MEMBER'S

Friday, September 18, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI

Dikesempatan menjelang hari yang mulia ini WARISPURBA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Blogger. Berhati-hatilah ketika memandu sepanjang perjalanan pulang kekampung halaman. Jangan biarkan ayahnda bonda serta sanak saudara dikampung ternanti-nanti dengan kesedihan.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita sebagai rakyat Malaysia boleh menyambut hariraya dalam suasana kegembiraan, bersukaria, beribadat dengan selesa, makanan berlebih-lebihan, anak-anak riang ria sentiasa berkat sebuah negara yang aman damai dan sejahtera.

Ini semua adalah berkat perjuangan nenek moyang kita dahulu serta kepimpinan negara yang sentiasa prihatin dan mementingkan kesejahteraan ummah. Ambilah iktibar bagaimana rakyat dinegara-negara lain yang tidak pernah merasa aman dan sejahtera akibat peperangan dan permusuhan sesama sendiri.

Meraka tidak akan dapat merasai sebagaimana kita umat Islam diMalaysia. Semoga ianya memberi keinsafan kepada kita.

1 comment:

  1. Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahari Batin, Tapi jangan lupa teruskan perjuangan membela Ketuanan Melayu.

    Kerana di pihak sana walaupun Beraya depa Tetap akan berjuangan untuk menjatuhkan Orang Melayu.

    ReplyDelete