MEMBER'S

Friday, July 1, 2011

HARAM SERTAI PERHIMPUNAN berSHIT














Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini. Ini amat bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustadz Haron Taib dan Pesurujaya PAS Negeri Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man yang meWAJIBkan ahli PAS supaya menyertai perhimpunan haram tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh. ”Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik. “Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita,” katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu. Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

“Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan ’syura’ (berbincang). Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara. Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru.

“Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment