MEMBER'S

Monday, August 8, 2011

SIAPA HADI NAK PANGGIL JAIS dan GEREJA METHODIST






Dalam kenyataan akhbar selepas pertemuan dengan Hasan Ali di Pejabat PAS pusat semalam Hj Hadi memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga PIHAK Gereja Methodist Damansara Utama untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar apa yang berlaku akibat dari Isu Serbuan JAIS ke Gereja tersebut.



Keterangan Hasan Ali tak boleh pakai ke ???



Siapa Hadi nak jumpa JAIS dan Gereja ???



Katanya untuk keadilan, tapi kenapa dalam kes LIWAT SHAIFUL Hadi taknak jumpa Shaiful ????



Apa perinsip keadilan yang Hadi pakai ?????



Adakah keadilan Hadi berpilih-pilih...(double standard)...




Hadi pakai perinsip keadilan Islam ke keadilan PAS ????






Tuesday, August 2, 2011

DR HARON DIN DAN AZIZAN RAZAK MASUK IJN



Timbalan Mursyidul Am parti PAS Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) serentak petang semalam.

Kedua-dua mereka difahamkan menghadapi masalah jantung.

Dr Haron Din akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.

Beberapa pemimpin kanan PAS dilihat telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali antara yang terawal bergegas ke IJN.


Sama-samlah kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan keatas mereka dapat berjalan lancar.

Dalam pada itu tidak lupa juga marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan Perdana Menteri yang kita sayangi Dato Seri Mohd najib Tun Razak yang akan menjalani pembedahan kecil lutut beliau hari ini semuga semuanya berjalan dengan baik dan sempurna.