
Langkah mayat saya dahulu sekiranya PAS ingin menegakkan negara Islam....Itulah kata kata Karpal Sigh....
Apakah PAS dan Nik Aziz sudah lupa akan kenyataan itu.Kenapa PAS tidak langsung mengambil kira kata kata yang dihamburkan oleh Karpal Sigh itu.Apabila DAP menang di Sibu ada orang kuat PAS menyatakan yang DAP sudah dapat menerima perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam.Dalam kempen dan juga ceramah ceramah PAS yang membabitkan DAP,PAS tidak pernah membangkitkan atau menyuarakan isu itu.Ini menunjukan PAS tidak berani berhadapan dengan DAP untuk menyuarakan isu negara Islam.Kerana pendirian PAS yang tidak konsisten dan tidak bersungguh sungguh untuk menegakan negara Islam.
Parti2 mewakili kaum masing-masing bersatu didalam BN dan begitu juga didalam Pakatan Rakyat, DAP(cina) PAS(melayu) dan PKR(india). Saya katakan PKR parti india kerana yg aktif didalam parti PKR ialah kaum india yg juga disokong oleh HINDRAF.
Bermulanya PAS diterima oleh kaum lain disebabkan PAS kelihatan sebagai parti islam yg sekular dan liberal. Ini dapat dilihat apabila PAS tidak lagi mendesak mengharamkan jualan arak di negeri yg diperintah oleh PR. Penjualan nombor ekor masih diteruskan tanpa dihalang oleh PAS yg sudah jadi liberal. PAS tidak bersuara dalam soal peningkatan pusat hiburan,rumah urut dan sebagainya di negeri yg mereka turut berkongsi kuasa.Konsep penubuhan negara islam sudah lama ditinggalkan oleh PAS. Ini meyakinkan bukan islam yg PAS tidak lagi merupakan pejuang agama seperti dahulu.
Penerimaan PAS dalam soal kalimah Allah dihargai oleh bukan islam.Umno sebaliknya banyak membangunkan syiar islam melalui sistem perbankan islam, Institusi pengajian tinggi islam dan pembinaan masjid dgn banyak. Disamping itu, kejayaan Tabung Haji dan kutipan zakat membuat bukan melayu terasa terancam dari segi ekonomi kerana kedua2 institusi ini memiliki kekuatan kewangan. Itu belum lagi mengambil kira kejayaan Felda dan dunia koperat melayu yg lain. Melayu yg bijak pandai dalam pengurusan negara dan pembelaan kuasa politik serta pelindung hak melayu berada didalam UMNO.Untuk menyekat kemajuan orang melayu adalah dgn meletakan PAS sebagai pengganti UMNO. Ini kerana Pas mudah dibawa berunding oleh DAP. Isu kalimah Allah,penjualan arak dan judi serta kemaksiatan,PAS boleh menutup sebelah mata.
Pokoknya, PAS bukan parti Islam lagi.Dan yang ini...PAS adalah parti yg paling senang orang DAP utk bekerjasama...bukannya apa...sebab senang dijadikan balaci dan senang pulak ditarik telinganya..Bila kena tarik hidung, terus berubah dan senyap.PAS dari parti yg sangat keras sebelum ni, sekarang jadi selembik-lembiknya...sehinggakan mudah di main-mainkan oleh DAP.Cubalah baca apa komen Salahuddin Ayub selepas DAP menang di Sibu. Dia mengatakan DAP dah boleh terima negara Islam...Apa banggang punya komen!!! Bagi DAP, jangan harap PAS nak tubuh negara Islam. Langkah mayat karpal dulu. Inipun masih tak faham faham lagi...Berapa byk pemimpin PAS yg berani cakap pasal negara Islam sekarang?
PADA ORANG MELAYU ...APA AKAN JADI SEKIRANYA PAKATAN BERKUASA KELAK????LIHAT SAJA SEKARANG....PAS HANYA PARTI YANG MENGIKUT TELUNJUK DAP....APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI OLEH DAP AKAN DISOKONG OLEH NIK AZIZ DAN PAS....APAKAH PAS AKAN SETUJU SEKIRANYA DAP MAHU NEGARA INI TIDAK LAGI DIPANGGIL TANAH MELAYU.......APAKAH NANTI NEGARA INI JUGA AKAN MENJADI SEBUAH NEGARA REPUBLIK????APAKAH PAS AKAN IKUT TELUNJUK DAP?????