MEMBER'S

Wednesday, January 9, 2013

NIK AZIZ JATUH KUFUR ??

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam (berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam) juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara. Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama. Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran,"

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan."Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.

Kalau insan sehebat Datuk Dr. Haron Din sendiri yg memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri xmampu utk menahan tindakan Haji Hadi, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yg menyokong penggunaan kalimah Allah utk agama lain, apatah lagi kita.. subhanallah...

Mereka halalkan segala2nya demi utk menjatuhkan UMNO. Kami yg jahil ini sendiri merasa amat sedih dgn perkara ini, kenapa mereka xdapat faham apa agenda tersirat DAP sebenarnya??

"Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa kami kerana tidak mampu untuk pertahankan kesucian Mu dari dicemari oleh mereka2 yg mengaku beriman kepadaMu Ya Allah.. amin.."


2 comments:

  1. Assalamualaikum bro..

    Mohon di pautkan blog saya ini ye..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Semoga tali ukhuwah ter erat antara kita di alam maya..

    Anyway, sempoi blog bro.. Hebat..

    Tq bro..

    ReplyDelete
  2. salam.. mohon link http://bicarakelantan.blogspot.com tq!

    ReplyDelete