MEMBER'S

Friday, December 5, 2014

DAP KEBAL ?????

Parti Alternatif Rakyat (PaP) mempersoalkan ‘kekebalan’ yang seolah-olah dinikmati DAP kerana tiada sebarang amaran keras serta keputusan muktamad dibuat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kemelut yang sedang dihadapi parti tersebut. Presiden Penaja PaP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, pemimpin DAP masih bebas menjalankan urusan parti di sebalik keraguan tentang keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlarutan sejak dua tahun lalu. Menurutnya, DAP yang ketika ini 'berfungsi' dalam keadaan status diragui menyebabkan rakyat negeri ini berada dalam dilema berhubung urusan pentadbiran negeri. Antaranya tambah beliau, berhubung beberapa keputusan meragukan seperti menaikkan tarif air, cukai pintu dan menandatangani projek mega termasuk pembinaan terowong dasar laut. “Semua perkara itu diputuskan dalam keadaan pemimpin DAP tidak diiktiraf jawatan mereka dan lebih memburukkan keadaan ROS seolah-olah berdiam diri walaupun berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sehubungan itu, Zulkifli berkata, PaP mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi campur tangan sekali gus menyelesaikan isu membabitkan DAP dan ROS. Menurut beliau, pihaknya bimbang Kementerian Dalam Negeri tidak mendapat maklumat tepat berhubung kemelut CEC DAP daripada ROS selain bimbang ada pihak-pihak tertentu di dalam ROS sendiri tidak menyalurkan maklumat tepat kepada kementerian tersebut. Berhubung urusan pentadbiran parti pula, Zulkifli membangkitkan tindakan pemimpin dan pemegang jawatan CEC yang tidak diiktiraf dalam membuat keputusan penting. “Antaranya keputusan berhubung watikah pelantikan calon DAP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan,” katanya. Katanya, dalam tempoh ber­kenaan juga, ada ahli baharu didaftarkan serta dipecat selain DAP bebas mengutip dana melalui penganjuran majlis makan malam serta mengadakan konvensyen peringkat negeri. “Terbaharu, saya dimaklumkan DAP akan mengadakan konvensyen kebangsaan pada 7 Disember ini di ibu negara dan amat menghairankan tiada langsung tindakan dalam bentuk amaran daripada ROS,” katanya. Sementara itu, Setiausaha PaP, Rahmad Isahak berkata, status DAP sebagai pentadbir di negeri ini juga menimbulkan persoalan kerana hanya bersifat wakil rakyat Bebas sahaja. Katanya, barisan kepemimpinan negeri sepatutnya diisi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sementara menunggu keputusan siasatan ROS.

1 comment: