MEMBER'S

Tuesday, November 8, 2011

MARINA SOKONG MERDEKA SEKSUALITI


Marina menconteng arang ke atas muka ayahanda, Tun Dr Mahatir Muhamad, janganlah kerana emosi... Marina sanggup memalukan keluarga dengan tindakan sebegini rupa! Marina perlu ingat bahawa Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri, dan Dato' Mukhriz seorang Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz yang juga bersama Umno..

Statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri Malaysia, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menjadikan dia mempunyai nilai politik yang tidak mungkin dilepaskan Pakatan.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 yang turut mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.

Kali ini, Marina membuat kenyataan menyokong Ambiga kerana bagi beliau, selagi sesebuah Program tidak mendatangkan sebarang kekacauan yang boleh menggugat keselamatan Negara, ianya dianggap tidak salah disisi undang? Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak ambil tindakan kak oi!

Tak faham, apa yang Marina nak perjuangkan... Apa yang jelaslah kita lihat Marina menyokong sepenuhnya perjuangan kumpulan LGBT ini? Sebelum ini beberapa parti politik dan NGO Islam tampil membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 termasuklah dari parti UMNO dan PAS, kerana ianya diaangap sebagai Majlis seks songsang!

Tanpa Mahathir dibelakang namanya, Marina is nobody lah. Tanpa itu, Marina lebih kurang sama macam wanita liberal yang mengganggotai SIS yang juga turut bersekutu dengan Bersih 2 seperti dia.

Thursday, October 27, 2011

SANGGUPKAH KITA JADI BEGINI ???

Beginilah kehendak pemimpin DAPig



Mahu setiap rakyat datang menyembah kaki mereka, tunduk dan mengikut telunjuk mereka.


Adakah ini bentuk pemimpin yang kita hendak ??


Adakah ini yang dikatakan SAMA RATA SAMA RASA ??


Sanggupkah kita semua Rakyat Malaysia diperhambakan oleh pihak yang terang-terang menolak perpaduan, Cauvanis, menolak ISLAM sebagai agama persekutuan dan akan mengubah perlembagaan persekutuan jika mereka dapat memerintah negara satu hari nanti ??




Monday, August 8, 2011

SIAPA HADI NAK PANGGIL JAIS dan GEREJA METHODIST






Dalam kenyataan akhbar selepas pertemuan dengan Hasan Ali di Pejabat PAS pusat semalam Hj Hadi memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga PIHAK Gereja Methodist Damansara Utama untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar apa yang berlaku akibat dari Isu Serbuan JAIS ke Gereja tersebut.



Keterangan Hasan Ali tak boleh pakai ke ???



Siapa Hadi nak jumpa JAIS dan Gereja ???



Katanya untuk keadilan, tapi kenapa dalam kes LIWAT SHAIFUL Hadi taknak jumpa Shaiful ????



Apa perinsip keadilan yang Hadi pakai ?????



Adakah keadilan Hadi berpilih-pilih...(double standard)...




Hadi pakai perinsip keadilan Islam ke keadilan PAS ????






Tuesday, August 2, 2011

DR HARON DIN DAN AZIZAN RAZAK MASUK IJN



Timbalan Mursyidul Am parti PAS Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) serentak petang semalam.

Kedua-dua mereka difahamkan menghadapi masalah jantung.

Dr Haron Din akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.

Beberapa pemimpin kanan PAS dilihat telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali antara yang terawal bergegas ke IJN.


Sama-samlah kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan keatas mereka dapat berjalan lancar.

Dalam pada itu tidak lupa juga marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan Perdana Menteri yang kita sayangi Dato Seri Mohd najib Tun Razak yang akan menjalani pembedahan kecil lutut beliau hari ini semuga semuanya berjalan dengan baik dan sempurna.


Monday, July 4, 2011

TITAH KHAS SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG


Teks penuh titah khas SPB YDP Agong mengenai perhimpunan haram berSHIT


Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.


Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.



Komen Warispurba : Tuanku telahpun menyampaikan titah KHAS kepada semua rakyat dibawah lindungan payung tuanku supaya tidak terlibat dengan perhimpunan HARAM berSHIT yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Oleh itu Warispurba mencadang kepada mereka yang masih berdegil juga hendak meneruskan perhimpunan tersebut, LUCUTkan saja kerakyatannya. Carilah negara lain yang lebih baik dari Tanah bertuah bumi Malaysia tercinta ini.

Friday, July 1, 2011

HARAM SERTAI PERHIMPUNAN berSHIT














Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini. Ini amat bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustadz Haron Taib dan Pesurujaya PAS Negeri Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man yang meWAJIBkan ahli PAS supaya menyertai perhimpunan haram tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh. ”Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik. “Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita,” katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu. Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

“Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan ’syura’ (berbincang). Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara. Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru.

“Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.

Thursday, June 30, 2011

WARDINA TERJEBAK BERSHIT

Sudah beberapa kali sebenarnya Wardina Safiyyah muncul dengan isu kontroversi. Dan sebelum ini, walaupun Wardina Safiyyah dilihat bersama-sama Nik Abdul Aziz mahupun kepimpinan PAS, kebanyakan blogger tidak memberikan perhatian sangat kerana seperti yang diperkatakan, para pemimpin PAS termasuklah Nik Abdul Aziz bukanlah musuh yang wajar dibenci, sebaliknya mereka hanya ‘ditegur’ dan adakalanya lebih banyak bersifat ‘disakat’.

Namun apabila Wardina Safiyyah memilih untuk muncul bersama Nik Nazmi dan kepimpinan PKR, dia sebenarnya telah melakukan satu kesilapan paling besar. Kebanyakan blogger pro-UMNO sebenarnya tidak boleh menerima langsung mana-mana pemimpin PKR walaupun mereka cuba menunjuk baik atau cuba jadi malaikat.

Di situlah kelemahan Wardina Safiyyah. Satu perkara yang mungkin Wardina Safiyyah kurang mencermati ialah, majikannya adalah Media Prima Berhad. ‘Majikan’ Media Prima Berhad pula adalah UMNO yang memiliki saham terbanyak dalam konglomerat media itu. Secara tidak langsung, Wardina sebenarnya adalah kakitangan UMNO.

Walaupun diberikan kebebasan dan tidak terlalu menonjol sokongan kepada pihak yang diminati, Wardina Safiyyah seharusnya lebih berhati-hati dalam hal ini. Mengatakan bahawa dia bukanlah orang biadap yang akan menolak bertemu dengan Azmin Ali sebenarnya tidak cukup untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang tuduhan dan syak wasangka. Dan mengatakan Nik Nazmi telah MEMPERDAYAKANNYA dengan membawa dia bertemu dengan Azmin Ali juga, tidak cukup untuk menunjukkan dia tidak ‘bersalah’ dalam hal ini.

Sebagai seorang selebriti dan tumpuan ramai, sudah tentulah lensa-lensa kamera akan terarah kepadanya. Apatah lagi jikalau Wardina Safiyyah berada di kalangan manusia yang paling dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia. Sebarang pertemuan mesra, pastinya akan mewujudkan persepsi, Wardina Safiyyah adalah penyokong Azmin Ali, kalau tidak pun Pakatan Pembangkang.

Dan ditambah pula dengan kehangatan BERSIH 2.0 yang didokong oleh Azmin Ali dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, Wardina sekadar menempah malang yang tidak berkesudahan sekiranya tidak benar-benar membersihkan dirinya daripada palitan noda dan dosa ini.

Penulis sebenarnya tidak menyalahkan Wardina Safiyyah. Mungkin dia memikirkan sebagai seorang selebriti apatah lagi ada permintaan ke atas dirinya, Wardina Safiyyah tampil dalam majlis yang disertai oleh kawan baiknya, Nik Nazmi. Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti yang bertanggungjawab, Wardina Safiyyah tentu sekali perlu MEMBUAT SARINGAN yang lebih ketat dan menjangkakan berita apa yang akan keluar tentang dirinya.

Justeru apabila Wardina Safiyyah membuat keputusan untuk ‘bercuti’ selama dua bulan dalam satu sidang media dengan wajah tertekan, sebenarnya ia tidak akan mengurangkan kemelut yang sedang dihadapinya, kecuali dia benar-benar bercuti dan membetulkan semula persepsi buruk yang sedang dihadapinya.

Kecualilah kalau Wardina Safiyyah benar-benar berminat dengan Pakatan Rakyat dan menyokong BERSIHT..

Wednesday, June 22, 2011

POLITIK KOTOR DIJALANRAYA


KOTOR 2: POLITIK JALANRAYA

Kalau benar tak bersih
bagaimana mereka menang 5 negeri
nafikan dua pertiga majoriti
boleh jadi montori besau laie!

Kalau benar tak bersih
letak lah jawatan
bubarkan dewan
biar rakyat tentukan!

Diberi stadium tidak mahu
appointment dengan Istana
langsung tiada yang tahu
SPR ajak bincang ditolak tanpa malu

Apa niat mereka?
Mahu berhimpun dijalanraya
mereka tidak berminat dengan pilihanraya
tetapi politik rimba dijalanraya

biar berlaku rusuhan
lagi bagus ada tangkapan
dan tembakan
lalu mereka akan melaung melolong
ini kerajaan zalim perlu dijatuhkan
dataran tahrir mahu di ulangkan
taktik rusuhan mahu diciplakkan

agar hanyir DNA bisa tenggelam
agar jam Omega tidak kedengaran
agar China-doll dilupakan
karung kunyit Saiful dikambuskan
mahu saja Eskay dihapuskan
dan videoklip dipadamkan
agar belalai terus bisa memuntahkan!

Kita menentang bukan kerana mereka Hindu!
Kita menentang bukan kerana mereka Melayu!
Kita menentang bukan kerana mereka Cina, Kadazan atau Bidayuh!
Kita menentang bukan kerana keagamaan,
atau api-api perkauman

Tetapi kita menentang mereka
kerana mereka pengkhianat & petualang
yang mahu memporak-perandakan negara
meliwat keamanan kaum berbilang
merakus Putrajaya secara haram!

bila rusuhan Melayu pasti kesusahan
bila kekacauan Cina pasti keperitan
bila gangguan India pasti kedukaan
ini bukan soal agama
atau perkauman
tetapi soal keamanan & keselamatan

bangkitlah rakyat tentanglah petualang
bangunlah umat cegah kemungkaran
bangunlah Melayu suarakan bantahan
bangunlah Cina pertahankan keharmonian
bangunlah India pastikan keamanan
jangan dibiar para petualang
jangan dibenar politikus jalang
menyepak terajang
tamadun yang cemerlang
negara yang terbilang

Bersatu rakyat
berpadu umat
menghapuskan maksiat
menentang politik lalat
jangan biar diri diperalat
oleh pendendam kesumat
politikus musibat!

PAKATAN HARAM, PERHIMPUNAN HARAM, CINA DOLL HARAM



PAKATAN HARAM yang dah kemaruk untuk merampas Putrajaya CARA KOTOR daripada BN mengakui mereka tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan BN dengan cara pilihanraya biasa kerana sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) adalah tidak adil dan tidak bersih. Itulah dakwaan PAKATAN HARAM tersebut sedangkan mereka lupa, jika SPR tidak adil, kenapa PAKATAN HARAM dapat memerintah di P. Pinang, Kedah, Selangor, 11 bulan di Perak dan sudah lebih 20 tahun di Kelantan dengan sistem pilihanraya yang ada sekarang ?




Jika PAKATAN HARAM menang, SPR baik tetapi jika sebaliknya adakah SPR tidak adil, sedangkan sistem pilihanraya yang diamalkan dinegara kita diiktiraf antara yang terbaik didunia.



Apa tujuan PAKATAN HARAM ini hendak mengadakan PERHIMPUNAN HARAM dengan mengumpul beratus-ratus ribu rakyat hanya sekadar untuk memberitahu bahawa pilihanraya yang kita amalkan selama ini tidak adil dan bersih sedangkan pekara tersebut boleh dibawa secara betul melalui Dewan Rakyat kerana PAKATAN HARAM tersebut ada wakil mereka di Dewan Rakyat.




Sebenarnya tujuan PAKATAN HARAM untuk mengadakan PERHIMPUNAN HARAM adalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes VIDEO CINA DOLL HARAM yang menghantui pemimpin beRNAFSU BESAR nak jadi PM MALAYSIA.




PAKATAN HARAM mahu membawa rakyat berdemo secara haram dan menjatuhkan serta merampas kerajaan secara HARAM dengan mengambil contoh suasana politik di Mesir, Tunisia, Libya dan sebagainya. Rakyat harus bijak menilai dan membuat pilihan adakah kita mahu negara kita ini hancur dan huru hara desebabkan untuk menjaga dan melindungi seseorang individu bermasalah ? Jangan rosakkan masa depan negara dan genarasi anak cucu kita dimasa akan depan.




INGATLAH BANGSAKU....PERHIMPUNAN HARAM berSHIT akan memusnahkan segala perancangan dan pembangunan yang kita telah kecapi selama ini. Janganlah kita menjadi penyumbang kepada kemusnahan negara kerana kita akan dilaknati dan disumpah oleh anak cucu kita suatu hari nanti.

Thursday, January 6, 2011

ANWAR ALIH TUMPUAN KES LIWAT TERHADAP MOHD SAIFUL








AnWAR memang bijak dan licik bermain politik fitnah dan adu domba untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes LIWAT beliau terhadap Saiful yang sedang hangat dan sedang dalam perbicaraan dimahkamah. Caranya AnWar menyerang dan memfitnah Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang ternayata telah terbukti berkesan menolak segala cerita palsu beliau dan pihak pembangkang selama ini dengan penerangan-penerangan bersemuka kakitangan agensi-agensi dibawah kementeriannya.

Untuk memburuk dan menjatuhkan kredebiliti KPKK dan juga agensi dibawahnya maka AnWar telah memburukkan dan memfitnah menterinya dengan tuduhan liar memperkosa amah rakyat Indonesia yang langsung tidak masuk akal. Ini kerana kalau dilihat kemana saja Dato Rais pergi ia sentiasa ditemani oleh isteri beliau.

AnWAr merasakan Rais dan KPKK mesti diburukkan kerana kementerian inilah yang mempunyai kemampuan menjelaskan segala kepalsuan dan kebobrokan beliau dan pembangkang dalam setiap isu yang mereka adakan. Ini juga strategi AnWAR dan pakatan rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 yang akan datang supaya rakyat akan menolak segala penerangan dan penjelasan yang akan diberikan oleh kementerian dan kakitangan agensi-agensinya.

AnWar menggunakan penulis-penulis blog liar yang diupah untuk memburukkan Rais dengan cara tak bermoral tanpa mengikut lunas undang-undang Negara. Ini dibuktikan lagi dengan desakan Ketua Wanita KeADILan ZURAIDA KAMARUDDIN yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak agar PM menganggantung tugas Dato Rais dari kabinet serta merta yang disiarkan oleh suara-keadilan.com.

Dato Rais telah menafikan segala tuduhan terhadap beliau dan beliau sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa supaya menyiasat pekara tersebut mengikut lunas undang-undang Negara sedangkan AnWAR sentiasa tidak memberikan kerjasama dan sering menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwat beliau terhadap Mohd Shaiful dengan bermacam-macam alasan dan permintaan. Kes liwat ini adalah antara beliau dengan Mohd Shaiful yang mahukan keadilan sebenar dapat dibuktikan.

Budaya politik kotor Fitnah Memfitnah, adu domba, laga melaga, politik wang serta politik tikam belakang, jual dan gadai kepentingan bangsa, gadai maruah agama asal menghalalkan cara semuanya sudah sebati dengan AnWAR demi untuk mencapai matlamat beliau menjadi Perdana Menteri.

Thursday, November 11, 2010

DAP PEROSAK KEHARMONIAN KAUM



Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap,DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.

Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”

Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.

“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.

“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.

“Perlembagaan negara jelas mengiktiraf bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”

Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.

“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”

Monday, November 8, 2010

ZAID LETAK JAWATAN, PKR MAKIN TENAT

ZAID IBRAHIM mengumumkan meletak semua jawatan dalam PKR dan menarik diri dari bertanding Timbalan Presiden PKR. Keputusan itu dibuat kerana beliau tidak puas hati dengan proses pemilihan parti yang tidak telus dan bercelaru. Beliau telah menyatakan beberapa kali kepada pihak pucuk pimpinan parti tetapi tiada usaha untuk membetulkan keadaan tersebut.

Setelah berada lebih 18 bulan dalam PKR beliau merasakan terlalu banyak kepincangan yang terdapat dalam PKR dan tidak teragak-agak untuk membuat keputusan melepaskan semua jawatan termasuk Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan.

Zaid seorang bekas menteri era Pak Lah, hatinya masih dekat dengan UMNO dan BN tetapi kerana mempertahankan ego dan nafsu beliau menyertai PKR. Sekarang beliau telah mengetahui dan nampak sebanarnya apa yang berlaku dalam PKR amat teruk dan beliau telah nampak bahawa PKR berada dalam tenat dan diambang kehancuran.

Soalnya kemana arah Zaid selepas ini ??? Kembali kepada UMNO ?? Menyertai DAP atau bersama-sama Tok Guru Nik Aziz dalam PAS ???

Dilihat DAP lebih berminat untuk menerima Zaid kerana ia sebagai satu strategi menghadapi PRU 13 nanti . DAP mahu seramai mungkin orang melayu bersama mereka dan bertanding dalam pilihanraya kerana mereka ada pengalaman di Negeri Perak walaupun mereka mempunyai kerusi lebih tetapi mereka tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana undang-undang tubuh kerajaan negeri telah meletakkan bahawa seorang Menteri Besar mestilah dikalangan orang melayu.

Jika beliau mahu bersama Tok Guru, adakah beliau akan diterima oleh kepimpinan PAS yang lain, bagaimana dengan Husam ??

Soalnya sekarang Zaid sedang mencongak-congak kemana arah lompatan beliau selepas ini.

Monday, October 11, 2010

TRANSFORMASI UMNO / BN


UMNO dan BN pasti kembali disokong majoroti orang Melayu jika ia kembali kepada perjuangan asalnya demi agama, bangsa dan negara iaitu dengan membersihkan identitinya daripada pemimpin yang korup, gila kuasa,sombong, bongkak, tidak bermaya dan panaskan kerusi sahaja.

Dato Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN mesti lebih jelas tentang perjuangannya untuk orang Melayu kerana situasi politik Malaysia amat mudah diyakni jika UMNO kuat atas sokongan orang Melayu, maka kaum-kaum dan parti komponen BN lain juga akan turut kembali menyokong BN kerana mereka mahu kerajaan yang kuat dan dapat menjamin keamanan dan peluang mereka mencari makan dan membuat kekayaan.

Maka sudah sampai ketikanya PM melihat kepada kabinetnya yang dewasa ini dipenuhi para "have-beens" yang tidak lagi bermaya dan berinitiatif. Menteri era
Abdullah dan Mahathir yang tidak lagi berdaya maju dan dicemari dakwaan korupsi perlu segera dikeluarkan.

Dato Seri Najib harus berani menaikkan pangkat pemuka-pemuka muda yang berwibawa ke taraf menteri dan menteri besar seperti Mahathir melantik beliau MB Pahang pada usia sekitar 30 tahun sahaja. Kabinet Najib yang dipenuhi menteri era Mahathir dan Abdullah perlu ditransformasi supaya memberi nafas dan situasi bari politik Negara.

1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan transformasi tidak bermakna kalau kaum majoriti Melayu dan Bumiputra terus terpinggir dan melarat di bumi senddiri. Social justice erti memjamin kesejahteraan majoriti rakyat tanpa mengira kaum. Kebetulan majoriti umat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputra.

Monday, October 4, 2010

AZMIN ALI ATAU ZAID IBRAHIM




Dua-dua tak boleh pakai !!!!

I am not bothered so much. I have already written-off both of them. Politically, I don't "fancy" them.
My personal opinion there is nothing much to acknowledge them as political force to be reckon with. I don't have high respect for both of them as political leaders. Tak ada oomph !!!!
Zaid tak ada prinsip seperti kacang lupakan kulit !!! Azmin hanya berpaut kat Anwar!!
Biaq pi depa lawan sampai mampuih.Kedua-dua jadi kaya kerana UMNO tetapi hari ini dpa kencing merata jalan kata konon UMNO jahat dan tak adil!!

Depa akan buat apa saja untuk temolok depa sampai perut buncit. Depa sanggup tengok bangsa Melayu berpecah. UMNO berjaya satukan Melayu dan menerajui politik Negara sehingga orang Melayu berjaya berada segenap bidang .
Akhirnya depa jadi pencacai dan mencanangkan agenda poltik Anwar yang kotor lagi busok serta meloyakan. Satu hari nanti depa akan sedar kesilapan mereka dan sudah jadi bubor yang busok.
Semoga kedua-dua mereka hancur dalam poltik negara ini. Mereka adalah duri dalam daging kepada bangsa melayu..

Wednesday, September 29, 2010

UMAR ABDUL AZIZ MENIPU RAKYAT ??

Kata wang Hasil Penjimatan Wang Kerajaan....tapi rupanya dari hasil JUDI....Tipu..tipu..RAKYAT DI TIPU...

Saya melihat Ketua Menteri Pulau Pinang menipu orang , dan ramai yang kena kencing, termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri. Dulu Ketua menteri itu kata pemberian RM100 kepada warga tua itu hasil penjimatan kerajaan negeri pimpinannya, tapi hari ini tiba-tiba dilaporkan wang itu adalah sumbangan dari Kelab Lumba kuda Pulau Pinang.

Hem nampak tipu tak? Dulu kata wang penjimatan, konon kerajaan negeri pandai simpan tapi rupanya bukan penjimatan tapi sumbangan dari orang. Kemudian tipu lagi konon wang itu diasingkan.

Kalau betul [UTF-8?]asingkan… kerajaan negeri kena ada dua akaun, satu tabong dari hasil negeri dan satu lagi tabong dari derma. Tapi pernah dengarkah ini ade? Lagipun dalam undang-undang bahawa hasil yang disatukan wang itu boleh dimasukan dalamnya dari derma? Lagi satu bagaimana pula ade diskriminasi orang islam dapat batuan dari wang hasi negeri, sementara bukan islam dari derma. Adilkah ini? Tidak tipukah?

Ini macam betul betul serupa Lee Kuan Yew bikin tipu. Belum jadi Ketua Menteri, dia kata pengamal ekonomi sosialis, tapi bila rakyat menangkan jadi Ketua Menteri (sekarang Perdana Menteri) Singapore, dia jadi kerajaan kapitalis, rakyat ditindas dan ditangkap.