
Bangsaku setelah sekian lama menetap ditanah tercinta ini,
berkurun-kurun lamanya membina sebuah empayar
telah membina sebuah negarabangsa yang cukup berjaya
telah membina sebuah negarabangsa yang cukup berjaya
malah menjadi satu bangsa yang matang dan dewasa
sekujur bangsa ini telah berpecah-belah
mengikut tertib isme masing-masing;
maka bermulalah segala malapetaka
Tidak lagi mementingkan bangsa tetapi setiap orang
mengutamakan diri sendiri
setelah sekian lama aku menangisi bangsaku
yang kian lama akan terkubur;
akibat gejala-gejala melentur semangat kecintaan;
kecintaan terhadap bangsa telah lama terhakis
kerana bangsaku sudah tidak cakna
bahasa melayu hampir dipinggir
perlembagaan negara tidak dipeduli
masing-masing megah bertutur asing
Kami kian meratap saban hari,
keris dicabut disarung kembali
Ciss !! Demi percikan darah pejuang bangsaku yang lalu
demi derita payah pendeta dahulu
seluruh bacul bangsa ini mestilah
disimpuhkan dengan adab dan susila
agar mereka dapat melihat kalian berjuang;
berjuang memertabatkan bangsa
berjuang membina maruah bangsa
berjuang memperkukuh bahasa
berjuang melengkapi negara
Kita meratip dan meratap hari ini
supaya esok kita tidak diperleceh lagi
biar pemimpin kita tidak tercalar
biar pemimpin kita tidak tercalar
biar pemimpin kita berani bersuara
pada arena perjuangan bangsa
pada arena mendaulatkan bahasa
Kita meratip kita meratap
tanpa peduli ideologi kita BERSATU bangsaku