MEMBER'S

Tuesday, September 15, 2009

MIC TAK KENANG BUDI


TAK SEDAR DIRI, BUTA SEJARAH, GERAM, MARAH, CELAKA !!!!!! itulah ungkapan yang layak untuk perwakilan MIC yang mengusulkan untuk meletakkan kalungan selipar pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohammad, negarawan negara yang paling dihormati oleh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu tahap penghinaan yang tidak boleh dipandang ringan. Tun Mahathir bukanlah calang-calang individu, beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun. Tiada Perdana Menteri yang pernah memerintah selama Tun Mahathir.

Ditambah pula dengan Samy Vellu yang hanya tunduk diam ketika cadangan ini diusulkan seolah-olah beliau merestuinya dan ini membuatkan kita semua semakin bertambah geram.
Samy Vellu pernah berkata, Tun Mahathir semasa pemerintahannya tidak melakukan apa-apa untuk kaum India. BETUL KE ? Adakah semasa pemerintahan Tun Mahathir, sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional berkurangan seperti pada waktu sekarang? Jika beliau tidak melakukan apa-apa untuk kaum India, kenapakah sokongan kepada Barisan Nasional tidak berkurangan malah sentiasa bertambah.

Orang melayu mahu MIC memohon maaf kepada UMNO dan Tun Mahathir di atas cadangan perwakilan MELAMPAU tersebut. Jangan seperti kacang lupakan kulit. Sedarlah diri anda wahai perwakilan MIC. Kaum India di Malaysia tidak mungkin berada seperti mana yang ada sekarang tanpa jasa Tun Mahathir.

4 comments:

  1. SALAM..Orang berbudi kita berbahasa-orang memberi kita merasa..selama menjadi PM banyak benda Tun dah diberi kepada mereka,kalau ini balasannya amatlah terhina.Apakah mereka lupa
    Tun bukan saja negarawan unggul malah dikagumi
    dunia...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sikap biadap oleh perwakilan MIC amat menyinggug perasaan orang melayu. Tun Mahathir sebagai tokoh negarawan yang mesti dihormati dan jangan bersikap biadap.
    Samy Vellu sepatut belajar menghormati orang barulah anak buah pandai hormati beliau.Semenjak akhir terlalu berani dan sudah tidak tahu menghormati semasa sendiri,kerana melayu dilihat tidak bersatu dan lemah...sedar orang melayu, UMNO sepatutnya meneruskan perjuangan ddemi martabat melayu didalam negara ini.

    ReplyDelete
  3. Salam, kalau di India, kasta 'paria' tidak boleh angkat muka dengan kasta-kasta lain, hidup macam sampah di dalam satu bangsa satu negara. Di Malaysia, mereka bernasib baik kerajaan tidak membenarkan kasta di kalangan kaum India diwujudkan..... mereka sama berdiri, sama duduk, sama berbaring (dengan Anwar jangan tala punggung)dengan semua kaum di Malaysia.

    Mereka perlu menghurmati Tun Mahathir yang menaikan martabat negara....

    ReplyDelete
  4. MIC PUN DAH TAK RELEVAN, BALIK-BALIK SAMI VELU.. TAKDE ORG LAIN.

    ReplyDelete