MEMBER'S

Thursday, November 11, 2010

DAP PEROSAK KEHARMONIAN KAUM



Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap,DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.

Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”

Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.

“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.

“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.

“Perlembagaan negara jelas mengiktiraf bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”

Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.

“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”

Monday, November 8, 2010

ZAID LETAK JAWATAN, PKR MAKIN TENAT

ZAID IBRAHIM mengumumkan meletak semua jawatan dalam PKR dan menarik diri dari bertanding Timbalan Presiden PKR. Keputusan itu dibuat kerana beliau tidak puas hati dengan proses pemilihan parti yang tidak telus dan bercelaru. Beliau telah menyatakan beberapa kali kepada pihak pucuk pimpinan parti tetapi tiada usaha untuk membetulkan keadaan tersebut.

Setelah berada lebih 18 bulan dalam PKR beliau merasakan terlalu banyak kepincangan yang terdapat dalam PKR dan tidak teragak-agak untuk membuat keputusan melepaskan semua jawatan termasuk Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan.

Zaid seorang bekas menteri era Pak Lah, hatinya masih dekat dengan UMNO dan BN tetapi kerana mempertahankan ego dan nafsu beliau menyertai PKR. Sekarang beliau telah mengetahui dan nampak sebanarnya apa yang berlaku dalam PKR amat teruk dan beliau telah nampak bahawa PKR berada dalam tenat dan diambang kehancuran.

Soalnya kemana arah Zaid selepas ini ??? Kembali kepada UMNO ?? Menyertai DAP atau bersama-sama Tok Guru Nik Aziz dalam PAS ???

Dilihat DAP lebih berminat untuk menerima Zaid kerana ia sebagai satu strategi menghadapi PRU 13 nanti . DAP mahu seramai mungkin orang melayu bersama mereka dan bertanding dalam pilihanraya kerana mereka ada pengalaman di Negeri Perak walaupun mereka mempunyai kerusi lebih tetapi mereka tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana undang-undang tubuh kerajaan negeri telah meletakkan bahawa seorang Menteri Besar mestilah dikalangan orang melayu.

Jika beliau mahu bersama Tok Guru, adakah beliau akan diterima oleh kepimpinan PAS yang lain, bagaimana dengan Husam ??

Soalnya sekarang Zaid sedang mencongak-congak kemana arah lompatan beliau selepas ini.