MEMBER'S

Tuesday, May 25, 2010

PAS BUKAN PARTI ISLAM LAGI


PAS akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan ahlinya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa hadapan.

Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu mungkin akan direalisasikan dengan penubuhan sayap baru parti itu iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP).

"Sebelum itu berlaku, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan DHPP Peringkat Kebangsaan di Klang Selangor baru-baru ini.

Hj. Hadi juga berkata, sehingga kini DHPP mempunyai kira-kira 20,000 anggota diseluruh negara.
Tambah beliau, beberapa pemimpin DHPP Kebangsaan telah dilantik hari ini dan mereka akan menggerakan operasi ke peringkat negeri.

Inilah kesudahannya, apabila PAS ternyata telah gagal dalam perjuangannya untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam secara rasmi dengan mengisytiharkan Hukum Hudud sebagai teras perundangan yang kononnya akan dilaksanakan.

Malang sekali apabila PAS terbukti telah hilang kawalan terhadap dasar parti iaitu Islam yang telah menjadi tunjang utama perjuangan PAS sejak parti itu ditubuhkan apabila kini pemimpin mereka terpaksa cuba untuk mengubah atau meminda perlembagaan parti setelah gentar dicabar oleh DAP sekiranya PAS mahu menubuhkan negara Islam harus melangkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu.

Dakwaan PAS bahawa mereka telah berjaya mendekatkan kaum bukan Islam kepada Islam apabila mendapati semakin banyak golongan tersebut menyertai kelab penyokong PAS atau yang terbaru Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP adalah satu pengakuan yang silap kerana PAS gagal menilai samada kemasukan yang bukan Islam menyertai kelab tersebut ikhlas dan jujur kerana tertarik dengan Islam PAS atau mereka tersebut mempunyai niat tersembunyi yang PAS tidak sedar.

Gagal mempertahankan dasar parti, gagal berpegang kepada prinsip parti, gagal memelihara nilai-nilai suci agama Islam daripada dicemari oleh pihak lain...itulah PAS.

Apabila perlembagaan parti hendak dipinda bermakna nama parti pun harus diubah, Parti Islam SeMalaysia sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kerana dalam PAS kini bukan 100% ahlinya beragama Islam sebab sudah wujud mereka yang bukan Islam telah turut berada dalam PAS yang jelas akan mempunyai hak yang samarata untuk membuat keputusan parti disamping mereka tentunya juga mempunyai muslihat sampingan seperti mengawal pergerakan parti dari dalam.

Wednesday, May 19, 2010

DAP KUASAI PAKATAN RAKYAT


Kaum Cina akan tetap menyokong dan mengundi DAP sebab mereka sudah sedar bahawa tidak bermakna menguasai 70% dpd ekonomi Malaysia tetapi tiada kuasa memerintah negara. Kaum Cina mahu memerintah Malaysia spt yg berlaku di Singapura. Kaum Cina tidak boleh 100% memerintah Malaysia melalui parti MCA dan Gerakan dlm BN.

Kaum Cina melihat hanya dengan menyokong DAP mereka boleh memerintah Malaysia. Sebab DAP ada kaldai PAS utk mendapatkan undi orang2 Melayu. PAS akan hanya menganggukkan kepala dgn apa2 sahaja tindakan DAP. Tengoklah apa yg sedang berlaku di Penang dan Selangor sekarang.

Pakatan Rakyat dgn hanya DAP dan PAS sahaja yang akan menang besar di PRU13 nanti. PKR tidak boleh diharap lagi kerana konflik dalaman parti menyebabkan ramai yang meninggalkan parti. Ketua Umumnya sudah pasti akan dihukum atas kes liwatnya. Pada masa itu, Malaysia akan jadi sebuah republik spt Singapura.

Kaum Bumiputera akan mengemis di negara sendiri spt apa yg berlaku di Singapura sekarang. Pada ketika itu DAP akan mengubah perlembagaan negara utk mencapai cita2 kaum Cina. Pada masa itu nanti orang Melayu akan menangis! Sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur!

Tahniahlah PKR dan PAS

13 MEI BERULANG KEMBALI ???


Saranan Tun Dr Mahathir supaya rakyat hari ini terutama golongan muda supaya mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah hitam negara iaitu tregedi berdarah 13 Mei 1969. Tidak mustahil tregedi ini akan berulang kembali jika dilihat kepada landscape politik hari ini.

Dilihat trend PRU 1969 sedang berulang dimana Undi Cina sudah mula berpindah kepada parti-parti Cina di luar BN. Dalam konteks sekarang kepada parti cauvanis DAP. Pada PRU 1969, undi Cina berpindah kepada DAP dan Gerakan. Pada waktu itu Gerakan parti pembangkang. Gerakan mengalahkan MCA di Pulau Pinang. Kita rasa amat bimbang kerana hari ini polarisasi kaum semakin menabal dalam arena politik.

Sokongan pengundi Cina kepada DAP akan menjadi lebih kental jika Pakatan Rakyat "terbubar". Kemelut yang melanda PKR adalah antara punca orang Cina lebih kuat menyokong DAP. Orang Cina sokong PR hanya kerana DAP. Parti-parti Cina BN, termasuk parti-parti negeri di sarawak, semakin ditolak oleh orang Cina.

Dasar "stick and carrot" Perdana Menteri Mohd Najib tidak akan mengubah sikap pengundi Cina untuk menyokong BN. Setahun lalu PM Najib membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Orang Melayu marah. Sampai sekarang rayuan dihidupkan semula MECD tidak dilayan manakala syarat-syarat pemilikan saham di bawah ICA dilonggarkan dan lesen judi bola sepak (football pool) diberikan semula.

Orang Cina akan ambil apa saja yang Najib dan Mahyuddin bagi sebab bagi mereka itu adalah HAK mereka. Their rights. Tapi bila Melayu menuntut agar hak mereka dilindungi, mereka dituduh racist, ultra, kroni dan pengemis.

Meminjam ungkapan popular pelawak Nabil -- Lu fikirlah sendiri!

Tuesday, May 18, 2010

BENARKAH DAP DAH TERIMA NEGARA ISLAM ALA PAS


Langkah mayat saya dahulu sekiranya PAS ingin menegakkan negara Islam....Itulah kata kata Karpal Sigh....

Apakah PAS dan Nik Aziz sudah lupa akan kenyataan itu.Kenapa PAS tidak langsung mengambil kira kata kata yang dihamburkan oleh Karpal Sigh itu.Apabila DAP menang di Sibu ada orang kuat PAS menyatakan yang DAP sudah dapat menerima perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam.Dalam kempen dan juga ceramah ceramah PAS yang membabitkan DAP,PAS tidak pernah membangkitkan atau menyuarakan isu itu.Ini menunjukan PAS tidak berani berhadapan dengan DAP untuk menyuarakan isu negara Islam.Kerana pendirian PAS yang tidak konsisten dan tidak bersungguh sungguh untuk menegakan negara Islam.

Parti2 mewakili kaum masing-masing bersatu didalam BN dan begitu juga didalam Pakatan Rakyat, DAP(cina) PAS(melayu) dan PKR(india). Saya katakan PKR parti india kerana yg aktif didalam parti PKR ialah kaum india yg juga disokong oleh HINDRAF.

Bermulanya PAS diterima oleh kaum lain disebabkan PAS kelihatan sebagai parti islam yg sekular dan liberal. Ini dapat dilihat apabila PAS tidak lagi mendesak mengharamkan jualan arak di negeri yg diperintah oleh PR. Penjualan nombor ekor masih diteruskan tanpa dihalang oleh PAS yg sudah jadi liberal. PAS tidak bersuara dalam soal peningkatan pusat hiburan,rumah urut dan sebagainya di negeri yg mereka turut berkongsi kuasa.Konsep penubuhan negara islam sudah lama ditinggalkan oleh PAS. Ini meyakinkan bukan islam yg PAS tidak lagi merupakan pejuang agama seperti dahulu.

Penerimaan PAS dalam soal kalimah Allah dihargai oleh bukan islam.Umno sebaliknya banyak membangunkan syiar islam melalui sistem perbankan islam, Institusi pengajian tinggi islam dan pembinaan masjid dgn banyak. Disamping itu, kejayaan Tabung Haji dan kutipan zakat membuat bukan melayu terasa terancam dari segi ekonomi kerana kedua2 institusi ini memiliki kekuatan kewangan. Itu belum lagi mengambil kira kejayaan Felda dan dunia koperat melayu yg lain. Melayu yg bijak pandai dalam pengurusan negara dan pembelaan kuasa politik serta pelindung hak melayu berada didalam UMNO.Untuk menyekat kemajuan orang melayu adalah dgn meletakan PAS sebagai pengganti UMNO. Ini kerana Pas mudah dibawa berunding oleh DAP. Isu kalimah Allah,penjualan arak dan judi serta kemaksiatan,PAS boleh menutup sebelah mata.

Pokoknya, PAS bukan parti Islam lagi.Dan yang ini...PAS adalah parti yg paling senang orang DAP utk bekerjasama...bukannya apa...sebab senang dijadikan balaci dan senang pulak ditarik telinganya..Bila kena tarik hidung, terus berubah dan senyap.PAS dari parti yg sangat keras sebelum ni, sekarang jadi selembik-lembiknya...sehinggakan mudah di main-mainkan oleh DAP.Cubalah baca apa komen Salahuddin Ayub selepas DAP menang di Sibu. Dia mengatakan DAP dah boleh terima negara Islam...Apa banggang punya komen!!! Bagi DAP, jangan harap PAS nak tubuh negara Islam. Langkah mayat karpal dulu. Inipun masih tak faham faham lagi...Berapa byk pemimpin PAS yg berani cakap pasal negara Islam sekarang?

PADA ORANG MELAYU ...APA AKAN JADI SEKIRANYA PAKATAN BERKUASA KELAK????LIHAT SAJA SEKARANG....PAS HANYA PARTI YANG MENGIKUT TELUNJUK DAP....APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI OLEH DAP AKAN DISOKONG OLEH NIK AZIZ DAN PAS....APAKAH PAS AKAN SETUJU SEKIRANYA DAP MAHU NEGARA INI TIDAK LAGI DIPANGGIL TANAH MELAYU.......APAKAH NANTI NEGARA INI JUGA AKAN MENJADI SEBUAH NEGARA REPUBLIK????APAKAH PAS AKAN IKUT TELUNJUK DAP?????

Saturday, May 8, 2010

NEGARA ISLAM.....MAMPUKAH PAS TEGAKKAN ???



Matlamat PAS untuk menegakkan negara Islam, Kelantan sudah berada dalam genggaman PAS sejak sekian lama, mengapa masih belum dapat tegakkan negara Islam di Kelantan?

Nak tunggu dapat satu Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak) baru nak tegakkan negara Islam??

Mengikut sejarah, Rasulullah menegakkan negara Islam yang pertama, Negara Madinah. Madinah hanyalah sebuah bandar dalam negara Arab Saudi. Rasulullah tidak menunggu sehingga dapat satu Arab Saudi untuk menegakkan Islam yang pertama.

Di Indonesia, wilayah Acheh , kerana golongan yang berkuasa di Acheh berusaha untuk menegakkan negara Islam Acheh, mereka berusaha untuk mengeluarkan Acheh dari Indonesia sehingga menuntut kemerdekaan Acheh (usaha menubuhkan negara merdeka Acheh).

Adakah dengan bersekongkol dengan DAP sebuah parti cauvanis yang memperjuangkan kaum cina di Malaysia dan merupakan serpihan dari PAP parti pemerintah di Singapura yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam, mampukah PAS meneruskan hasratnya untuk menegakkan Malaysia sebagai negara undang-undang Islam sepenuhnya ?? Atau hanya perjuangan RETORIK POLITIK semata-mata.