MEMBER'S

Thursday, March 11, 2010

PARTI GERAKAN KELUAR BN ?


Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."

"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."

Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".

Dimanakah letaknya kesetiaan beliau sebagai seorang Ketua Pemuda sebuah parti dalam komponen BN yang sepatutnya sama-sama berusaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN terutama kaum cina.

Sepatutnya beliau selaku anak kepada bekas Presiden Gerakan Lim Keng Yaik dapat membantu BN dan Perdana Menteri dan sanggup susah sama susah dan senang sama senang dengan parti komponen yang lain memulihkan parti dan memastikan BN terus mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mungkinkah ini satu ugutan beliau supaya beliau terus dipilih sebagai calon jika berlakunya pilihanraya kecil Parlimen Batu. Beliau adalah calon BN yang tewas kepada Tian Chua dalam pilihanraya yang lepas. Ini adalah kerana ada ura-ura mengatakan calon BN yang akan dipilih jika berlaku PRK ialah dari UMNO.

Selepas PRU ke 12 yang lepas suasana politik negara tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Politiking berlebih-lebihan menyebabkan rakyat mula bosan dan jelek. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.


2 comments:

  1. Kalau lah benar GERAKAN beriya-riya nak keluar dari maka sebagai Penegrusi BNm DSDNTR wajib menyempurnakan hasrat mereka.. lagi pun kerusi yang dimenangi oleh wakil GERAKAN cuma ..?? Jadi tak pelru takut. Ini lah masa nya UMNO bertindak kerana mereka ini tidak setia dan sentiasa mengugut MELAYU supaya memberi dan memenuhi apa sahaja kehendak mereka.

    Jangan dilewatkan .. wahai pemimpin Melayu - UMNO buat keputusan egera wal;au pun pahit kerana kita sendiri telah melihat dengan jelas permainan bukan Melayu yang sentiasa bersatu atas nama bukan melayu dan ingin menyerapkan idealogi baru dalam peta politik Malaysia

    ReplyDelete
  2. Gerakan adalah lidah DAP dlm BN.
    mereka igt skrg adalah masa sesuai utk keluar dr BN, padahal mereka lupa bahawa skrg adalah masa sesuai utk BN menerajang mereka kembali ke pangkuan DAP.
    Melayu perlu bersatu utk menghadapi kesatuan cina komunis spt ini!!!

    ReplyDelete