MEMBER'S

Tuesday, November 8, 2011

MARINA SOKONG MERDEKA SEKSUALITI


Marina menconteng arang ke atas muka ayahanda, Tun Dr Mahatir Muhamad, janganlah kerana emosi... Marina sanggup memalukan keluarga dengan tindakan sebegini rupa! Marina perlu ingat bahawa Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri, dan Dato' Mukhriz seorang Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz yang juga bersama Umno..

Statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri Malaysia, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menjadikan dia mempunyai nilai politik yang tidak mungkin dilepaskan Pakatan.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 yang turut mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.

Kali ini, Marina membuat kenyataan menyokong Ambiga kerana bagi beliau, selagi sesebuah Program tidak mendatangkan sebarang kekacauan yang boleh menggugat keselamatan Negara, ianya dianggap tidak salah disisi undang? Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak ambil tindakan kak oi!

Tak faham, apa yang Marina nak perjuangkan... Apa yang jelaslah kita lihat Marina menyokong sepenuhnya perjuangan kumpulan LGBT ini? Sebelum ini beberapa parti politik dan NGO Islam tampil membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 termasuklah dari parti UMNO dan PAS, kerana ianya diaangap sebagai Majlis seks songsang!

Tanpa Mahathir dibelakang namanya, Marina is nobody lah. Tanpa itu, Marina lebih kurang sama macam wanita liberal yang mengganggotai SIS yang juga turut bersekutu dengan Bersih 2 seperti dia.

1 comment: