MEMBER'S

Thursday, January 6, 2011

ANWAR ALIH TUMPUAN KES LIWAT TERHADAP MOHD SAIFUL








AnWAR memang bijak dan licik bermain politik fitnah dan adu domba untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes LIWAT beliau terhadap Saiful yang sedang hangat dan sedang dalam perbicaraan dimahkamah. Caranya AnWar menyerang dan memfitnah Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang ternayata telah terbukti berkesan menolak segala cerita palsu beliau dan pihak pembangkang selama ini dengan penerangan-penerangan bersemuka kakitangan agensi-agensi dibawah kementeriannya.

Untuk memburuk dan menjatuhkan kredebiliti KPKK dan juga agensi dibawahnya maka AnWar telah memburukkan dan memfitnah menterinya dengan tuduhan liar memperkosa amah rakyat Indonesia yang langsung tidak masuk akal. Ini kerana kalau dilihat kemana saja Dato Rais pergi ia sentiasa ditemani oleh isteri beliau.

AnWAr merasakan Rais dan KPKK mesti diburukkan kerana kementerian inilah yang mempunyai kemampuan menjelaskan segala kepalsuan dan kebobrokan beliau dan pembangkang dalam setiap isu yang mereka adakan. Ini juga strategi AnWAR dan pakatan rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 yang akan datang supaya rakyat akan menolak segala penerangan dan penjelasan yang akan diberikan oleh kementerian dan kakitangan agensi-agensinya.

AnWar menggunakan penulis-penulis blog liar yang diupah untuk memburukkan Rais dengan cara tak bermoral tanpa mengikut lunas undang-undang Negara. Ini dibuktikan lagi dengan desakan Ketua Wanita KeADILan ZURAIDA KAMARUDDIN yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak agar PM menganggantung tugas Dato Rais dari kabinet serta merta yang disiarkan oleh suara-keadilan.com.

Dato Rais telah menafikan segala tuduhan terhadap beliau dan beliau sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa supaya menyiasat pekara tersebut mengikut lunas undang-undang Negara sedangkan AnWAR sentiasa tidak memberikan kerjasama dan sering menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwat beliau terhadap Mohd Shaiful dengan bermacam-macam alasan dan permintaan. Kes liwat ini adalah antara beliau dengan Mohd Shaiful yang mahukan keadilan sebenar dapat dibuktikan.

Budaya politik kotor Fitnah Memfitnah, adu domba, laga melaga, politik wang serta politik tikam belakang, jual dan gadai kepentingan bangsa, gadai maruah agama asal menghalalkan cara semuanya sudah sebati dengan AnWAR demi untuk mencapai matlamat beliau menjadi Perdana Menteri.