MEMBER'S

Tuesday, July 14, 2009

Panas Dari Manik Urai



Kemaskini 4.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi sudah mencecah 86.4 peratus atau 10,626 pemilih menunaikan tanggungjawab - sejam lagi sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 3.32pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.

kemaskini 2.05pm Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.

1 comment:

  1. Salam bro, selamat berjuang di alam maya blogger yang tiada sempadan....

    Bila kepala sudah berkarat, sukar diperbetulkan....

    ReplyDelete