MEMBER'S

Wednesday, December 21, 2011

PENGORBANAN SEORANG AYAH




Besar sungguh pengorbanan ayah kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Adam Adli yang "menyerang" PWTC dan menurunkan bendera berlatarbelakangkan gambar DS Najib. Adam Adli menceritakan di dalam ruangan laman sosial miliknya, bagaimana pengorbanan Ayahnya bersusah payah membelikannya sebuah kereta.


Mana ada seorang Ayah yang sanggup menghadiahkan anaknya kereta semata-mata untuk membolehkan anaknya menentang Kerajaan. Terlupakah Ayahnya, universiti tempat anaknya belajar, siapakah yang mengusahakan kewujudannya? Terlupakah Ayahnya, bantuan yang anaknya terima semasa belajar di universiti berkenaan siapakah yang tanggung? Inilah pepatah Melayu, bagai melepaskan anjing tersepit, kita pula yang digigitnya!

BOM PAS MELETUP



Hasan Ali dan Nasharuddin selalu ponteng, tak Puas hati kerana nama tidak dicalonkan lagi dalam PRU 13

Mustafa Ali Setiausaha Agung Sombong dan Bongkak serta bermain dengan FITNAH

Mahfuz Omar bengkrap idea

Saari Sungib yang meletupkan BOMMMMM.....
Banyak lago BOM akan meletupppp...

Pertelagahan besar kepimpinan tertinggi PAS mencapai satu lagi peringkat. Kali ini ialah peringkat mengaibkan sesama mereka di dalam parti.

Gelanggang dibuka dan dimulakan dengan pendedahan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang mendakwa Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa selalu ponteng tidak hadir ke mesyuarat!
Mustafa Ali juga mendakwa bahawa Dr Hasan Ali 'terperangkap dalam agenda UMNO'.

Dan benar seperti yang dinyatakan, giliran Hasan Ali pula untuk menyerang balas kenyataan Mustafa Ali!

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu.

“Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi pandangan yang begitu negatif dan berniat jahat terhadap saya.

“Beliau mengatakan saya telah terperangkap dengan perangkap Umno dan kenyataan saya sebelum ini menurutnya mempunyai kaitan rapat dengan agenda Umno untuk melemahkan saya,” katanya.

Minggu lalu, Mustafa menganggap Hasan dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Hasan menambah, Mustafa dengan bongkak dan sombong menggunakan autoriti dan jawatannya sebagai setiausaha agung parti melatah dan hilang arah sehingga sanggup meletakkan dirinya ke paras yang paling bawah dari sudut kewibawaan dan mengawal emosi.

“Saya mengharapkan Mustafa dapat memberitahu saya dalam masa terdekat fakta-fakta berkaitan perkara ini.

“Saya inginkan penjelasan mengenai perkara saya terperangkap dalam perangkap Umno dan juga saya terlingkung dalam agenda Umno untuk melemahkan parti beserta faktanya,” tegas Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Mengulas berkenaan kenyataan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang secara sinis mengatakan dirinya boleh menyertai Umno jika mahu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat ini merasakan kenyataan itu sebagai “bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan terkini sesuatu isu.”

“Perkara tersebut sudah saya perjelaskan berulang kali dan saya rasa tidak perlu untuk saya mengulangi kenyataan yang sama berulang kali dan saya sendiri tidak berminat” tegasnya.

“Saya perlu nyatakan wakil pimpinan pusat parti ada datang menemui saya enam hari lalu dengan membawa mesej pimpinan tertinggi dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan serta memaparkan nilai akhlak yang tinggi.

“Begitu juga pembantu presiden menyatakan keprihatinan (Mursyidul Am PAS Datuk) Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) terhadap apa yang berlaku.

“Pendekatan mereka jelas jauh berbeza dengan cara dan gaya Setiausaha Agung dan Naib Presiden,” jelas Hasan lagi.

Pada sidang media yang sama, Hasan menggesa pimpinan PAS Pusat menyiasat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungip bahawa namanya digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Hasan berkata beliau mengharapkan pimpinan pusat melakukan siasatan dan mengambil tindakan disiplin terhadap Shaari kerana membuat pengumuman mengenai pencalonan mendahului pemimpin tertinggi parti.

“Atas nasihat rakan-rakan, saya menggesa pimpinan parti melakukan siasatan ini bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan pencalonan saya,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelas Hasan, siasatan dan tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan kekeliruan daripada terus berlaku dalam kalangan ahli dan penyokong PAS.

“Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS, saya bukanlah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan polemik ini