MEMBER'S

Thursday, January 12, 2012

TERBUKTI PAS IKUT TELUNJUK DAP

PAS Johor mengesahkan bahawa partinya bersetuju untuk memberi laluan kepada DAP di DUN Tenggaroh, Johor dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, DAP turut memaklumkan bahawa partinya akan meletakkan seorang calon keturunan Melayu untuk bertanding di kawasan itu.

Dalam satu temuramah bersama MerdekaReview, Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman (gambar kiri) mengesahkan bahawa PAS berjanji untuk memberi laluan kepada DAP di kawasan yang mana lebih 80% pengundinya terdiri daripada Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka FELDA. Mazlan menambah, untuk Barisan Nasional, DUN Tenggaroh dimiliki MIC, dan ini peluang untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kerjasama antara PAS dengan DAP.

Ini kawasan pertama yang dikesahkan setelah dikhabarkan bahawa perubahan akan berlaku dalam beberapa kawasan yang ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat, menjelang PRU 13. DAP, sebuah parti politik yang lebih tumpu untuk bertanding di kawasan bandar, kini akan bertanding di kawasan FELDA di pedalaman.

Sanggupkah orang melayu di kawasan Tenggaroh terutama peneroka FELDA menyokong calon dari DAP dalam PRU 13 nanti yang merupakan sebuah parti yang terang-terang hanya memperalatkan orang melayu demi untuk mendapatkan kuasa politik. Sejarah DAP adalah sebuah parti yang cauvanis dan tebal sentimen perkaumannya.

Jangan sampai orang melayu menang sorak kampung tergadai.

No comments:

Post a Comment