MEMBER'S

Friday, December 5, 2014

PKR TARAKKKK NYANJIII...MAU KASI TIMBALAN SPEAKER DUN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan pernah bersetuju serta mengadakan perjanjian untuk memberikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada DAP. Mohamed Azmin Ali Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian sedemikian tidak wujud sama sekali selain tidak pernah diputuskan oleh majlis pimpinan pusat pakatan pembangkang. Sebaliknya beliau memaklumkan isu jawatan Timbalan Speaker DUN yang dituntut oleh DAP hanya satu cadangan daripada parti itu yang pernah dibangkitkan semasa perbincangan majlis pimpinan pusat sebelum ini. “Tidak timbul soal janji. Kalau betul sudah janji, tidak perlulah kita bincang lagi. “Isu jawatan ini adalah cadangan daripada DAP yang dibangkitkan oleh Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor). Sepatutnya perkara baharu seperti itu perlu diputuskan oleh majlis pimpinan pusat,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor kepada pemberita, di sini hari ini. Penjelasan Mohamed Azmin itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Setiausaha DAP, Ng Suee Lim pada 1 Disember lalu yang menuntut satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN dilantik daripada wakil mereka sebagaimana yang diberikan kepada Pas yang diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Mohd. Shafie Ngah. Malah, Suee Lim turut mengakui wujudnya perjanjian untuk memberikan jawatan tersebut kepada DAP selepas tamat krisis Menteri Besar sebelum ini selain mendapat persetujuan daripada majlis pimpinan pusat pakatan pembangkang. Sementara itu, Mohd. Shafie ketika ditemui menyatakan beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai kewujudan persetujuan berhubung cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Speaker DUN II. Beliau turut berpendapat cada­ngan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar.

No comments:

Post a Comment