MEMBER'S

Thursday, January 12, 2012

POLIS TAWAR 10 RIBU















Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa PDRM menawarkan RM 10,000.00 ganjaran kepada orang ramai yg tampil memberi maklumat berhubung kes letupan bom semasa perhimpunan 901 dimahkamah jalan duta untuk membantu pihak polis.

"Semua kejadian disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," Letupan bom dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," yang mahu menjadikan keadaan huru-hara dan memburukkan nama negara dimata dunia.

TERBUKTI PAS IKUT TELUNJUK DAP

PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman (gambar kiri) mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13. DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Sanggupkah orang melayu di kawasan Tenggaroh terutama peneroka FELDA menyokong calon dari DAP dalam PRU 13 nanti yang merupakan sebuah parti yang terang-terang hanya memperalatkan orang melayu demi untuk mendapatkan kuasa politik. Sejarah DAP adalah sebuah parti yang cauvanis dan tebal sentimen perkaumannya.

Jangan sampai orang melayu menang sorak kampung tergadai.

Wednesday, January 11, 2012

PIBG TOLAK ADAM



Ramai dikalangan Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah-sekolah dan ibubapa melahirkan pandangan mereka bahawa mereka tidak mahu dan menolak seorang bakal guru yang bernama ADAM ADLI daripada ditempatkan dan mengajar anak-anak mereka disekolah.


Mereka tidak mahu anak-anak mereka akan diajar dan dipengaruhi oleh seorang guru yang menzahirkan sifat seperti pemberontak , tidak bertamadun dan tidak berfikiran secara rasional.


Mereka tidak mahu anak-anak dan genarasi yang akan datang seperti kacang lupakan kulit, lupa dari mana datang dan tidak ada sifat bersyukur dan terimakasih.


Sanggupkah kita melihat anak-anak kita nanti akan baring didepan pintu rumah, terpekik terlolong kerana tidak puas hati kepada ibubapanya dan sanggupkah satu hari nanti anak-anak kita berbaring dedepan pintu pagar sekolah kerana tidak puas hati terhadap pengetua atau pihak sekolah ????

Monday, January 9, 2012

AnWAR BEBAS BUKTI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA ADIL


Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.