MEMBER'S

Tuesday, December 1, 2009

LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG TUNJUK BUDAYA PELAMPAU


Pakatan Rakyat di Negeri Perak masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka hilang kepercayaan untuk menerajui pemerintahan Negeri Perak.

Api kemarahan tersebut dilepaskan dengan memijak gambar poster Adun yang keluar Pakatan pada Konvensyan DAP di Ipoh kelmarin. Seperti kebudak-budakan dan tidak masuk akal serta melampaui batas kesusilaan budaya rakyat negara kita.

Itulah budaya pemimpin pembangkang DAP yang langsung tidak sensetif dan tidak menghormati adat budaya ketimuran rakyat berbilang kaum. Mereka sebenarnya adalah pemusnah kehidupan rukun damai, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara kita.

INGATLAH........Begitulah kita akan dipijak-pijak nanti dibumi kita sendiri jika puak-puak mereka ini memerintah negara kita. Itu adalah sedikit gambaran dan simbolik yang ditunjukkan LIM KIT SIANG dan KUNCU-KUNCU RASISNYA.

Persoalannya kenapa DAP yang begitu marah bukan PAS ????????Sepatutnya PAS lebih marah kerana peneraju Pakatan rakyat di Perak ialah PAS. Dimana NIZAR???????????