MEMBER'S

Wednesday, May 19, 2010

13 MEI BERULANG KEMBALI ???


Saranan Tun Dr Mahathir supaya rakyat hari ini terutama golongan muda supaya mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah hitam negara iaitu tregedi berdarah 13 Mei 1969. Tidak mustahil tregedi ini akan berulang kembali jika dilihat kepada landscape politik hari ini.

Dilihat trend PRU 1969 sedang berulang dimana Undi Cina sudah mula berpindah kepada parti-parti Cina di luar BN. Dalam konteks sekarang kepada parti cauvanis DAP. Pada PRU 1969, undi Cina berpindah kepada DAP dan Gerakan. Pada waktu itu Gerakan parti pembangkang. Gerakan mengalahkan MCA di Pulau Pinang. Kita rasa amat bimbang kerana hari ini polarisasi kaum semakin menabal dalam arena politik.

Sokongan pengundi Cina kepada DAP akan menjadi lebih kental jika Pakatan Rakyat "terbubar". Kemelut yang melanda PKR adalah antara punca orang Cina lebih kuat menyokong DAP. Orang Cina sokong PR hanya kerana DAP. Parti-parti Cina BN, termasuk parti-parti negeri di sarawak, semakin ditolak oleh orang Cina.

Dasar "stick and carrot" Perdana Menteri Mohd Najib tidak akan mengubah sikap pengundi Cina untuk menyokong BN. Setahun lalu PM Najib membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Orang Melayu marah. Sampai sekarang rayuan dihidupkan semula MECD tidak dilayan manakala syarat-syarat pemilikan saham di bawah ICA dilonggarkan dan lesen judi bola sepak (football pool) diberikan semula.

Orang Cina akan ambil apa saja yang Najib dan Mahyuddin bagi sebab bagi mereka itu adalah HAK mereka. Their rights. Tapi bila Melayu menuntut agar hak mereka dilindungi, mereka dituduh racist, ultra, kroni dan pengemis.

Meminjam ungkapan popular pelawak Nabil -- Lu fikirlah sendiri!

No comments:

Post a Comment