MEMBER'S

Thursday, March 11, 2010

PARTI GERAKAN KELUAR BN ?


Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional, demikianlah pandangan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, sambil menambah "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN."

"Seandainya (keluar BN) selepas PRU, atau ketika gambar Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) dikoyak, maka akan dituduh sebagai tindakan yang didorong emosi, atau bagaikan kacang lupakan kulit. Saat-saat itu bukanlah masa terbaik untuk meninggalkan BN," katanya.

Beliau menyambung, "Kini, setelah dua tahun bertenang, dan sudah jelas keadaannya, maka perlulah kita meninggalkan BN secara berstrategi. Alasannya, senario tidak berubah, BN juga tidak berubah. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan BN."

Demikianlah kata-kata yang diluahkan oleh Lim Si Pin ketika mengetuai rombongan lawatan ke pejabat Sin Chew Daily, pada 3 Mac yang lalu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah "pandangan peribadi" Lim Si Pin, yang enggan dipetik atas kapasiti "Ketua Pemuda Gerakan".

Dimanakah letaknya kesetiaan beliau sebagai seorang Ketua Pemuda sebuah parti dalam komponen BN yang sepatutnya sama-sama berusaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN terutama kaum cina.

Sepatutnya beliau selaku anak kepada bekas Presiden Gerakan Lim Keng Yaik dapat membantu BN dan Perdana Menteri dan sanggup susah sama susah dan senang sama senang dengan parti komponen yang lain memulihkan parti dan memastikan BN terus mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Mungkinkah ini satu ugutan beliau supaya beliau terus dipilih sebagai calon jika berlakunya pilihanraya kecil Parlimen Batu. Beliau adalah calon BN yang tewas kepada Tian Chua dalam pilihanraya yang lepas. Ini adalah kerana ada ura-ura mengatakan calon BN yang akan dipilih jika berlaku PRK ialah dari UMNO.

Selepas PRU ke 12 yang lepas suasana politik negara tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Politiking berlebih-lebihan menyebabkan rakyat mula bosan dan jelek. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya.


Monday, March 8, 2010

AnWar Lobi Ku Li Masuk PKR ?

Dalam keadaan parti yang kelam kabut dan ramai yang sudah meninggalkan parti serta cemas menghadapi perbicaraan kes liwat di mahkamah Anwar masih menaruh harapan untuk manyambung talian hayat politik beliau dengan berusaha mengheret dan melobi Tengku Razaleigh agar keluar parti atau "melompat" ke PKR sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, dalam perundingan yang terbaru, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dikatakan sendiri bersemuka dengan Tengku Razaleigh. Menurut sumber, apa yang dibincangkan termasuklah keahlian UMNO Tengku Razaleigh dan peranannya sebagai ahli dewan rakyat bebas di Parlimen.

Ada sumber yang memberitahu MerdekaReview bahawa perbincangan tentang keluar parti belum mencapai persetujuan; namun ada juga sumber yang mendakwa bahawa muafakat telah dicapai antara Tengku dengan PKR, iaitu beliau akan memainkan peranan sebagai ahli parlimen bebas semasa persidangan pada Mac 2010.

Tengku dijangka akan mengambil ketetapan dirinya, yang bercanggah dengan pendirian UMNO, misalnya dalam usul pindaan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Tuesday, March 2, 2010

10 BUDAK HITAM...SIAPA ???



Kacau, Kelam kabut, Kucar Hanyar,Huru-hara, Kalut...................itulah apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini. Ketika Ketua Umum Al Jub...rinya sedang bergelut dangan perbicaraan kes LIWAT di mahkamah parti jadi tidak terurus. Inilah akibat bila parti dikuasai oleh anak beranak atau keluarga.

Tidak cukup dengan pengumuman meninggalkan parti oleh Dato Zaharin, Tan Tee Beng, Ahmad Fairus, Dato Salehuddin Hashim bekas Setiausaha Agung PKR pula menyatakan 10 atau lebih dikalangan pemimpin dan wakil-wakil rakyat PKR akan mengikut jejak untuk meninggalkan parti.

Soalnya SIAPA 10 orang tersebut ?????????

Belum lagi memerintah Negara, baru mentadbir parti pun dah jadi tunggang terbalik. Ini merupakan satu pengajaran dan peringatan kepada semua rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin dalam pilihanraya yang akan datang.

BN pula jangan terlalu ghairah menerima mereka yang keluar secara beramai-ramai dari PKR ini kedalam BN. Mereka perlu disaring terlebih dahulu kerana bimbang mereka ini akan menjadi gunting dalam lipatan pula dalan BN. Kita bimbang ada perancangan merobekkan UMNO dan BN dari dalam pula.

Apa-apapun kita wajar bersyukur kerana ramai rakyat yang telah sedar bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan palsu dan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.