MEMBER'S

Tuesday, August 18, 2009

NIK AZIZ UMPAMAKAN DIRINYA TUHAN




Menentukan seseorang itu samada masuk SYURGA atau NERAKA adalah pekerjaan ALLAH swt. Allah tidak pernah mewakilkan kepada sesiapa pun makhluk diatas mukabumi ini untuk menjalankan kerja NYA. Sedangkan para Rasul dan Nabi sendiripun tidak berani menentukan dan memberi jaminan Syurga atau Neraka, inikan pula Nik Aziz manusia biasa yang hanya bernafsu memenuhi serakah politiknya saja.

Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak masuk syurga kerana mengikut ajaran islam dari Palestin sedangkan orang umno tak pernahpun menyatakan mengikut ajaran Islam dari mana-mana kecuali mengikut ajaran islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sejak dari mulanya ajaran islam ujud di negara ini lagi. Orang umno juga konsistan dengan ajaran dan Hukum Islam yang sebenar tidak seperti Nik Aziz dan parti PAS yang boleh mengubah hukum-hukum agama mengikut kepentingan politik parti mereka.

Misalnya kalau dulu mereka menyatakan orang umno kafir kerana berkawan dengan Cina MCA tetapi hari ini hukum tersebut telah berubah kerana mereka lagi teruk boleh pula berkawan dengan cina DAP laknat yang terang-terang sejak dari dulu lagi menentang Islam. PAS juga boleh terima orang DAP yang hina Islam dengan alasan mereka tidak berapa faham dengan agama Islam.

YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA INI YANG SUDAH JAUH TERSESAT DEMI UNTUK KEPENTINGAN DAN KESUCIAN AGAMAMU YAALLAH...

7 comments:

  1. semua org nak cium bau syurga..tapi biarlah dari ajaran yang betul..habis org umno bukan islamlah..nyayuk ape nik aziz ni

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nik Ajis sudah mengaku dia pewaris Nabi, jadi dia bebas mengeluarkan fatwa.....

    ReplyDelete
  3. Salam Waris Purba;
    Nik Aziz membuat kenyataan media bahawa kenyataan beliau di putar belit oleh media.
    Sebenarnya saya mahu juga membuat pandangan dalam blog saya mengenai perkara ini.Tapi saya tidak boleh buat kenyataan kerana tidak tahu mana pihak yang betul.Media kebiasaannya memang seperti itu,banyak kenyataan yang di putar belit kan.Akhbar di negara kita tidak adil kerana berita pembangkang amat kurang. Hanya satu artikel sahaja untuk pembangkang. BN dapat kutuk pembangkang sesuka hati kerana akhbar di bawah jagaan mereka.
    Saya tertarik dengan ayat "Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak masuk syurga kerana mengikut ajaran islam dari Palestin sedangkan orang umno tak pernahpun menyatakan mengikut ajaran Islam dari mana-mana kecuali mengikut ajaran islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. sejak dari mulanya ajaran islam ujud di negara ini lagi. Orang umno juga konsistan dengan ajaran dan Hukum Islam yang sebenar tidak seperti Nik Aziz dan parti PAS yang boleh mengubah hukum-hukum agama mengikut kepentingan politik parti mereka."
    -Adakah UMNO betul2 mengikut politik cara "Rasululllah"?Rasuah itu budaya apa?

    ReplyDelete
  4. salam inilah kalau terlebih alim dari orang

    anyway



    SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

    SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

    SALAM SEJAHTERA

    ReplyDelete
  5. Saya akui,sebenarnya rasuah ni tak dapat dihapus.Tapi boleh dikurangkan.Negara kita tidak menjadikan rasuah sebagai dasar dalam pentadbiran negara?Kenapa tak siasat Dr.Khir? SPRM dan BPR kita tak tahu dia ikut arahan mana.Datuk Ali Rustam jelas "bermain dengan rasuah", kenapa masih dilantis sebagai Ketua Menteri Melaka. Banyak dakwaan rasuah melibatkan pemimpin BN,mana dia hasil siasatan? Kenapa kalau pemimpin pembangkang "bermain rasuah" bersiri-siri keluar berita di RTM dan TV3.Mana dia muka perasuah UMNO dan BN?Kita masih belum menuju kearah sebuah negara yang reform.

    ReplyDelete
  6. kenapa ye mereka yang anti kerajaan memang tidak ada isu lain nak dibangkitkan selain kerajaan mengamalkan rasuah.dari dulu sampailah skrg.takde isu lain ke?mmg tidak dinafikan mmg ada pemimpin kerajaan yg corrupt,tp menyokong pembangkang bkn cara terbaik nk betulkn keadaan.itu namanya memperjudikan nasib agama,bangsa,dan negara.dan sebenarnya,rasuah yang kritikal akan merosakkn ekonomi negara,sedangkan negara kita ni stabil dari segala segi.ini menunjukkan,pemimpin2 kerajaan menjalankan kerja mereka dengan baik.sekurang2nya mereka tak mempolitikkn agama dan tak berpolitik hny semata2 untuk kepentingan peribadi.itu yang akan merosakkan bangsa dan agama.fikir sendiri sedalam2nya,jgn pegi dgr ceramah politik haram,baru berfikir.memanglah otak dh kena basuh.berfikir secara terbuka,bijak dan logik dan matang,bukan protes.
    salam.

    ReplyDelete
  7. Salam,WP,

    Itulah sikap Nik Aziz yang dah tahu menilai
    dan ia menganggap lebih berkuasa dari Allah,
    yang berhak menentukan syurga dan neraka.
    Berfikirlah mana yang yang lebih berhak menengukan syurga dan neraka cuma tuhan yang tahu.

    ReplyDelete