MEMBER'S

Tuesday, August 4, 2009

TOK DALANG PEROSAK NEGARA


SEDIH....sungguh rasanya koi melihat bangsa koi diperkuda oleh orang lain terkinja-kinja melalak ditengah jalan kononnya nak menghapuskan ISA. Mereka ditunggang oleh TOK DALANG-TOK DALANG yang mementingkan diri sendiri.

SAYANGNYA...bangsa koi tak sedar diri mereka tu kena tunggang dek orang lain.

Kenapa nak takut pada ISA kalau kita tidak melakukan pekara yang boleh mengancam keselamatan dan mengancam keamanan yang ada dalam negara kita ini. Wahai bangsaku... sedarlah ini semua agenda orang lain yang hendak melihat bangsaku orang melayu berpecah-belah. Mereka ini ingin melihat orang melayu tidak lagi menguasai dan memerintah negara kita Malaysia tercinta ini.

Ada TOK DALANG pula yang sengaja mahu mengalih pandangan rakyat daripada kes yang sedang beliau hadapi sekarang. Jadi beliau akan sentiasa cuba mencipta sesuatu isu supaya kes beliau ini akan ditangguh dan ditangguh sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti. Beliau akan timbulkan berbagai isu lagi selepas ini seolah-olah rakyat akan sentiasa melihat bahawa kerajaan pemerintah hari ini sudah tidak releven lagi memerintah.

Beliau kata ISA Zalim dan minta kita semua bantah ISA tetapi dia minta Mahkamah gugurkan kes beliau LIWAT SHAIFUL. Adakah itu tidak ZALIM?

Wahai bangsaku janganlah kita terpedaya dengan TOK DALANG-TOK DALANG yang sentiasa cuba merosakkan negara. Yang rugi adalah kita, bangsa kita, agama kita.

BERSYUKURLAH bangsaku...selama ini kita telah lama hidup dengan aman dan rukun dengan pemerintahan kerajaan yang ada pada hari ini. Telah terbukti KERAJAAN yang ada pada hari ini telah berjaya membawa negara dan rakyat negara kita kemercu kecemerlangan sehingga kita menjadi negara contoh dalam banyak pekara didunia.

2 comments:

  1. Salam,

    Macam tu lah dia memutar pujuk supaya ada anak muda rela serah bontot kat dia.......

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Semasa dalam kerajaan BN dahulu dia tidak memperjuangkan bangsa lain dalam negara ini tetapi bila ingin menjadi Perdana Menteri PR
    sanggup membela semua bangsa dalam negara. Ini semua dusta demi perjuangan peribadi beliau sahaja....Berfikirlah semua....

    ReplyDelete