MEMBER'S

Thursday, June 30, 2011

WARDINA TERJEBAK BERSHIT

Sudah beberapa kali sebenarnya Wardina Safiyyah muncul dengan isu kontroversi. Dan sebelum ini, walaupun Wardina Safiyyah dilihat bersama-sama Nik Abdul Aziz mahupun kepimpinan PAS, kebanyakan blogger tidak memberikan perhatian sangat kerana seperti yang diperkatakan, para pemimpin PAS termasuklah Nik Abdul Aziz bukanlah musuh yang wajar dibenci, sebaliknya mereka hanya ‘ditegur’ dan adakalanya lebih banyak bersifat ‘disakat’.

Namun apabila Wardina Safiyyah memilih untuk muncul bersama Nik Nazmi dan kepimpinan PKR, dia sebenarnya telah melakukan satu kesilapan paling besar. Kebanyakan blogger pro-UMNO sebenarnya tidak boleh menerima langsung mana-mana pemimpin PKR walaupun mereka cuba menunjuk baik atau cuba jadi malaikat.

Di situlah kelemahan Wardina Safiyyah. Satu perkara yang mungkin Wardina Safiyyah kurang mencermati ialah, majikannya adalah Media Prima Berhad. ‘Majikan’ Media Prima Berhad pula adalah UMNO yang memiliki saham terbanyak dalam konglomerat media itu. Secara tidak langsung, Wardina sebenarnya adalah kakitangan UMNO.

Walaupun diberikan kebebasan dan tidak terlalu menonjol sokongan kepada pihak yang diminati, Wardina Safiyyah seharusnya lebih berhati-hati dalam hal ini. Mengatakan bahawa dia bukanlah orang biadap yang akan menolak bertemu dengan Azmin Ali sebenarnya tidak cukup untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang tuduhan dan syak wasangka. Dan mengatakan Nik Nazmi telah MEMPERDAYAKANNYA dengan membawa dia bertemu dengan Azmin Ali juga, tidak cukup untuk menunjukkan dia tidak ‘bersalah’ dalam hal ini.

Sebagai seorang selebriti dan tumpuan ramai, sudah tentulah lensa-lensa kamera akan terarah kepadanya. Apatah lagi jikalau Wardina Safiyyah berada di kalangan manusia yang paling dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia. Sebarang pertemuan mesra, pastinya akan mewujudkan persepsi, Wardina Safiyyah adalah penyokong Azmin Ali, kalau tidak pun Pakatan Pembangkang.

Dan ditambah pula dengan kehangatan BERSIH 2.0 yang didokong oleh Azmin Ali dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, Wardina sekadar menempah malang yang tidak berkesudahan sekiranya tidak benar-benar membersihkan dirinya daripada palitan noda dan dosa ini.

Penulis sebenarnya tidak menyalahkan Wardina Safiyyah. Mungkin dia memikirkan sebagai seorang selebriti apatah lagi ada permintaan ke atas dirinya, Wardina Safiyyah tampil dalam majlis yang disertai oleh kawan baiknya, Nik Nazmi. Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti yang bertanggungjawab, Wardina Safiyyah tentu sekali perlu MEMBUAT SARINGAN yang lebih ketat dan menjangkakan berita apa yang akan keluar tentang dirinya.

Justeru apabila Wardina Safiyyah membuat keputusan untuk ‘bercuti’ selama dua bulan dalam satu sidang media dengan wajah tertekan, sebenarnya ia tidak akan mengurangkan kemelut yang sedang dihadapinya, kecuali dia benar-benar bercuti dan membetulkan semula persepsi buruk yang sedang dihadapinya.

Kecualilah kalau Wardina Safiyyah benar-benar berminat dengan Pakatan Rakyat dan menyokong BERSIHT..

Wednesday, June 22, 2011

POLITIK KOTOR DIJALANRAYA


KOTOR 2: POLITIK JALANRAYA

Kalau benar tak bersih
bagaimana mereka menang 5 negeri
nafikan dua pertiga majoriti
boleh jadi montori besau laie!

Kalau benar tak bersih
letak lah jawatan
bubarkan dewan
biar rakyat tentukan!

Diberi stadium tidak mahu
appointment dengan Istana
langsung tiada yang tahu
SPR ajak bincang ditolak tanpa malu

Apa niat mereka?
Mahu berhimpun dijalanraya
mereka tidak berminat dengan pilihanraya
tetapi politik rimba dijalanraya

biar berlaku rusuhan
lagi bagus ada tangkapan
dan tembakan
lalu mereka akan melaung melolong
ini kerajaan zalim perlu dijatuhkan
dataran tahrir mahu di ulangkan
taktik rusuhan mahu diciplakkan

agar hanyir DNA bisa tenggelam
agar jam Omega tidak kedengaran
agar China-doll dilupakan
karung kunyit Saiful dikambuskan
mahu saja Eskay dihapuskan
dan videoklip dipadamkan
agar belalai terus bisa memuntahkan!

Kita menentang bukan kerana mereka Hindu!
Kita menentang bukan kerana mereka Melayu!
Kita menentang bukan kerana mereka Cina, Kadazan atau Bidayuh!
Kita menentang bukan kerana keagamaan,
atau api-api perkauman

Tetapi kita menentang mereka
kerana mereka pengkhianat & petualang
yang mahu memporak-perandakan negara
meliwat keamanan kaum berbilang
merakus Putrajaya secara haram!

bila rusuhan Melayu pasti kesusahan
bila kekacauan Cina pasti keperitan
bila gangguan India pasti kedukaan
ini bukan soal agama
atau perkauman
tetapi soal keamanan & keselamatan

bangkitlah rakyat tentanglah petualang
bangunlah umat cegah kemungkaran
bangunlah Melayu suarakan bantahan
bangunlah Cina pertahankan keharmonian
bangunlah India pastikan keamanan
jangan dibiar para petualang
jangan dibenar politikus jalang
menyepak terajang
tamadun yang cemerlang
negara yang terbilang

Bersatu rakyat
berpadu umat
menghapuskan maksiat
menentang politik lalat
jangan biar diri diperalat
oleh pendendam kesumat
politikus musibat!

PAKATAN HARAM, PERHIMPUNAN HARAM, CINA DOLL HARAM



PAKATAN HARAM yang dah kemaruk untuk merampas Putrajaya CARA KOTOR daripada BN mengakui mereka tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan BN dengan cara pilihanraya biasa kerana sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) adalah tidak adil dan tidak bersih. Itulah dakwaan PAKATAN HARAM tersebut sedangkan mereka lupa, jika SPR tidak adil, kenapa PAKATAN HARAM dapat memerintah di P. Pinang, Kedah, Selangor, 11 bulan di Perak dan sudah lebih 20 tahun di Kelantan dengan sistem pilihanraya yang ada sekarang ?




Jika PAKATAN HARAM menang, SPR baik tetapi jika sebaliknya adakah SPR tidak adil, sedangkan sistem pilihanraya yang diamalkan dinegara kita diiktiraf antara yang terbaik didunia.



Apa tujuan PAKATAN HARAM ini hendak mengadakan PERHIMPUNAN HARAM dengan mengumpul beratus-ratus ribu rakyat hanya sekadar untuk memberitahu bahawa pilihanraya yang kita amalkan selama ini tidak adil dan bersih sedangkan pekara tersebut boleh dibawa secara betul melalui Dewan Rakyat kerana PAKATAN HARAM tersebut ada wakil mereka di Dewan Rakyat.




Sebenarnya tujuan PAKATAN HARAM untuk mengadakan PERHIMPUNAN HARAM adalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes VIDEO CINA DOLL HARAM yang menghantui pemimpin beRNAFSU BESAR nak jadi PM MALAYSIA.




PAKATAN HARAM mahu membawa rakyat berdemo secara haram dan menjatuhkan serta merampas kerajaan secara HARAM dengan mengambil contoh suasana politik di Mesir, Tunisia, Libya dan sebagainya. Rakyat harus bijak menilai dan membuat pilihan adakah kita mahu negara kita ini hancur dan huru hara desebabkan untuk menjaga dan melindungi seseorang individu bermasalah ? Jangan rosakkan masa depan negara dan genarasi anak cucu kita dimasa akan depan.




INGATLAH BANGSAKU....PERHIMPUNAN HARAM berSHIT akan memusnahkan segala perancangan dan pembangunan yang kita telah kecapi selama ini. Janganlah kita menjadi penyumbang kepada kemusnahan negara kerana kita akan dilaknati dan disumpah oleh anak cucu kita suatu hari nanti.