyat!

Apa nak buat, PAS memang sudah banyak berubah dan menyesatkan !Wallahuallam.

Friday, September 18, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI

Dikesempatan menjelang hari yang mulia ini WARISPURBA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Blogger. Berhati-hatilah ketika memandu sepanjang perjalanan pulang kekampung halaman. Jangan biarkan ayahnda bonda serta sanak saudara dikampung ternanti-nanti dengan kesedihan.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita sebagai rakyat Malaysia boleh menyambut hariraya dalam suasana kegembiraan, bersukaria, beribadat dengan selesa, makanan berlebih-lebihan, anak-anak riang ria sentiasa berkat sebuah negara yang aman damai dan sejahtera.

Ini semua adalah berkat perjuangan nenek moyang kita dahulu serta kepimpinan negara yang sentiasa prihatin dan mementingkan kesejahteraan ummah. Ambilah iktibar bagaimana rakyat dinegara-negara lain yang tidak pernah merasa aman dan sejahtera akibat peperangan dan permusuhan sesama sendiri.

Meraka tidak akan dapat merasai sebagaimana kita umat Islam diMalaysia. Semoga ianya memberi keinsafan kepada kita.

Wednesday, September 16, 2009

ULANGTAHUN PERTAMA PEMBOHONGAN ANWAR AL JUBURI


Pada tarikh inilah 16 Sept seluruh rakyat negara berada dalam keadaan resah dan gelisah menunggu saat dan ketika berlakunya satu peristiwa yang amat bersejarah bagi negara kerana hari inilah Anw....r Al Juburi menyatakan bahawa PR akan mengambilalih pemerintahan negara.


"We have a number" begitulah kata-katanya dengan bongkak dan taqabbur kononnya beliau sudah berjaya membawa lebih 30 orang wakil rakyat BN berpaling tadah menyokong mereka.


Detik demi detik ditunggu rakyat hinggalah ke hari ini tetapi semua itu adalah PEMBOHONGAN DAN ANGAN-ANGAN beliau saja.


MAKA dengan sebab itu seluruh rakyat Malaysia dengan ini bersetuju menganugerahkan kepada Anwar Al Juburi "ANUGERAH BAPAK PENIPU NOMBOR 1 NEGARA"

Tuesday, September 15, 2009

MIC TAK KENANG BUDI


TAK SEDAR DIRI, BUTA SEJARAH, GERAM, MARAH, CELAKA !!!!!! itulah ungkapan yang layak untuk perwakilan MIC yang mengusulkan untuk meletakkan kalungan selipar pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohammad, negarawan negara yang paling dihormati oleh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu tahap penghinaan yang tidak boleh dipandang ringan. Tun Mahathir bukanlah calang-calang individu, beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun. Tiada Perdana Menteri yang pernah memerintah selama Tun Mahathir.

Ditambah pula dengan Samy Vellu yang hanya tunduk diam ketika cadangan ini diusulkan seolah-olah beliau merestuinya dan ini membuatkan kita semua semakin bertambah geram.
Samy Vellu pernah berkata, Tun Mahathir semasa pemerintahannya tidak melakukan apa-apa untuk kaum India. BETUL KE ? Adakah semasa pemerintahan Tun Mahathir, sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional berkurangan seperti pada waktu sekarang? Jika beliau tidak melakukan apa-apa untuk kaum India, kenapakah sokongan kepada Barisan Nasional tidak berkurangan malah sentiasa bertambah.

Orang melayu mahu MIC memohon maaf kepada UMNO dan Tun Mahathir di atas cadangan perwakilan MELAMPAU tersebut. Jangan seperti kacang lupakan kulit. Sedarlah diri anda wahai perwakilan MIC. Kaum India di Malaysia tidak mungkin berada seperti mana yang ada sekarang tanpa jasa Tun Mahathir.

Thursday, September 10, 2009

KES KEPALA LEMBU SEGERA, HINA LAGU NEGARAKU, HINA ISLAM, HINA RAJA BILA NAK DAKWA ?



KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen.
Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.

Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?

Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?

Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?

Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.

Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat!

Sunday, September 6, 2009

HAJAT BESAR NAK PERINTAH MALAYSIA, BARU SELANGOR DAH HURU-HARA




Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam berlangsung dalam suasana kecoh.


Sungguh memalukan bila dalam satu majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim berlaku cabar-mencabar sehingga ada yang membaling kerusi akibat penduduk tidak puas hati kerana kerajaan negeri tidak berbincang dahulu dengan penduduk sebelum membuat keputusan memindahkan kuil dari seksyen 19 kesyeksen 23.

Itulah akibatnya apabila Hal Ehwal Rumah Ibadat Negeri diserah kepada seorang exco Hindu untuk membuat keputusan tidak seperti dinegeri-negeri yang diperintah BN dipegang uleh Setiausaha Kerajaan Negeri.


Kita semua patut sedar dan insaf dengan apa yang berlaku di Shah Alam dan menjadi satu pengajaran kepada semua umat melayu islam di Malaysia supaya kembali bersatu dan memberi sokongan padu kepada kepimpinan negara yang diterajuai Barisan Nasional kerana telah terbukti dapat memerintah dengan baik dan dapat menyelesaikan sesuatu isu dengan cara yang tidak menjejaskan hubungan kaum denegara kita.

Friday, September 4, 2009

ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL DUNIA


Alfatihah-Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang,Negeri Sembilan Azman Mohd Nor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban petang Jumaat.Sewaktu pilihanraya umum Mac 2008,Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS,Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 .Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi.Di kawasan Parlimen Teluk Kemang ada lima kawasan DUN.Selain Bagan Pinang yang dimenangi Allahyarham Azman, BN juga menang DUN Linggi tewaskan calon PAS.Tiga DUN lain iaitu Chuah dimenangi oleh PKR,Lukut DAP dan Port Dickson PKR

PERUBAHAN IKLIM POLITIK UMAT ISLAM MALAYSIA (1)


DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP) ???

Sejarah asal penubuhan parti DAP yang merupakan cawangan Semenanjung Malaysia dari Parti People Action Party (PAP) yang beribupejabat di Singapura yang dipimpin oleh Presiden Lee Kuan Yew semasa Singapura berada dalam Malaysia pada tahun 1963 -1965. Setelah Singapura keluar dari Malaysia nama cawangan parti tersebut telah ditukar kepada Democratic Action Party (DAP). Ia merupakan sebuah parti CAUVINISME (ekstrimis) perkauman keturunan Cina.

"PAS AMAT KENAL DENGAN DAP DAN DAP AMAT MENGENALI PAS"

Kita cuba lihat daripada fakta kajian dan sejarah bagaimana kaedah atau sistem PAP memerintah Singapura selepas keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Dimanakah kedudukan orang melayu penganut agama Islam yang merupakan 30% populasi penduduk Singapura ? Orang melayu hanya diberi kesempatan memegang jawatan rendah dalam sektor awam dan swasta Singapura. Sama juga dengan sektor swasta dinegara kita yang dikuasai kaum Cina. Azan Sholat dari Surau dan Masjid juga tidak dibenarkan sama sekali menggunakan pembesar suara. Pelajar-pelajar perempuan Islam tidak dibenarkan menutup aurat (bertudung) mereka untuk kesekolah sehinggakan terpaksa ibubapa mereka menghantar anak-anak mereka belajar di JOHOR.

Orang Melayu hanya diberi satu jawatan Menteri Kabinet sahaja dalam kerajaan Singapura iaitu Menteri Air. Itupun kerana kepentingan urusan AIR dengan Malaysia berbanding dengan kaum India (10% populasi penduduk Singapura) yang diberi 4 jawatan Menteri dan seorang Presiden Singapura. Inilah polisi-polisi yang ditetapkan kepada orang Melayu di Singapura.

PERUBAHAN POLITIK MELAYU MALAYSIA JANGANLAH SAMPAI SEPERTI SINGAPURA
JANGAN KITA SESAL DIKEMUDIAN HARI.

bersambung......

Wednesday, September 2, 2009

NIZAR CEMARKAN BULAN MULIA


Dibulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini bekas Menteri Besar Perak yang melaung-laungkan untuk menegakkan islam sekali lagi mengikut telunjuk Sivakumar dan Ngeh dengan megetuai sidang DUN secara HARAM kerana beliau bukan lagi sebagai ketua kerajaan Perak dan juga tidak mendapat perkenan Duli Yang Mulia Sultan Perak.

Gila Kuasa atau mabuk kuasa itulah istilah yang WP boleh berikan pada Nizar. Baru lagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak Perdana Menteri menyarankan kepada mereka yang bergelar pemimpin agar mengamalkan POLITIK MATANG untuk menjamin kelangsungan kecemerlangan dan kejayaan masa depan negara. Apa yang ditunjukkan oleh Nizar ialah POLITIK BINATANG bukan POLITIK MATANG.

Nizar berpandukan undang-undang rimba kerana sudah tidak berjaya mengatasi perlembagaan negara. Beliau hanya layak bersidang didalam hutan atau rimba kerana disitulah tempat binatang bersidang.

Sepatutnya beliau menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan menerima ketentuan qada' dan qadar Tuhan lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini sesuai dengan perjuangan retorik parti beliau iaitu membangun bersama islam. Tunjukkan hormat kepada pemimpin terutamanya DYM Baginda Sultan Perak tetapi beliau bersikap angkuh dan seolah-olah mencabar Sultan serta menderhaka kepada baginda.

Inilah gambaran yang ALLAH tunjukkan kepada kita semua supaya kita dapat menilai dengan hati dan fikiran yang waras dan membuat perbandingan antara pemimpin PAKATAN RAKYAT dengan pemimpin Kerajaan Pemerintah BARISAN NASIONAL.