MEMBER'S

Thursday, January 15, 2015

OTHMAN WOK : Pengkhianat Melayu, Teladan buat bangsaku

Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar mahupun Nik Aziz terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita. 

Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?


Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh  UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.

Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.

Biography of : Othman Wok
Birth and Growing Up Years
Born in 1924, Mr. Othman Wok describes himself as an " Orang Laut "(literally, "man of the sea"), a descendant of one of a few hundred or so Malay families who lived in Singapore when Sir Stamford Raffles landed here in 1819.



He grew up in Telok Blangah where Malays, Indian and Chinese children played together.



Information Adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
Mr. Othman's father, who was a Malay teacher, enrolled him in English-language schools, beginning in Radin Mas and then Raffles Institution. He then furthered his studies in England.
First published in The Straits Times, Jan 25, 1997
Article adapted from:http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/race.html

His Career:His passion was journalism, but being inclined in politics, he became an active trade unionist. Upon joining the People's Action Party in 1954, a period when Singapore was being separated by communalists and communists, and politics was a matter of life and death; he was editor of a Malay-language newspaper, Utusan Melayu.
Upon winning a Parliamentary seat on his second try, he became the Member for Pasir Panjang in the General Election of 1963. Thereafter, he was the Minister for Social Affairs, stepping down in 1977 to become Ambassador to Indonesia for the subsequent three years.
First published in: The Straits Times, Jan 25, 1997


After the Japanese occupation, he began working for Utusan Melayu in 1946 and became an editor. His political profession began when he met Mr. Lee Kuan Yew. He was convinced of the call for multi racial viewpoints in Singapore. In due course he joined the PAP. He fielded as a PAP candidate in 1959 in the Malay-majority, UMNO - controlled ward of kampong kembangan. Some Malays accused him of being a conspirator and was a target of ill treatment. However he did not lose heart. He was the Minister of Social Affairs from October 1963 to June 1977.http://mr-othmanwok.blogspot.com/

As PAP's first candidate for UMNO stronghold Kampong Kembangan in 1959, Mr. Wok lost to the UMNO candidate but so won the hearts of the citizens that in 1963 the new PAP candidate thrashed UMNO by more than 90 percent. http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
Later Years:Following retirement from active politics in March 1981, he was Singapore's ambassador to Indonesia in addition to serving on the panel of the Singapore Tourist Promotion Board (STPB) and Sentosa Development Corporation (SDC).
Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com
One of his duties as a board member included being a special guide for VIPs by escorting them around places in Singapore. While being with SDC, he was usually involved with Malaysia or Muslim nations in promotions in Saudi Arabia and the Middle East. As a member of the Administration and Finance Committees, he interviewed candidates applying for higher-ranking posts in the STPB. While serving with STPB, he was also a director of Overseas Investment Pte Ltd. Now, he is a director of a few private organizations, namely Lion AsiaPac Ltd, Mindsets Pte Ltd and Utasan Melayu (Singapore) Pte Ltd.Information adapted from biography book: Never In My Wildest Dreams
Call Number in Library: 324.25

The Singapore President recognized his political, economic and community contributions to the state development of Singapore, by awarding him with the Order of Nila Utama (2nd Class) in 1983.
Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
He still lives life energetically nowadays and is in the midst of writing his third volume of Malayan horror stories.
Information adapted from: http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
His first volume, Malayan horror, was the bestseller in Singapore and Malaysia when it was first sold in 1991. His second book, Cerita-cerita Seram was published in 1995.
Information adapted from: http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
Done by: Gloria Tay,Heng Hui Yun and Sheryl Kiang
Class: 2 Faith


Thursday, January 8, 2015

BALA, BENCANA ALAM, IKTIBAR DAN SOLIDARITI

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika kita sedih membaca rintihan dan keluhan, lebih sedih dan menderita mangsa yang mengalaminya. Itulah ungkapan kepada suasana yang berlaku di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir terutama di Kelantan, negeri yang mendapat jolokan sebagai negeri Serambi Mekah. Banyak kawasan di Kelantan dilanda banjir. Kota Bharu Bandar Raya Islam tenggelam. Stadium Sultan Muhammad IV yang pernah mencatat rusuhan ketika perlawanan bola sepak dan mencetuskan doa kontroversi akibat fahaman politik berbeza turut tenggelam. Stadium bertukar menjadi kolam. Sama ada ia dianggap satu kemurkaan Allah untuk membasuh dosa atau sebagai bencana akibat kerakusan manusia terhadap alam, akhirnya kita harus menerima hakikat sebagai ketentuan dan kehendak-Nya. Manusia tidak mampu menghalang. Kita hanya mampu bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar untuk mencegah atau melakukan sesuatu di atas muka bumi ini ke arah kebaikan. Akhirnya kita terpaksa berserah kepada qada dan qadar. Ingatlah, umat Melayu beragama Islam merupakan majoriti mangsa banjir ini.
Anggaplah bencana ini ada hikmah. Kita bersatu meng­hulurkan bantuan yang termampu, mengadakan solat hajat, tahlil dan berdoa bersama di masjid dan surau. Kebanyakan negeri membatalkan perayaan tahun baharu 2015.

Bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya mampu berdoa dan melihat. Pada masa yang sama, mereka juga menggerakkan usaha untuk mengatur bantuan berupa pakaian, makanan, minuman, ubat-ubatan dan sebagainya. Syukurlah rakyat Malaysia me­nunjukkan semangat solidariti dalam menghadapi saat-saat sukar ini. Tidak dapat diceritakan di sini mengenai penderitaan mangsa banjir. Cukup sudah kita mendengar, membaca dan melihat pelbagai berita berkaitan banjir terutama yang masuk di telefon bimbit kita sama ada dalam bentuk teks, gurindam, gambar dan video. Ada sahaja berita cemas di sana sini yang menyatakan mangsa terperangkap. Malangnya ada juga berita atau khabar ‘sampah’ yang memualkan masuk ke dalam telefon bimbit kita melalui WhatsApp atau Telegram. Mungkin ini satu tabiat orang Malaysia yang suka ‘bercerita’ walaupun satu rekaan. Jangan disulitkan keadaan dengan berita-berita yang tidak sahih yang melibatkan nyawa manusia. Adalah lebih baik menyebarkan kata-kata semangat kepada mangsa serta rayuan menghulur bantuan. Ketika pihak berkuasa bertungkus lumus membantu gerakan menyelamat, mereka juga terpaksa menjawab dan menguruskan berita-berita ‘sampah’ yang tidak sahih. Memanglah berita sebegini tidak boleh didapati di akhbar kerana kesahihannya diragui.

Eloklah kita mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. Kita tidak nafikan, melalui maklumat itu, pihak-pihak berkenaan dapat bertindak menyelamatkan mangsa sekiranya mendapat maklum balas mengenai lokasi mangsa yang terperangkap. AdvertisementBagaimanapun jangan melampau dalam mengirim berita-berita yang tidak benar ini. Tapis dahulu. Salah satu yang menarik perhatian ialah gurindam seorang ibu me­ngenai bayinya yang meninggal dunia dan cerita tersepak mayat yang bergelimpangan sesudah banjir surut. Jika benar, pihak berkuasa pastinya tidak akan menyembunyikannya.

Masalahnya rakyat Malaysia memang gemar dan mudah percaya cerita-cerita begini. Ada juga laporan berunsur fitnah mengaitkan politik dengan bantuan. Wujud persepsi buruk mengenai bantuan. Tolonglah, hentikan seketika gerakan politik dalam situasi begini. Ketika Allah murka menurunkan bala bencana, masih ada yang bercakap hal-hal politik, menghentam dan menyindir pemimpin. Sebenarnya golongan ini sepanjang masa tidak akan berpuas hati. Bagi orang Islam, wajarkah penyebaran berita palsu dan fitnah ini? Ada juga kiriman berbaur sinis terhadap pemimpin kerajaan dan kerajaan negeri Pas Kelantan. Semalam, ketika berita kehilangan pesawat AirAsia, ada juga WhatsApp yang masuk “Mujurlah pesawat yang dinaiki PM tak hilang’’. Ada juga yang mengaitkan banjir di Kelantan dengan hudud (pandangan pro dan kontra). Pihak berkuasa pula digambarkan seolah-olah tidak melakukan sesuatu dan ‘berpeluk tubuh’ Ada juga yang bertanya kenapa tidak isytiharkan darurat?

Eloklah pihak berkuasa mengambil inisiatif supaya orang ramai memahami mengenai pengisytiharan darurat ini. Bercakap, menyeru dan mengarah memang mudah tetapi untuk bertindak dan melaksanakannya bukan sekadar ‘serbu dan redah’. Ini banjir terburuk yang pernah berlaku walaupun ada pihak mendakwa, bencana ini bukan yang terburuk! Kadang-kadang pandangan yang diberi menggambarkan pasukan keselamatan kita tidak cekap menyusun strategi dan tidak layak berada di lapangan. Banyak halangan yang meng­halang bantuan sampai se­gera. Ini satu pengalaman yang perlu dijadikan iktibar supaya kita lebih bersedia pada masa hadapan. Adakah peralatan se­perti bot penyelamat yang ada sesuai dengan keadaan banjir? Adakah pusat menyim­pan stok makanan mencukupi dan berada hampir di kawasan berisiko? Adakah pasukan penyelamat benar-benar terlatih menghadapi bencana seumpama ini? Ada juga kirimanWhatsApp mengenai gambar sebuah kapal selam sedang melintasi kawasan banjir. Apakah tujuannya? Bergurau ketika keadaan sukar? Berilah ruang kepada pihak berkuasa menangani keadaan ini. Jangan diperkecil dan dipersendakan.Kita tahu ramai yang terpaksa lari sehelai sepinggang. Mereka menyelamatkan diri ke kawasan berbukit, tanpa makanan dan minuman. Ibarat tsunami 2004, kita sedar ramai yang hilang kediaman, kenderaan, harta benda dan banyak lagi. Kita perlu berusaha untuk membangunkan semula apa yang musnah. Syukurlah, dalam menghadapi bencana ini, sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik menunjukkan semangat solidariti untuk membantu mangsa.

Selepas ini, atas nama apa sekali pun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, syarikat swasta, persatuan penduduk dan apa sahaja, bersedialah untuk menghulurkan bantuan pasca banjir. Tenaga kita amat diperlukan ketika bantuan pemulihan dan pembangunan semula. Jangan bantuan kita terhenti sekadar wang ringgit, pakaian, makanan dan perubatan semasa banjir. Banyak rumah yang perlu dibina semula atau diperbaiki. Begitu juga dengan masjid, surau, sekolah, jambatan, jalan raya, longkang, parit, kemudahan awam dan pelbagai lagi yang tidak mampu diurus bersendirian oleh kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Redalah dengan bencana ini. Anggaplah ia satu ujian setelah kita hidup selesa sebelum ini. Banyakkan berdoa dan tidak mudah patah semangat dalam menghadapi kesulitan. Eloklah, menjelang beberapa hari lagi menjelang tahun 2015, kita selak semula apa yang berlaku sepan
jang 2014 ini. Mana yang baik jadikan teladan. Apa yang buruk jadikan iktibar untuk kita me
mperbaikinya.

Friday, January 2, 2015

AKIBAT KERAKUSAN TANGAN-TANGAN MANUSIA

ALAM sedang bersuara adalah nyata. Bala diturunkan Allah juga adalah nyata. Kedua-duanya adalah benar. Bukan tujuan saya mahu membuat andaian. Tapi sebagai manusia dan orang Islam yang percayakan qada dan qadar, sesuatu yang berlaku ada puncanya dan sebab musababnya. Ketentuannya telah ditetapkan. Sebagai seorang wartawan dan bukan alim ulama - seperti kebanyakan orang sekarang - saya mahu melihat mengenai soal alam. Saya pernah menulis mengenai kemusnahan alam di taman botani negara Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam satu ketika dahulu. Kemusnahan akibat kerakusan manusia cukup hebat sekali. Tidak pernah-pernah taman pertanian Bukit Cerakah itu dinaiki air lumpur setinggi tujuh ke lapan meter, namun ia berlaku pada masa itu. Hasil bedah siasat yang dijalankan ia adalah akibat pembangunan tidak teratur di satu kawasan baharu yang dibuka oleh kerajaan Dr. Khir Toyo pada masa itu dikenali sebagai Seksyen U10. Bukit-bukit ditarah, hutan ditebang dan tanah-tanah dilukai. Pendedahan itu telah menarik perhatian nasional. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan. Dr. Khir yang ketika itu sedang berada di luar negara terpaksa bergegas pulang. Pendek kata, isu alam adalah isu manusia. Kita hidup bersama-sama alam. Jangan biarkan alam bersuara. Jika ia bersuara bermakna ia sedang murka. Alam boleh bertindak kejam kepada kita jika kita menjahanamkannya.

Banjir besar di Cameron Highlands juga adalah akibat perbuatan kejam manusia ke atas alam. Hutan ditarah ikut suka. Pihak peniaga terlalu rakus. Pihak berkuasa pula tidak menjalankan amanah yang diberikan. Ingatlah alam boleh menjatuhkan sesebuah pesawat yang dikatakan paling moden sekali pun. Ia juga membunuh ratusan ribu nyawa manusia seperti genap 10 tahun tsunami. Kejadian banjir terburuk di Kelantan dan beberapa negeri lain harus dijadikan iktibar. Warna airnya sudah menunjukkan ia membawa tanah-tanih yang terluka. Banjir ke Kelantan lazimnya dibawa air dari kawasan hulu sejauh beratus batu. Jika di hulu keadaannya sudah tenat, maka tenatlah di hilirnya. Itu pasal kawasan Manek Urai paling teruk, kerana ia berada di hulu. Saya tidak mahu membuat andaian, kerana alim ulama mengatakan ia adalah takdir. Namun sudah banyak contoh yang menunjukkan bencana alam yang terjadi kepada manusia adalah akibat daripada kerakusan mereka sendiri. Seorang rakan, rakyat Kelantan yang dipanggil sebagai Pok Nik menulis SMS kepada saya. Renungilah tulisan beliau itu. “Masa saya kecil-kecil dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi-manda dari pagi hingga ke petang. Selagi mata tidak merah kita tidak naik ke rumah. Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yang mengalir direct dari Ulu Kelantan dari Sg. Lebir, Sg. Galas, Sg. Kemubu dan Sg. Kelantan AKIBAT KERAKUSAN YANG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN. Habis bukit hutan belukar dikekah, ditarah dan dimamah kerana mahukan wang! Sekarang jangan salahkan sesiapa. BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan dan ketamakan manusia. Tk.” Namun atas alasan politik atau keegoan - pelbagai alasan diberikan. Pemimpin merasakan seolah-olah merekalah yang terhebat. Merekalah yang betul. Dan alam yang mengamuk sekarang seolah-olah tiada kaitan dengan mereka. Syabas rakyat Malaysia! MALAM kelmarin saya bersama-sama sukarelawan Persatuan Alumni UiTM Malaysia ke Pangkalan TUDM di Subang. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Pengawal di pintu pagar mengarahkan kami mendaftarkan diri. Saya menulis nama dan tujuan kami di sebuah buku. Sudah panjang senarai buku. Tujuan: Menghantar barangan bantuan banjir. Itulah tujuan yang lain-lain pun. Pengawal kemudian mengarahkan kami tunggu sebentar di pondok pengawal. Barangan terlalu banyak, katanya dan semua pemberi bantuan kena beratur panjang. Lori dan treler panjang kelihatan berhenti di tepi jalan. Di badannya tertulis syarikat beras dan syarikat-syarikat gedung pasar raya hyper. Sementara kereta-kereta 4WD kepunyaan perseorangan dan NGO juga panjang beratur.

Rakyat Malaysia cukup prihatin. Jika sebelum ini hanya NGO-NGO tertentu sahaja yang menjalankan khidmat bantuan ini, kali ini, pada magnitud banjir kali ini, semua pihak bersatu hati. Malah saudagar membeli-belah pun turut membantu menyediakan kemudahan pembelian barangan dengan harga bencana. “Jangan bimbang Mydin memberi harga (diskaun) untuk mangsa-mangsa banjir. Kami cukup prihatin,” kata tauke Mydin, Datuk Amer. Sehingga tulisan ini ditulis, gudang di TUDM Subang masih sibuk. Ada juga bekalan dihantar melalui jalan darat - melalui lori, bas yang membawa bersama-sama sukarelawan serta pikap persendirian. Malah AirAsia dan Malindo Air juga menyediakan penghantaran barangan dan sukarelawan secara percuma. “Ini adalah khidmat ikhlas kami. Tolong uar-uarkan kepada rakan-rakan sukarelawan yang mahu menghantar barangan atau sukarelawan. Kami akan terbangkan mereka ke mana-mana sahaja termasuk ke Sabah atau Sarawak,” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia, Kamarudin Meranun. Semoga AirAsia bertenang dalam kedukaan yang berlaku ke atas pesawatnya di Indonesia. Kita semua turut bersimpati. Tahniah rakyat Malaysia. Syabas anda semua. Tiada siapa pun yang mahu melihat dengan mata putih bangsa kita ditimpa bala. Tiada kerajaan yang mahu mengetepikan rakyatnya dalam musibah sebegini. Ketepikan soal kepartian yang sempit. Ketepikan soal kesensitifan kedaerahan. Jangan sebarkan khabar-khabar angin yang bukan-bukan. Jangan dipersenda media arus perdana. Tanpa kami, kita semua akan berada di bawah tempurung.

 Hanya akhbar Melayu kelihatan memberi liputan tiada terhad. Mungkin kerana mangsanya ialah rata-rata kaum itu. Akhbar organ parti pula sudah-sudahlah membuat analisis yang bukan-bukan. Sebenarnya tanyalah diri sendiri dahulu. Buatlah post mortem di Bilik Gerakan Bencana Alam Negeri terlebih dahulunya. Mengapa koordinasi bantuan lambat? Akhir sekali syabas rakyat Malaysia - walau di mana sekali anda berada - kita tetap bersatu-padu.