MEMBER'S

Monday, June 25, 2012

SAYANGKU FAEKAH SETPOL KHALID GAGAP

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti isu berkaitan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin behubung surat sokongan agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipertimbangkan menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).


Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya sedang meneliti peranan dimainkan Faekah dalam isu surat tersebut.

“Kalau setakat bagi surat, bukan dia yang buat, ia bukan satu kesalahan di bawah akta kita tetapi kalau dia sendiri duduk sebagai ahli lembaga yang membuat keputusan dan melantik adik-beradiknya, itu baru satu tuduhan di bawah akta kita,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Mohd Shukri berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, yang disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V.

Faekah sebelum ini mengaku menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat PNSB.

Beliau bagaimanapun mendakwa, surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.

Mohd Shukri berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana masih dalam proses mendapatkan pengesahan.



1 comment:

  1. Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

    Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







    (( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

    ReplyDelete