MEMBER'S

Monday, December 17, 2012

MELAYU TAK SEDAR DIRI SALAHKAN TUNKU AZIZ BILA TIDAK DIPILIH DALAM (CEC) PARTI DAP

Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP dengan takrifan kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara tampak gagal diterjemahkan melalui keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semalam.
Keputusan yang diumumkan itu nyata memberikan tamparan hebat kepada ideologi Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP sejak sekian lama.

Calon tersingkir, bekas Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor berkata kekalahan kesemua lapan calon Melayu pada pemilihan parti itu untuk 20 jawatan tertinggi itu menunjukkan perwakilan masih gagal memahami konsep sebenar Malaysian Malaysia.

Beliau turut menegaskan konsep dan ideologi 1Malaysia Barisan Nasional (BN) lebih mudah diterima oleh parti-parti komponen dari segi amalan dan partikaliti.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampak lebih berjaya menerapkan unsur-unsur 1Malaysia yang diperkenalkan setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perletakan jawatan Naib Pengerusi Tunku Aziz Ibrahim menyebabkan perwakilan dari kaum Cina sukar dan serik untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin  Melayu lain.

"Kita boleh melihat dengan jelas lapan pemimpin Melayu yang berkaliber, satu pun tak boleh masuk sebab perwakilan sudah fikir kerusi kalau kita beri kepada orang Melayu mungkin akan rosak kedudukan orang Melayu,” katanya yang turut pernah menjawat jawatan Naib Pengerusi parti.

Tuesday, December 4, 2012

PAKATAN MUSNAH

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mencadangkan agar Pakatan Pembangkang mengumumkan nama bakal Perdana Menteri dari Pakatan Pembangkang selepas penamaan calon dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

APA MAKNANYA ??????

Baru nk lantik PM dah tiada persefahaman belum lagi dapat memerintah negara, Ahli PAS akar umbi mahukan Haji Hadi jadi PM manakala Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang tak setuju dan mahukan Anwar jadi PM. Sebab apa beria sangat DAP Karpal, Lim Kit Siang dsn LGE mahukan Anwar jadi PM ???


DAP dah baca Anwar jadi PM takkan lama kerana kes beliau masih berjalan, jadi bila Anwar masuk penjara maka pemimpin DAPlah yang akan berkuasa. Masa itu jangan haraplah nak ada hak keistimewaan  orang melayu.