MEMBER'S

Monday, March 8, 2010

AnWar Lobi Ku Li Masuk PKR ?

Dalam keadaan parti yang kelam kabut dan ramai yang sudah meninggalkan parti serta cemas menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah Anwar masih menaruh harapan untuk manyambung talian hayat politik beliau dengan berusaha mengheret dan melobi Tengku Razaleigh agar keluar parti atau "melompat" ke PKR sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, dalam perundingan yang terbaru, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dikatakan sendiri bersemuka dengan Tengku Razaleigh. Menurut sumber, apa yang dibincangkan termasuklah keahlian UMNO Tengku Razaleigh dan peranannya sebagai ahli dewan rakyat bebas di Parlimen.

Ada sumber yang memberitahu MerdekaReview bahawa perbincangan tentang keluar parti belum mencapai persetujuan; namun ada juga sumber yang mendakwa bahawa muafakat telah dicapai antara Tengku dengan PKR, iaitu beliau akan memainkan peranan sebagai ahli parlimen bebas semasa persidangan pada Mac 2010.

Tengku dijangka akan mengambil ketetapan dirinya, yang bercanggah dengan pendirian UMNO, misalnya dalam usul pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

3 comments:

  1. Salam bro, Ku Li sejak dulu lagi bercita-cita menerajui kerajaan....... bila dia nampak kononnya UMNO dan goyah, macam biasalah dia mula cari tapak.......

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya orang seperti Ku Li menjadi sebagai penasihat dan pembimbing parti....Cukuplah sekali menjadi pemusnah kepada parti yang selama ini sudah terbukti memang membela agama Islam, bangsa dan negara. BERTAUBATLAH...

    ReplyDelete
  3. dah tak betul buat ape sokong umno

    ReplyDelete