MEMBER'S

Friday, September 4, 2009

PERUBAHAN IKLIM POLITIK UMAT ISLAM MALAYSIA (1)


DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP) ???

Sejarah asal penubuhan parti DAP yang merupakan cawangan Semenanjung Malaysia dari Parti People Action Party (PAP) yang beribupejabat di Singapura yang dipimpin oleh Presiden Lee Kuan Yew semasa Singapura berada dalam Malaysia pada tahun 1963 -1965. Setelah Singapura keluar dari Malaysia nama cawangan parti tersebut telah ditukar kepada Democratic Action Party (DAP). Ia merupakan sebuah parti CAUVINISME (ekstrimis) perkauman keturunan Cina.

"PAS AMAT KENAL DENGAN DAP DAN DAP AMAT MENGENALI PAS"

Kita cuba lihat daripada fakta kajian dan sejarah bagaimana kaedah atau sistem PAP memerintah Singapura selepas keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Dimanakah kedudukan orang melayu penganut agama Islam yang merupakan 30% populasi penduduk Singapura ? Orang melayu hanya diberi kesempatan memegang jawatan rendah dalam sektor awam dan swasta Singapura. Sama juga dengan sektor swasta dinegara kita yang dikuasai kaum Cina. Azan Sholat dari Surau dan Masjid juga tidak dibenarkan sama sekali menggunakan pembesar suara. Pelajar-pelajar perempuan Islam tidak dibenarkan menutup aurat (bertudung) mereka untuk kesekolah sehinggakan terpaksa ibubapa mereka menghantar anak-anak mereka belajar di JOHOR.

Orang Melayu hanya diberi satu jawatan Menteri Kabinet sahaja dalam kerajaan Singapura iaitu Menteri Air. Itupun kerana kepentingan urusan AIR dengan Malaysia berbanding dengan kaum India (10% populasi penduduk Singapura) yang diberi 4 jawatan Menteri dan seorang Presiden Singapura. Inilah polisi-polisi yang ditetapkan kepada orang Melayu di Singapura.

PERUBAHAN POLITIK MELAYU MALAYSIA JANGANLAH SAMPAI SEPERTI SINGAPURA
JANGAN KITA SESAL DIKEMUDIAN HARI.

bersambung......

1 comment:

  1. Salam, Nik Aziz kata, Lee Kuan Yu adalah idola yang bakal membantu PAS memrintah negara, seterusnya menjadi Presiden Malaysia yang pertama.

    PAP dan DAP akan menjadi PEDAP kalau mereka dapat berkuasa di Malayisa, ini bermaksud, mereka akan pedap orang Melayu macam di Singapura.....

    ReplyDelete