MEMBER'S

Friday, August 28, 2009

RATAP RATIP BANGSA


Bangsaku setelah sekian lama menetap ditanah tercinta ini,
berkurun-kurun lamanya membina sebuah empayar
telah membina sebuah negarabangsa yang cukup berjaya
malah menjadi satu bangsa yang matang dan dewasa
sekujur bangsa ini telah berpecah-belah
mengikut tertib isme masing-masing;
maka bermulalah segala malapetaka
Tidak lagi mementingkan bangsa tetapi setiap orang
mengutamakan diri sendiri
setelah sekian lama aku menangisi bangsaku
yang kian lama akan terkubur;
akibat gejala-gejala melentur semangat kecintaan;
kecintaan terhadap bangsa telah lama terhakis
kerana bangsaku sudah tidak cakna
bahasa melayu hampir dipinggir
perlembagaan negara tidak dipeduli
masing-masing megah bertutur asing
Kami kian meratap saban hari,
keris dicabut disarung kembali
Ciss !! Demi percikan darah pejuang bangsaku yang lalu
demi derita payah pendeta dahulu
seluruh bacul bangsa ini mestilah
disimpuhkan dengan adab dan susila
agar mereka dapat melihat kalian berjuang;
berjuang memertabatkan bangsa
berjuang membina maruah bangsa
berjuang memperkukuh bahasa
berjuang melengkapi negara
Kita meratip dan meratap hari ini
supaya esok kita tidak diperleceh lagi
biar pemimpin kita tidak tercalar
biar pemimpin kita berani bersuara
pada arena perjuangan bangsa
pada arena mendaulatkan bahasa
Kita meratip kita meratap
tanpa peduli ideologi kita BERSATU bangsaku

Tuesday, August 25, 2009

ANAK EMAS KERAJAAN PUSAT


Warispurba mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua pengundi N.11 Permatang Pasir. Tunaikanlah tanggungjawab untuk memilih seorang pemimpin yang akan menentukan masa depan rakyat di Permatang Pasir. Inilah peluang dan kesempatan bagi rakyat Permatang Pasir untuk berubah dari satu kawasan yang tidak diberi perhatian oleh kepimpinan Negeri Pulau Pinang kepada ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan.

Sunday, August 23, 2009

KEMBALI KEPANGKAL JALAN

















"PKR bukan parti memperjuangkan bangsa melayu tetapi memperjuangkan kepentingan peribadi seseorang individu".

Itulah diantara ungkapan kata-kata Adun Lunas YB. Mohamad Radzi Salleh semasa beliau mengumumkan keluar dari parti PKR dan mengisytiharkan dirinya bebas.

Namun begitu beliau tidak meletakan jawatannya sebagai Exco Pelancungan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Negeri Kedah kerana beliau menyatakan jawatan tersebut adalah lantikan daripada Sultan Kedah bukan lantikan Menteri Besar Dato Seri Azizan.

Sudah jelas terbukti bahawa memang berlaku pergolakan yang amat ketara delam barisan kepimpinan PKR sekarang. Ini memberi gambaran kepada kita seluruh rakayat Malaysia bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang boleh membawa negara kita kearah kejayaan tetapi bolah menjerumuskan negara kita kearah kehancuran jika mereka dapat memerntah.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK


Assalamualaikum,
Salam buat semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat yang melayari laman ini.
Dikesempatan bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan nikmat kerana dapat menjalankan ibadat dengan tawaduk.
Alhamdulilallah...berterimakasih kita kehadhrat ALLAH swt. dengan perantaraannya kepimpinan negara kita yang ada pada hari ini maka kita dapat menjalankan ibadat dengan selesa,aman dan sejahtera.
Kita boleh beribadat sepanjang malam ataupun sepanjang hari tanpa rasa takut atau ada gangguan dari sesiapapun berkat keamanan yang kita kecapi hasil perjuangan nenek moyang kita yang terdahulu.
Tidak seperti kebanyakkan negara lain yang sering huru-hara akibat peperangan, gempabumi, pertelingkahan etnik dan sebagainya hinggakan mereka beribadat dalam keadaan yang tidak sempurna dan dalam ketakutan.
BerSyukurlah...
Sesungguhnya nikmat yang Allah berikan ini jika kita syukuri nescaya Allah akan tambah tetapi jika kita kufur dan sering menyalahkan sesama sendiri maka TUNGGULAH azab Allah amat pedih.
Ingatlah jika ALLAH turunkan azab, semua kita akan menanggung akibatnya.

Tuesday, August 18, 2009

NIK AZIZ UMPAMAKAN DIRINYA TUHAN




Menentukan seseorang itu samada masuk SYURGA atau NERAKA adalah pekerjaan ALLAH swt. Allah tidak pernah mewakilkan kepada sesiapa pun makhluk diatas mukabumi ini untuk menjalankan kerja NYA. Sedangkan para Rasul dan Nabi sendiripun tidak berani menentukan dan memberi jaminan Syurga atau Neraka, inikan pula Nik Aziz manusia biasa yang hanya bernafsu memenuhi serakah politiknya saja.

Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak masuk syurga kerana mengikut ajaran islam dari Palestin sedangkan orang umno tak pernahpun menyatakan mengikut ajaran Islam dari mana-mana kecuali mengikut ajaran islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sejak dari mulanya ajaran islam ujud di negara ini lagi. Orang umno juga konsistan dengan ajaran dan Hukum Islam yang sebenar tidak seperti Nik Aziz dan parti PAS yang boleh mengubah hukum-hukum agama mengikut kepentingan politik parti mereka.

Misalnya kalau dulu mereka menyatakan orang umno kafir kerana berkawan dengan Cina MCA tetapi hari ini hukum tersebut telah berubah kerana mereka lagi teruk boleh pula berkawan dengan cina DAP laknat yang terang-terang sejak dari dulu lagi menentang Islam. PAS juga boleh terima orang DAP yang hina Islam dengan alasan mereka tidak berapa faham dengan agama Islam.

YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA INI YANG SUDAH JAUH TERSESAT DEMI UNTUK KEPENTINGAN DAN KESUCIAN AGAMAMU YAALLAH...

Thursday, August 13, 2009

NIK AZIZ RESTU DAP HINA ISLAM

SATU DUNIA bangkit suarakan kemarahan pada karikatur NABI MUHAMMAD s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005.Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agama Islam itu.Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia? Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu dari mana asal usul DAP yang mana sebuah parti yang ekstrem perkauman. Sejarah hitam negara kita bila kita terpaksa melepaskan Singapura suatu ketika dulu bagi mengelakan seluruh negara kita terjebak lebih teruk dalam krisis perkauman dan pertelingkahan agama. Ini sebenarnya agenda DAP supaya sejarah melepaskan Singapura berulang kembali dan ini tidak mustahahil apabila orang seperti NIK AZIZ memberi sokongan kepada mereka.

Diharap dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini akan menimbulkan kesedaran kepada seluruh umat melayu islam dinegara kita supaya bangkit dari dibuai dengan fatwa-fatwa dan kenyataan seolah-olah Nik Aziz ini MAKSUM dan semua kata-katanya semuanya benar. Sedarlah orang-orang PAS....cakap Nik Aziz bukan WAHYU yang wajib dipatuhi dan dituruti. Bertindak dan berfikirlah secara waras. Kalau orang yang menghina Islam pun dibela oleh Nik Aziz kerana nak jaga kepentingan politik, itu sudah keterlaluan dan bukan cakap seorang TOK GURU yang memperjuangkan agama.

Kesimpulannya ialah Nik Aziz dan PAS bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan kuasa politik semata-mata.

Tuesday, August 4, 2009

TOK DALANG PEROSAK NEGARA


SEDIH....sungguh rasanya koi melihat bangsa koi diperkuda oleh orang lain terkinja-kinja melalak ditengah jalan kononnya nak menghapuskan ISA. Mereka ditunggang oleh TOK DALANG-TOK DALANG yang mementingkan diri sendiri.

SAYANGNYA...bangsa koi tak sedar diri mereka tu kena tunggang dek orang lain.

Kenapa nak takut pada ISA kalau kita tidak melakukan pekara yang boleh mengancam keselamatan dan mengancam keamanan yang ada dalam negara kita ini. Wahai bangsaku... sedarlah ini semua agenda orang lain yang hendak melihat bangsaku orang melayu berpecah-belah. Mereka ini ingin melihat orang melayu tidak lagi menguasai dan memerintah negara kita Malaysia tercinta ini.

Ada TOK DALANG pula yang sengaja mahu mengalih pandangan rakyat daripada kes yang sedang beliau hadapi sekarang. Jadi beliau akan sentiasa cuba mencipta sesuatu isu supaya kes beliau ini akan ditangguh dan ditangguh sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti. Beliau akan timbulkan berbagai isu lagi selepas ini seolah-olah rakyat akan sentiasa melihat bahawa kerajaan pemerintah hari ini sudah tidak releven lagi memerintah.

Beliau kata ISA Zalim dan minta kita semua bantah ISA tetapi dia minta Mahkamah gugurkan kes beliau LIWAT SHAIFUL. Adakah itu tidak ZALIM?

Wahai bangsaku janganlah kita terpedaya dengan TOK DALANG-TOK DALANG yang sentiasa cuba merosakkan negara. Yang rugi adalah kita, bangsa kita, agama kita.

BERSYUKURLAH bangsaku...selama ini kita telah lama hidup dengan aman dan rukun dengan pemerintahan kerajaan yang ada pada hari ini. Telah terbukti KERAJAAN yang ada pada hari ini telah berjaya membawa negara dan rakyat negara kita kemercu kecemerlangan sehingga kita menjadi negara contoh dalam banyak pekara didunia.