MEMBER'S

Thursday, September 10, 2009

KES KEPALA LEMBU SEGERA, HINA LAGU NEGARAKU, HINA ISLAM, HINA RAJA BILA NAK DAKWA ?



KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen.
Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.

Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?

Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?

Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?

Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.

Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat!

5 comments:

  1. Salam, inilah yang terjadi, pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan penguatkusaan seolah-olah takut dengan pembangkang untuk menjalankan tindakan, sedangkan Polis, SPRM, sistem Mahkamah tetap menjadi bahan hinaan puak-puak ini.

    Mereka seolah-olah lebih menghurmati pembangkang dari kerajaan yang memerintah....

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Dalam kes kepala lembu begitu cepat didakwa oleh Mahkamah. Kes yang menghina islam dan mencabar agama islam masih tidak didakwa.
    Sepatutnya kes tersebut diambil tindakan yang berat supaya pihak-pihak yang menimbulkan kemarahan orang islam tidak diambil tindakan manakala dalam kes menghina agama hindu begitu cepat di ambil tindakan fikir-fikirlah......

    ReplyDelete
  3. Kes menghina Islam barangkali hanya tuduhan dan persepsi, tapi kes memijak kepala lembu adalah satu realiti. Mana yang wajar didahulukan pendakwaannya?

    ReplyDelete
  4. jangan biar kadok naik junjung......pembankang buat silap tangkap....isu syurga oleh n. aziz kerajaan tak ambil tindakan patutnya msukkan ke dalam ISA atau akta lain yang sepadan.

    ReplyDelete