MEMBER'S

Thursday, August 13, 2009

NIK AZIZ RESTU DAP HINA ISLAM

SATU DUNIA bangkit suarakan kemarahan pada karikatur NABI MUHAMMAD s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005.Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agama Islam itu.Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia? Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu dari mana asal usul DAP yang mana sebuah parti yang ekstrem perkauman. Sejarah hitam negara kita bila kita terpaksa melepaskan Singapura suatu ketika dulu bagi mengelakan seluruh negara kita terjebak lebih teruk dalam krisis perkauman dan pertelingkahan agama. Ini sebenarnya agenda DAP supaya sejarah melepaskan Singapura berulang kembali dan ini tidak mustahahil apabila orang seperti NIK AZIZ memberi sokongan kepada mereka.

Diharap dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini akan menimbulkan kesedaran kepada seluruh umat melayu islam dinegara kita supaya bangkit dari dibuai dengan fatwa-fatwa dan kenyataan seolah-olah Nik Aziz ini MAKSUM dan semua kata-katanya semuanya benar. Sedarlah orang-orang PAS....cakap Nik Aziz bukan WAHYU yang wajib dipatuhi dan dituruti. Bertindak dan berfikirlah secara waras. Kalau orang yang menghina Islam pun dibela oleh Nik Aziz kerana nak jaga kepentingan politik, itu sudah keterlaluan dan bukan cakap seorang TOK GURU yang memperjuangkan agama.

Kesimpulannya ialah Nik Aziz dan PAS bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan kuasa politik semata-mata.

3 comments:

  1. salam

    sememangnya begitulah adanya dan sekarang rakyat amnya dan umat Islam khasnya sudah sedar bahawa selama ini perjuangan PAS bukanlah untuk Islam itu sendiri tetapi untuk kekuasaan dan kedudukan pemimpin PAS yang mengaku berjuang untuk Islam

    salam

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ini pendekatan Islam yang dibawa nik Aziz kepaad DAP, kalau DAP benar menghayati peerjuangan sahabat dia PAS, mengapa tanpa segan silu DAP menghina Islam ?

    PAS bacul dan dayus.....

    ReplyDelete
  3. Salam'

    Sedarlah PAS DAP itu cuma mahu berkawan dengan mereka kerana ingin kan kuasa tidak lebih dari itu,
    kembalilah kepengkal jalan untuk orang melayu bersatu dan kaum-kaum lain dalam negara ini.

    ReplyDelete