MEMBER'S

Saturday, May 8, 2010

NEGARA ISLAM.....MAMPUKAH PAS TEGAKKAN ???



Matlamat PAS untuk menegakkan negara Islam, Kelantan sudah berada dalam genggaman PAS sejak sekian lama, mengapa masih belum dapat tegakkan negara Islam di Kelantan?

Nak tunggu dapat satu Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak) baru nak tegakkan negara Islam??

Mengikut sejarah, Rasulullah menegakkan negara Islam yang pertama, Negara Madinah. Madinah hanyalah sebuah bandar dalam negara Arab Saudi. Rasulullah tidak menunggu sehingga dapat satu Arab Saudi untuk menegakkan Islam yang pertama.

Di Indonesia, wilayah Acheh , kerana golongan yang berkuasa di Acheh berusaha untuk menegakkan negara Islam Acheh, mereka berusaha untuk mengeluarkan Acheh dari Indonesia sehingga menuntut kemerdekaan Acheh (usaha menubuhkan negara merdeka Acheh).

Adakah dengan bersekongkol dengan DAP sebuah parti cauvanis yang memperjuangkan kaum cina di Malaysia dan merupakan serpihan dari PAP parti pemerintah di Singapura yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam, mampukah PAS meneruskan hasratnya untuk menegakkan Malaysia sebagai negara undang-undang Islam sepenuhnya ?? Atau hanya perjuangan RETORIK POLITIK semata-mata.

3 comments:

  1. Barangkali tunggu lampu hijau dari Karpal Singh

    ReplyDelete
  2. Kalau perjuangan hanya sebagai satu slogan untuk menagih sokongan dari kalangan orang Melayu.....tak payahlah bersikap munafik.

    ReplyDelete
  3. tujuan PAS itu mulia.. cuma sekarang pemimpin2 tertingginya sudah gila kuasa.... PAS sudah di konkong DAP.. buktikan tidak wahai pemimpin PAS.. !!! jika ada benar memperjuangkan ISLAM.. tinggalkan DAP.... kalau tidak PAS akan dikuburkan ...

    ReplyDelete