MEMBER'S

Thursday, June 4, 2015

SKANDAL 1MDB & JHO LOW

























Dakwaan pelaburan usahasama  dengan Petrosaudi lesap, masuk poket Jho Low tidak benar

MENTERI KEWANGAN ll, DS Ahmad Husni Hanadzlah dalam wawancara TV1 menjelaskan usahasama dengan Petrosaudi tiada kaitan dengan Jho Low dan tiada kehilangan dana, sebaliknya mendatangkan pulangan. Katanya:

1. Dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi, Petrosaudi mempunyai pegangan sebanyak 60% dan 1MDB 40%.

2. Petrosaudi telah meletakkan aset, iaitu 2 telaga minyak yang berada dalam peringkat cari gali. Petrosaudi juga telah memberi pinjaman sebanyak USD 700 juta bagi menyokong operasi cari gali yang sedang dilaksanakan.

3. Apabila 1MDB melabur USD 1 bilion ke dalam usahasama ini, 1MDB diminta membayar balik pinjaman berjumlah USD RM700 juta.

4. Petrosaudi meletakkan jumlah ini di dalam Good Star, iaitu 100% milik Petrosaudi. Laporan media yang menyebut bahawa Good Star milik Jho Lo, tetapi tiada pengesahan mengenai perkara ini. Petrosaudi telah membuat laporan kepada Fraud Division Polis London menyatakan laporan akhbar itu tidak betul.

5. Pokok persoalannya, adakah pelaburan USD 1bilion itu dapat dibawa balik atau lesap? Tidak. Tiada kehilangan dana dan pelaburan pokok diperolehi semula bersama pulangan, iaitu sebanyak USD 2.3 bilion yang kemudiannya dipindahkan dari Cayman Island ke BSI Singapura melalui firma pelaburan Brazen Sky limited.

6. Pengeluaran pertama USD 1.2 bilion telah dikeluarkan bagi membayar hutang dan faedah. Pengeluaran kedua mengambil masa untuk dicairkan dan
Aabar Investment PJS, sebuah firma pelaburan Abu Dhabi bersetuju untuk suntik dana sebagai tukaran kepada instrumen pembayaran semula Brazen Sky, iaitu dalam bentuk unit dana di BSI. Aabar sepatutnya membuat pembayaran dalam bulan Ogos, tetapi bersetuju untuk membayar lebih awal kerana proses rasionalisasi 1MDB.

7. Kenapa BSI bukan bank lain? BSI merupakan penjaga atau custodian yang dipersetujui bersama oleh Brazen Sky dan 1MDB.

8. Tidak timbul soal dana hilang dan ada sejumlah dana yang 'lesap' yang dibayar kepada Jho Low.









Wednesday, June 3, 2015

"NOTHING TO HIDE"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal tampil menjawab segala persoalan yang bermain di minda rakyat menerusi sesi dialog terbuka bersama NGO pada 5 Jun ini.
Dialog bertema ‘Nothing To Hide’ itu akan dihadiri 1,500  wakil NGO seluruh negara yang dianjurkan Sukarelawan Peguam (Sukaguam).
Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Mamat berkata, program julung kalinya itu menjadi platform kepada NGO dan rakyat bertanyakan pelbagai isu semasa dan soal kepimpinan kepada Perdana Menteri.
“Sesi dialog ini memberi peluang dan ruang kepada NGO bertanyakan apa jua soalan berkaitan isu yang timbul berkenaan kerajaan. Sebarang isu termasuk soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), isu Tabung Haji dan pelbagai lagi boleh ditanya.
“Tiada halangan dan peluang ini membuktikan bahawa Perdana Menteri sedia menjawab segala persoalan. Saya harap rakyat Malaysia menggunakan ruang ini sebaiknya bertanyakan pelbagai isu,” katanya pada sidang media di Pejabat Sukaguam, semalam.
Beliau berkata, Perdana Menteri telah mengesahkan kehadiran untuk bersama-sama pada sesi dialog itu sejak dua minggu lalu.
Katanya, 1,500 wakil  NGO yang terpilih telah mengesahkan kehadiran dan sambutan diterima begitu menggalakkan.
“Kita hantar pada semua pihak, ada juga yang tidak mendapat jemputan, tetapi meminta untuk hadir pada program itu.
“Kita juga akan pertimbangkan layar skrin gergasi untuk orang ramai di luar dewan,” katanya.
Menurut Khairul Anwar sesi dialog bersama NGO memberikan peluang kepada mereka menjelaskan perkara yang menjadi persoalan kepada ahli-ahli yang dinaungi NGO ini. 
“NGO terlibat bukan sahaja terhad kepada politik sahaja, malah NGO dalam pelbagai bidang.
“Mereka ini  mempunyai ramai ahli dan secara tidak langsung mereka boleh jelaskan dan sebarkan input yang diperoleh,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya permintaan begitu menggalakkan pada sesi dialog ini, pihaknya berhasrat menjelajah setiap negeri untuk program seterusnya.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput hadir, Khairul berkata pihaknya tiada halangan sekiranya Dr Mahathir berminat untuk hadir pada sesi dialog itu.
“Ini adalah forum terbuka dan kalau Dr Mahathir berminat, beliau boleh datang,” katanya.
Sesi Dialog PM bersama NGO akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 petang pada Jumaat ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.